Luxottica, Syarikat Cermin Mata Mewah Yang Memonopoli 80% Pasaran Dunia

Luxottica…mungkin ramai diantara kita yang tidak pernah menengar nama syarikat ini tetapi bila menyebut Rayban atau Oakley, pastinya ramai yang pernah memakai cermin mata ini.

Kalau nak tahu, Rayban dan Oakley adalah merupakan anak syarikat Luxottica dan syarikat inilah yang bertanggungjawab mengeluarkan cermin mata bagi kedua jenama terbabit.

Lenardo Del Vecchio dibesarkan dalam keadaan serba daif dan akhirnya menjadi salah seorang lelaki terkaya di Itali dengan nilai kekayaan sebanyak $19.2 billion

Luxottica merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Itali. Syarikat ini diasaskan oleh Lenardo Del Vecchio pada tahun 1961 yang berpengkalan di Milan. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat daif sehinggakan ibunya terpaksa menghantarnya ke rumah anak yatim kerana kekangan kewangan untuk membesarkanya.

Ayahnya meninggal dunia 5 bulan sebelum kelahirannya dan beliau dibesarkan di rumah kebajikan anak yatim. Ketika berusia 14 tahun, Leonardo terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya.

Pekerjaan pertamanya adalah sebagi pekerja kilang pembuatan. Di kilang inilah, beliau belajar cara yang betul untuk menghasilkan produk berasaskan besi. Pada sebelah petang pula, beliau mengambil kelas untuk belajar membuat bingkai dan cermin mata.

Beliau kemudianya berhijrah ke sebuah perkampungan di Agardo dan di situlah beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Luxottica ketika berusia 25 tahun. Syarikat ini diasaskan di perkampungan kecil Agardo yang pada ketika itu merupakan tempat terkenal dalam pembuatan cermin mata di Negara Itali.

Ibu pejabat syarikat Luxottica di Milan. Dis inilah bermulanya perjalanan syarikat ini sebelum berjaya menakluk dunia di dalam industri cermin mata mewah

Perniagaan pertama syarikat ini adalah menjual bingkai cermin mata .Pada tahun 1967, syarikatnya telah menjual cermin mata yang lengkap dengan cermin untuk pelanggan mereka. Pada waktu ini, syarikat ini hanya menjual cermin mata kepada syarikat fesyen di Itali.

Boleh dikatakan pada waktu ini syarikat ini hanya menjadi pembekal kepada jenama terkenal di Itali. Pada tahun 1974, beliau telah membeli sebuah syarikat pengedar di Itali bernama Scarrone untuk mengedar barangan yang dikeluarkan syarikat.

Dua tahun kemudian beliau telah mengubah model perniagaanya dengan mengeluarkan kacamata dengan menggunakan jenama syarikatnya sendiri.

Leonardo yang melihat mengeluarkan produk dengan jenama sendiri lebih menguntungkan berbanding menjadi pembekal kepada syarikat yang lain, tetapi dengan syarat syarikatnya itu perlulah mempunyai kekuatan daripada segi jenama.

Pada dekad 1970-an, Luxottica melakukan penyelidikan secara agresif bagi mennghasilkan cermin mata yang berkualiti tinggi. Selain daripada melihat kepada kualiti yang tinggi sebagai salah satu faktor minat orang ramai, beliau yang menyedari jenama juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam perniagaan yang melibatkan cermin mata.

Pada awal dekad 1980-an, beliau telah melebarkan sayap perniagaannya ke Negara Jerman. Beliau mula berkerjasama dengan pengeluar fesyen terkenal Itali, dan di antara syarikat pertama yang bekerjasama dengan Luxottica adalah Giorgio Armani; untuk membuat bingkai dan cermin mata untuk syarikat tersebut. Dengan adanya kerjasama dengan syarikat terkenal, syarikat ini telah mendapat tempias daripada populariti rakan niaga mereka.

Setelah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda daripada perniagaanya, beliau telah mengapungkan saham syarikatnya di pasaran NYSE pada tahun 1990 bagi mendapatkan lebih banyak modal. Dekad 1990-an juga merupakan tahun yang mana pihak Luxottica melebarkan sayap perniagaan dengan membeli sebahagian besar syarikat pesaing mereka, di antaranya Persol, Lenscrafters, Rayban, OPSM, Cole National dan Pearle Vision.

Proses pemilikan syarikat Oakley oleh syarikat Luxottica mengundang kontroversi di dalam industri pembuatan kacamata.

Selain itu juga, Oakley yang mendominasi dalam kategori sukan telah dibeli oleh Luxottica. Pembelian syarikat Oakley ini mencetus kontroversi apabila syarikat itu tidak membenarkan produk cermin mata keluaran Oakley berada di dalam gedung jualan mereka. Ini kerana syarikat itu enggan menyerahkan pegangan saham syarikat tersebut kepada Luxottica untuk dibeli.

Syarikat Luxottica bertindak balas dengan mengharamkan produk Oakley daripada gedung jualan mereka iaitu Sunglass Hut, yang menyebabkan saham Oakley telah jatuh dengan teruk sebanyak 33%. Akhirnya, pihak Oakley terpaksa akur dengan kehendak pihak Luxottica dan syarikat itu membeli Oakley dengan harga $2.1 bilion pada tahun 2007.

Dengan model perniagaan yang sebegitu rupa, syarikat ini dikritik kerana hanya tahu membeli syarikat pesaing mereka dan tidak membangunkan teknologi mereka sendiri. Ramai pengkritik mereka yang tidak puas hati dengan model perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini.

Syarikat Luxottica hanya menjual barang yang tidak mempunyai teknologi tinggi pada harga yang sangat mahal dan memonopoli segala gedung pegedar cermin mata mewah yang dimiliki oleh pengeluar jenama terkenal.

Syarikat dan gedung pengedar yang dibawah penguasaan Syarikat Luxottica. Dengan dominasi jenama terkenal yang mereka miliki, tiada pesaing mampu menemecah menopoli pasaran cermin mata mewah milik syarikat ini

Berbeza sama sekali dengan syarikat teknologi yang menjual produk mereka. Sebagai contoh, syarikat telefon pintar yang memerlukan penyelidikan yang tinggi untuk menghasilkan produk sebelum dikeluarkan kepada pelanggan.

Syarikat Luxottica tidak menjalankan penyelidikan secara intensif terhadap produk mereka, tetapi telah menjual jenama cermin mata terkenal dengan harga yang sangat tinggi. Mereka juga turut bekerjasama dengan jenama terkenal dunia seperti Chanel, Prada,Burberry, Versace, Dolce and Gabbana, Miu Miu dan Tory Burch.

Hal itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Luxottica. Syarikat itu yang mendakwa pengeluaran untuk cermin mata untuk pasaran dunia sebenarnya adalah sebanyak 1 bilion setiap tahun, dan hanya 90 juta sahaja pasaran yang dimiliki oleh Luxottica atau hampir 10% sahaja pasaran dunia yang mereka kuasai.

Syarikat ini juga menafikan harga cermin mata yang dikeluarkan oleh mereka sangat mahal kerana dengan harga yang dibayar pelanggan adalah sangat berbaloi. Dengan penggunaan lebih daripada 15 jam sehari cermin mata di muka mereka, harga tersebut adalah sangat berbaloi dengan apa yang mereka bayar.

Penggabungan dua syarikat gergasi ini telah menjadikan mereka pengeluar terbesar dalam industri cermin mata dunia

Mereka juga pernah bekerjasama dengan Syarikat Google bagi menghasilkan Google Glass pada tahun 2014. Kini Syarikat Luxottica semakin bertambah besar dengan penggabungan dengan syarikat optik terkenal Perancis, iaitu Essilor.

Dengan penggabungan ini, market capitalization Syarikat Luxottica telah menjadi sebanyak $47.8 bilion.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend