Orang Islamik Mesti Kelihatan Miskin?

Status Facebook ini dikongsikan oleh saudara Irmanyadi Idris.

1. Salah satu benda cukup pelik mengenai orang Melayu ni adalah masalah jelly.

2. Masalah jelly kalau orang yang kelihatan seperti kuat ilmu agama kaya.

3. Salah ke orang pakai serban ada Porsche?

Anda orang biasa boleh bawak BMW, apa peliknya ahli tertinggi PAS ada Porsche?

Pelik sebenarnya. Bila berkaitan ahli agama, dia kena miskin? Hidup ala kadar? Berkesederhanaan? Hakikatnya, tahap sederhana kita lain-lain. Itu lah yang orang kita susah nak terima.

Aku perasan benda ni dari dulu lagi.

Azhar Idrus ada Ferrari salah. Mursyidul Am PAS ada Porsche salah. Ustaz kalau nak beli kereta, kena beli yang asal bergerak lah. Lagi elok jalan kaki sebab orang kita appreciate benda tu.

Tapi kalau anak muda yang ahli perniagaan tayang kereta, rumah dan girlfriend, kau ajak dia buat talk dan kelas perniagaan. Kau angkat dia sebagai idola. Suruh masyarakat contohi dia sebab dia berjaya dalam usia muda.

4. Dalam Islam, tak ada masalah kau nak kaya.

Tak ada masalah kau nak hidup mewah dan berbelanja lebih sikit, kalau dah mampu. Apa salahnya? Malahan Islam suruh KAU JADI KAYA sebab bila kau kaya, kau mampu sedekah dan mampu bagi zakat.

Bukannya dia tak bayar zakat, sedekah. Kalau semua orang kita tak mampu nak sedekah, kita nak harap orang mana pulak sedekah?

Tanah kubur kita tu, selalunya datang dari tanah wakaf. Macam mana nak wakaf, kalau kita tak mampu nak ada tanah?

Daripada kita fitnah orang makan dedak 90 juta beli Porsche, apa kata kau doakan lah orang Melayu lagi ramai kaya.

Doakan aku kaya supaya aku boleh beli kedai, bukak kelas ajar budak-budak buat kartun.

Sumber asal : Irmanyadi Idris

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend