Kisah Inspirasi Jutawan Sampah

Lisa Silversmith berumur 67 tahun merupakan pengutip sampah di sekitar Bandar Brooklyn, New York. Sejak daripada 10 tahun yang lalu, beliau mula menolak troli sampah sambil mengutip tin serta botol kaca setiap hari. Jika bernasib baik boleh mengumpul sekitar AS$30 (RM122) sehari.

Kehadiran Silversmith sebenarya tidak digemari oleh kejiranan sekitar. Dia dipandang rendah dan dianggap sebagai gangguan. Sehinggalah baru-baru ini apabila identiti sebenarnya terbongkar. Amat mengejutkan apabila Lisa sebenarnya bukanlah gelandangan atau pengutip sampah yang miskin.

Lisa bersama kereta Toyota Camry 1993 miliknya yang dipenuhi sampah

Sebaliknya beliau adalah seorang jutawan. Lisa juga merupakan seorang graduan daripada Universiti Chicago dan pernah bekerja di syarikat AT&T dan kemudian menukar karier sebagai broker saham. Lisa juga datang daripada keluarga berada. Ayahnya, Seymour merupakan Ketua Ekonomi di Pejabat Perbendaharaan manakala ibunya, Hortense merupakan seorang Diplomat. Suaminya pula, Mark bekerja di Perbadanan Pembangunan Ekonomi dengan menerima pendapatan tahunan sebanyak $180,000 US Dolar.

Tiada siapa menyangka bahawa perempuan selekeh ini sebenarnya mempunyai 4 hartanah di sekitar Bandar New York dan nilai keseluruhan hartanah tersebut hampir $8 juta. Apartmen yang dihuni bersama dengan suami dan anaknya di Prospect Park Brooklyn pula bernilai $1 juta. 3 lagi hartanah mereka terbiar kosong tanpa penghuni.

Apartmen tempat tinggal Lisa dan keluarga

Walaupun keluarga Lisa tidak berapa menyukai tindakannya, tetapi mereka juga tidak menghalang Lisa dari mengutip sampah. Bagi Lisa, duit bukanlah keutamaan utama beliau tetapi lebih kepada kepuasan kerana dapat memastikan kebersihan kawasan kejiranannya terjamin dan beliau juga dapat bergerak aktif dan dapat mengeratkan hubungan bersama jirannya.

Kredit: Daily Mail

Sementara itu, di negara Bahrain juga dikisahkan terdapat seorang lagi pengutip sampah jutawan.

Encik Yo yang berasal dari Korea tetapi kini menetap di Bahrain. Beliau rasa bertanggungjawab untuk melakukan perubahan apabila melihat persekitaran tempat tinggalnya yang dipenuhi sampah. Video yang dirakam oleh penduduk tempatan bernama Omar Farooq dan kemudian dimuatnaik di Youtube pada tahun 2014 menjadi viral, dan memberi kesan kepada orang ramai.

Encik Yo mempunyai perniagaannya sendiri tetapi setiap pagi, beliau akan meluangkan masa untuk membersihkan kawasan tempat tinggalnya di Manama iaitu ibu kota Bahrain. Sampah tersebut akan diasingkan untuk tujuan kitar semula. Bagi Encik Yo, dia berasa gembira apabila melihat persekitaran yang bersih dan dapat menunjukkan nilai yang baik untuk anak-anaknya. Jika ada masa terluang, beliau akan turut mengajak anak-anaknya untuk bersama-sama mengutip sampah.

Tengok sendiri video berkenaan Encik Yo:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend