Makan Gaji VS Kerja Sendiri

Graduan universii masih ramai yang belum berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Yang berniaga pula, perlu sentiasa bersedia berdepan dengan risiko dalam perniagaan. Yang bekerja makan gaji pula, turut ada masalah sendiri, terutama pekerja kontrak. Mereka pada bila-bila masa sahaja boleh ditamatkan perkhidmatan.

Pendek kata, kerja apa sekalipun akan ada risikonya, macam melabur.

Golongan belia zaman sekarang khususnya, ada yang memilih untuk bekerja makan gaji, ada juga yang membuat keputusan untuk bekerja sendiri. Antara dua pilihan kerja ini, mana satu yang lebih baik?

Kerja Makan Gaji

1. Pendapatan tetap dan terjamin

Kelebihan bagi pekerja makan gaji ini adalah mempunyai pendapatan tetap. Sekurang-kurangnya gaji akan masuk tiap-tiap bulan, ada yang 2 kali sebulan. Namun begitu, kenaikan gaji atau kenaikan pangkat mungkin terhad. Bekerja berpuluh tahun pun belum tentu dapat kenaikan gaji. Masalah juga tu. Tetapi, jika anda menunjukkan prestasi yang bagus sepanjang bekerja, kenaikan pangkat dengan gaji yang lebih tinggi adalah tidak mustahil.

Kalau hujung tahun pula biasanya syarikat akan beri bonus. Jadi semasa mohon kerja, boleh selidik dulu prestasi kewangan syarikat tu sebelum mohon kerja. Kalau dapat syarikat yang jenis suka beri 2-3 bulan bonus kan bagus?

Lagi best jika dapat bekerja dengan syarikat yang memberi pelbagai faedah lain. Ambil contoh syarikat antarabangsa seperti Google. Sekiranya seorang pekerja Google meninggal dunia semasa bekerja di sana, pasangan (suami / isteri) mereka akan terus mendapat separuh daripada gaji selama 10 tahun akan datang! Baca lagi di sini.

2. Peluang upgrade kemahiran

Kebanyakan syarikat menyediakan latihan khas untuk ‘upgrade’ pekerja mereka. Kadang-kadang majikan tak kisah sangat sebab yuran latihan ini boleh claim semula dengan HDRF. Dengan menghadiri program-program seperti ini, anda boleh menimba lebih ilmu dan belajar kemahiran baru. Kalau nak ‘lompat’ kerja pun senang nanti.

3. Kemudahan rawatan percuma dan cuti berbayar

Buat masa, kos rawatan untuk penyakit yang biasa-biasa, seperti demam misalnya, dengan mudah boleh mencecah RM35 dan RM125. Amacam, mahal ke murah? Tetapi, bila anda kerja makan gaji, biasanya syarikat menyediakan kemudahan bantuan rawatan dan medical card kepada pekerja. Bila ada klinik panel, kos rawatan biasanya percuma. Bila mohon cuti (mc) pula, gaji tidak ditolak mengikut jumlah cuti yang diluluskan.

Kerja Sendiri

1. Masa Lebih Fleksibel

Apabila anda bekerja sendiri, masa anda akan menjadi lebih fleksibel. Bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja boleh berurusan. Jika berlaku kecemasan, anda tidak perlu kalut ribut untuk memohon cuti atau emergency leave.

2. Kurang Tekanan

Sudah pasti bila anda bekerja sendiri, anda akan kurang “stress”kerana tidak berdepan dengan tekanan kerja. Jadi, anda akan merasa lebih tenang. Tidak perlu terkejar-kejar ‘dateline’ seperti rakan kita yang makan gaji.

3. Potensi Untuk Maju

Bila bekerja sendiri, pasti anda ada matlamat tersendiri. Untuk memastikan matlamat anda tercapai, sudah pasti anda akan berusaha bersungguh-sungguh memajukan bisnes. Contohnya kalau nak bisnes maju, mesti kuasai pemasaran online. Banyak seminar-seminar penggunaan marketing online yang boleh bantu kembangkan kemahiran ni.

Persamaan Makan Gaji dengan Kerja Sendiri

Makan gaji atau kerja sendiri dua-dua tetap berpeluang untuk melabur dalam pasaran saham. Dah penat-penat kerja, takkan tak nak duit simpanan tu berkembang menjadi lebih banyak? Ramai sangka bila sibuk dengan kerjaya dan bisnes maka tak adalah masa untuk terlibat dalam pasaran saham.

Tolonglah bro, zaman dah berubah, semua benda dah di hujung jari. Kita hanya perlu pandai memilih saham yang baik.

Sehingga artikel ini ditulis, ada 694 saham syarikat patuh syariah seperti DUTCH LADY, AJINOMOTO MALAYSIA, POS MALAYSIA, NESTLE, PADINI HOLDINGS, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAH SING, MAXIS, TELEKOM, TAKAFUL MALAYSIA, BANK ISLAM, DRB-HICOM dan sebagainya. Silap haribulan syarikat-syarikat ini juga adalah majikan anda.

Banyak artikel berkaitan pelaburan saham patuh syariah dalam portal ini. Anda boleh mulakan dengan membaca artikel ini:

Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Sumber Rujukan:

Selain daripada itu, dapatkan inspirasi dengan membaca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend