Pil Viagra, Penemuan Yang Tidak Disengajakan Yang Beri Pulangan Berbilion Dolar

Viagra, mungkin perkataan yang tabu bagi sesetengah negara dan dilihat sebagai sesuatu yang berkaitan dengan seksual. Viagra merupakan sebiji pil berwarna biru yang berbentuk berlian, dan boleh didapati di kebanyakan farmasi di seluruh dunia suatu ketika dahulu.

Pil ini merupakan tanda dagang yang dimiliki oleh syarikat farmeseutikal terkenal Amerika Syarikat iaitu Pzifer. Pil ini merupakan penawar bagi lelaki yang mempunyai masalah kesihatan batin terutamanya golongan lelaki yang berusia.

Dua orang pengasas yang bertanggungjawab membangunkan Syarikat Pfizer yang masih wujud sehingga kini

Pfizer yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat telah ditubuhkan sejak abad ke-19 oleh imigran yang berasal dari Jerman. Pengasas syarikat ini bernama Charles Pfizer bersama dengan sepupunya iaitu Charles F. Erhart. Mereka berdua merupakan ahli kimia sebelum menubuhkan Pfizer pada tahun 1849.

Syarikat ini mula berkembang ketika era perang saudara yang meletus di negara Amerika Syarikat sekitar tahun 1860-an. Produk yang dikeluarkan mereka pada ketika itu adalah ubat painkiller (penahan sakit) dan antiseptik. Dua bahan kimia ini menjadi rebutan ketika era perang saudara.

Mula Berkembang Ke Seluruh Amerika Syarikat

Selepas era peperangan berakhir, syarikat ini beralih arah kepada penghasilan ubat dan bahan kimia. Syarikat ini mula berkembang dengan pesat dalam menghasilkan asid sitrik dengan mengembangkan perniagaanya ke seluruh Amerika Syarikat pada akhir abad yang ke-19.

Pil Viagra merupakan produk yang paling berjaya dalam sejarah syarikat Pfizer ketika permulaan pengenalannya. Pil Viagra pada mulanya diperkenalkan secara komersial pada tahun 1998 selepas mendapat lampu hijau daripada pihak Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat.

Pil ini mendapat sambutan yang luar biasa oleh golongan lelaki yang mengalami masalah seksual kerana sebelum pil Viagra diperkenalkan kepada umum, tiada ubat yang khusus digunakan untuk merawat masalah batin lelaki. Lelaki yang mati pucuk perlu rawatan suntikan sebelum adanya Pil Viagra ini.

Dengan kemunculan Viagra di pasaran pada ketika itu, ianya merupakan penawar yang dinanti-nantikan oleh lelaki yang bermasalah. Jadi tidak hairanlah pil ini menjadi rebutan mereka yang mengalami masalah tersebut.

Makmal milik Pfizer yang terletak di Sandwich, United Kingdom merupakan tempat pertama pil Viagra dihasilkan

Dijumpai Secara Tak Sengaja

Penemuan  Pil Viagra merupakan penemuan tidak sengaja oleh saintis Syarikat Pfizer yang berasal daripada United Kingdom. Mereka adalah Peter Dunn dan Albert Wood yang mensintesiskan bahan kimia untuk menghasilkan bahan kimia bernama Sildenafil pada tahun 1989 di makmal Pfizer yang terletak di Sandwich, United Kingdom.

Pada masa itu, Pzifer telah meletakkan paten bagi penemuan ini.Tujuan utama bahan kimia Sildenafil ini dibuat adalah untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah jantung.

Pada tahun 1991, Dr. Nicholas Terrett telah mempatenkan bahan kimia Sildenafil secara komersil sebagai ubat untuk pesakit yang mempunyai masalah jantung. Sepanjang awal tahun 1990-an, banyak ujian yang dijalankan terhadap pesakit jantung dan kesan daripada ujian itu, ada di antara mereka yang mati pucuk telah kembali normal setelah menggunakan Sildenafil ini.

Pfizer Merebut Peluang Untuk Buat Kajian Yang Lebih Mendalam

Fenomena ini telah memberi peluang kepada Pfizer untuk melakukan ujian klinikal dengan lebih mendalam terhadap kesan bahan kimia Sildenafil ini. Mereka berjaya membuktikan bahawa SildenafilIni mampu untuk merawat pesakit yang mengalami mati pucuk, untuk kembali normal. Setelah ujian klinikal berjaya dijalankan dengan terperinci, bahan kimia ini telah diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1996.

Bob Doyle merupakan jurucakap untuk iklan Viagra ketika awal pengenalan pil itu kepada masyarakat dunia. Beliau merupakan bekas calon Presiden Amerika Syarikat yang tewas kepada Bill Clinton

Penemuan ini dijumpai secara tidak sengaja dalam sejarah perubatan manusia yang telah memberi pulangan berbilion dollar kepada Pfizer, dan mereka telah memohon badan FDA Amerika Syarikat untuk mengkomersialkan pil yang diberi nama Viagra ini.

Semasa ia mula dilancarkan pada tahun 1998, Syarikat Pfizer telah  mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda hasil daripada penjualan pil ini. Hanya dalam masa tidak sampai satu tahun setelah di pasarkan secara rasmi, mereka telah pun meraih keuntungan sebanyak $400 juta.

Harga saham Syarikat Pfizer naik dengan mendadak di atas kejayaannya. Pil ini telah membantu ramai pesakit kanser prostat, lemah jantung dan diabetis untuk mendapatkan semula kelakian mereka yang terjejas kesan daripada penyakit yang dihidapi oleh mereka.

Dengan lambakan pil yang fungsinya seperti Viagra, Pfizer terpaksa mengeluarkan Pil Viagra versi baru yang dijual dengan harga yang murah untuk bersaing dalam pasaran

Semua Benda Pasti Berakhir

Setelah berada dua dekad dalam pasaran, cap dagang (paten) yang dimiliki oleh Pfizer akhirnya berakhir. Ini bermakna syarikat farmaseutikal yang lain boleh mengambil teknologi yang dimiliki oleh Viagra untuk dijual.

Ini kerana menurut perundangan yang termaktub di dalam negara Amerika Syarikat, syarikat farmaseutikal hanya boleh memegang sesuatu paten selama 20 tahun dari tarikh yang dipohon. Jualan untuk pil Viagra selama satu dekad berada di pasaran telah memberi keuntungan sebanyak $2 bilion dolar.

Kini setelah paten itu tamat, banyak syarikat farmaseutikal lain telah membangunkan pil yang sama fungsinya dengan Viagra, tetapi dengan kos yang lebih murah. Ini menyebabkan Pfizer terpaksa mengambil langkah yang serupa, dengan mencipta pil yang seakan sama dengan Viagra tetapi dijual dengan harga yang lebih rendah untuk bersaing di pasaran terbuka.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend