Pemergian Jony Ive Dari Apple Meninggalkan Legasinya Tersendiri

Pada bulan lepas Syarikat Apple telah mengejutkan dunia dengan perletakan jawatan secara mengejut Chief Design Officer yang telah berkidmat untuk syarikat itu hampir 30 tahun. Designer tersebut adalah Jony Ive.

Beliau yang mula berkhidmat untuk Syarikat Apple pada tahun 1992, yang mana pada ketika itu Syarikat Apple sedang mengalami fasa kejatuhan kerana tidak mampu menjual produk barangan mereka kepada pengguna di seluruh dunia.

Jony Ive Ikon Terbesar Selepas Tim Cook

Nama penuh beliau adalah Jonathan Paul Ive. Beliau dilahirkan pada tahun 1967 di Chingford, London. Bapanya merupakan seorang pensyarah yang mengajar di Middlesex Politeknik, yang terkenal dalam seni ukiran perak. Beliau yang didedahkan dengan kegiatan seni semenjak daripada kecil lagi, memandangkan bapanya merupakan ahli ukir untuk barangan perak. Darah seni bapanya telah mengalir ke dalam dirinya.

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Chingford Foundation dan Walton High School di Stafford. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang seni di Universiti Northumbria di Newcastle. Setelah menamatkan pelajaran di peringkat ijazah kelas pertama, beliau pun memulakan kerjayanya di firma kecil rekaan yang terletak di Kota London yang bernama Tangerine.

Semasa berkerja di syarikat tersebut, Jony Ive telah merekacipta tandas untuk pelanggan mereka tetapi telah ditolak kerana rekabentuk tersebut nampak terlalu ekslusif dan sukar untuk dilaksanakan. Beliau berasa begitu kecewa dengan penolakan tersebut.

Kalau nak tahu, syarikat Apple menggunakan khidmat rekaan daripada syarikat tersebut untuk barangan komputer mereka. Dari situlah, Robert Brunner yang pada ketika itu merupakan ketua bahagian rekabentuk operasi di Syarikat Apple, dapat mengesan bakat yang terdapat di dalam diri Jony Ive.

Beliau menyertai Syarikat Apple pada tahun 1992 yang mana pada ketika itu Syarikat Apple yang berada di dalam fasa kemerosotan daripada segi jualan dan keuntungan.

Rekaan pertama Jony Ive ketika berada di Syarikat Apple yang merupakan produk pertama Syarikat Apple selain komputer

Produk pertama hasil rekaan beliau adalah sebuah PDA yang dikenali sebagai Newton. Beliau merekacipta sepenuhnya peralatan tersebut walaupun jualan untuk PDA tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan pada ketika itu.

Ketika pengambilalihan kuasa oleh Steve Jobs pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai ketua rekabentuk bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Robert Brunner.

Jony Ive merupakan satu-satunya designer yang mempunyai pejabat rahsia yang mana tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam pejabat itu walaupun ahli keluarganya sendiri. Hanya team designer yang telah dipilih olehnya sahaja yang layak untuk memasuki studio tersebut.

Rekaan pertama Jony Ive ketika era Steve Jobs. Produk ini merupakan penyelamat kewangan Syarikat Apple pada ketika itu

Beliau adalah merupakan designer yang terbaik sepanjang zaman di Syarikat Apple. Banyak barangan yang dikeluarkan oleh Apple pada era Steve Jobs mendapat sentuhan tangan Jony Ive.

Di antara barangan yang menjadi ikonik dunia adalah iMac, iPhone dan juga iPod. Beliau adalah seorang designer yang mempopularkan konsep minimalist, yang hanya menggunakan benda penting sahaja untuk konsep rekaciptanya.

Kita tahu bahawa Steve Jobs merupakan insan yang sangat minimalist di dalam hidupnya. Pada usia 20-an,rumah kediaman Steve Jobs hampir tidak mempunyai perabot dan hanya mempunyai sebuah kerusi dan katil untuk tidur.

Selain produk industri, Jony Ive juga merupakan designer yang berjaya membawa konsep minimalist dalam pembangunan aplikasi untuk iPhone. Sebelum konsep ini diperkenakan pada perisian telefon IOS 7, kebanyakan pengeluar telefon pintar menggunakan ikon 3-dimensi untuk peranti mereka.

Konsep minimalist yang diperkenalkan oleh Jony Ive terhadap sistem IOS 7 dalam pembentukan ikon aplikasi, menjadi ikutan pengeluar telefon yang lain

Sepanjang bergelar pereka barangan untuk industri, beliau telah mendapat banyak pengiktirafan. Di antaranya ialah Appointed Royal Designer for Industry (RDI), Honorary Fellow of the Royal Academy of Engineering (HonFREng), Commander of the Order of the British Empire (OBE) pada tahun 2006, Knight Commander of the same Order (KBE) pada tahun 2012, Honorary Degrees from the Rhode Island School of Design, Honorary Doctor of the Royal College of Art, Honorary Doctor of Science Degrees at the University of Cambridge dan University of Oxford pada tahun 2016.

Jony Ive akhirnya meninggalkan Syarikat Apple pada bulan lalu untuk menubuhkan syarikat rekabentuknya sendiri. Khabar angin bertiup kencang bahawa sebenarnya beliau tidak begitu bersetuju dengan hala tuju Syarikat Apple yang dipimpin oleh Tim Cook.

Ini dikuatkan lagi dengan spekulasi yang didedahkan oleh pihak dalaman syarikat tersebut, bahawa Jony Ive telah banyak kali gagal menghadirkan diri ketika mesyuarat diadakan oleh syarikat Apple.

Ada pihak luar yang membuat spekulasi yang menyatakan bahawa Tim Cook tidak lagi mengambil berat tentang rekaan yang diciptanya kerana semakin menjaga para pelabur syarikat tersebut. Dan katanya Tim Cook juga tidak lagi menghiraukan perkembangan rekabentuk untuk barangan yang dikeluarkan oleh Syarikat Apple.

Walaupun telah melangkah pergi meninggalkan Syarikat Apple, Jony Ive sememangnya meninggalkan legasi yang kekal sampai bila-bila.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend