Model Perniagaan Yang Unik Menjadikan Amazon Syarikat Gergasi Dunia

Siapa yang tak kenal Jeff Bezos dan syarikat Amazon yang merupakan syarikat e-Commerce terbesar dunia? Tapi mesti kita nak tahu bagaimana mereka boleh berkembang maju sampai ke tahap ini.

Bermula Pada Tahun 1994 Dengan Menjual Buku Secara Online

Syarikat  Amazon yang bermula sebagai sebuah kedai online yang hanya menjual buku pada tahun 1994, kini merupakan syarikat yang paling berharga didunia kerana strategi perniagaan yang unik digunakan oleh pengasasnya. Tidak hairan jugalah jika pengasasnya iaitu Jeff Bezos merupakan manusia terkaya di dunia menewaskan penyandang yang memegang tampuk paling lama iatu Bill Gates.

Falsafah yang dipegang oleh Amazon untuk menjadikanya sebuah syarikat yang berdaya saing adalah menambah nilai dengan produk yang dijual kepada pelanggan untuk memastikan mereka setia dengan produk atau servis yang disediakan oleh Amazon kepada pelanggan mereka.

Mempelbagaikan Sumber Pendapatan

Model perniaggan Amazon sangat unik kerana syarikat terbabit kini bukan sahaja mempunyai satu model perniagaan tetapi pelbagai sumber pendapatan yang memberi pendapatan yang berganda untuk syarikat. Amazon mempunyai pelbagai syarikat pesaing bagi perniagaan mereka, kerana Amazon terlibat dalam semua perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan kepada mereka.

Sebagai contoh, mereka bersaing dengan Walmart dalam bidang peruncitan, bersaing dengan Microsoft dan Google dalam penyediaan perkhidmatan sistem simpanan awan untuk kegunaan syarikat atau pun persedirian, dan bersaing dengan Netflix dan HBO dalam bidang hiburan.

Amazon yang kini cuba mengambil alih perniagaan dari syarikat walmart dengan menawarkan perkhidmatan terbaik dalam servis mereka.

Mempunyai Pesaing Yang Sangat Kuat

Cabang perniagaan yang pertama untuk Amazon adalah dalam industri peruncitan, dengan terpaksa bersaing rapat dengan Walmart yang selama setengah abad mendominasi pasaran Amerika dengan menerajui barangan murah. Apa yang membezakan Walmart dengan Amazon pada permulaan mereka adalah, Amazon fokus kepada perniagaan di dalam talian manakala Walmart memfokuskan jualan barangan di dalam gedung beli-belah mereka.

Kos operasi untuk Amazon dapat dikurangkan kerana Amazon hanya menyewa satu tempat pengumpulan barangan berbanding dengan Walmart yang terpaksa menyewa gedung untuk pusat beli-belah mereka. Kini, kedua-dua syarikat ini saling bersaing rapat dengan Amazon memperbanyakkan membuka gedung beli belah mereka, manakala Walmart  menaik taraf perniagaan online mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan mereka.

Amazon yang telah lama mendominasi dalam industri simpanan awan telah mempunyai saingan dari  Microsoft dan Google

Mendominasi Industri Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Dalam perniagaan pengkomputeran awan, Amazon menyediakan perkhidmatan simpanan awam yang dikenali sebagai Amazon Web Service (AWS) yang semakin banyak digunakan oleh syarikat enterprise atau syarikat besar dunia. Di pasaran ini, Amazon bersaing rapat dengan Microsoft dan Google  yang turut menyediakn perkhidmatan yang sama.

Amazon memiliki kelebihan berbanding kedua-dua syarikat ini kerana merupakan syarikat pertama yang menawarkan perkhidmatan simpanan awan kepada pelanggan, jika dibandingkan dengan Google dan Microsoft.

Keahlian untuk Amazon Prime memberi kelebihan kepada ahlinya untuk mengakses movie secara percuma

Mempunyai 100 Juta Ahli Berbayar

Amazon turut menjual “keahlian” yang diberi nama Amazon Prime. Perserta yang ingin menjadi ahli Amazon Prime perlu membayar wang keahlian sebanyak $99 untuk keahlian selama setahun. Banyak kelebihan yang akan diperolehi jika seseorang itu menjadi ahli Amazon Prime, termasuklah boleh menonton drama atau filem melalui Amazon Prime Movie secara percuma.

Amazon mendapat banyak keuntungan daripada keahlian Amazon Prime ini, kerana bilangan ahlinya kini telah mencapai lebih daripada 100 juta keahlian.Selain daripada itu, perbelananjaan ahli dan bukan ahli Amazon Prime turut berbeza. Kebanyakan ahli Amazon Prime akan berbelanja sebanyak $1,400 US Dolar setahun berbanding dengan bukan ahli yang hanya berbelanja sebanyak $600 US Dolar.

Amazon Echo yang merupakan sebuah speaker yang mana mempunyai pembantu  suara maya kini diguna secara meluas dalam perniagaan dan secara persendirian

Dekat Dengan Pengguna Di Rumah

Amazon juga mempunyai bahagian yang menjual alatan elektronik mereka sendiri. Perniagaan elektronik Amazon ini tidak sehebat berbanding perniagaan elektronik lain seperti Apple atau Samsung, tetapi tetap memberi pulangan yang baik kepada syarikat.

Di antara produknya yang menonjol dan digemari ramai ialah buku elektronik yang bernama Kindle Fire dan juga alat pembantu peribadi suara yang bernama Alexa; yang dihasilkan oleh alat elektronik yang diberi nama Amazon Echo. Pembantu peribadi ini boleh digunakan secara persendirian atau pun untuk perniagaan.

Amazon juga tidak ketinggalan membangunkan saluran hiburan mereka sendiri dengan membelanjakan wang pelaburan sebanyak $4.5 billion untuk bersaing dengan HBO dan Netflix di Amerika Syarikat dalam industri hiburan

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend