Rahsia Kecerdasan Emosi Warren Buffett Kini Terbongkar (Prinsip 25/5)

Kata-kata hikmah warren buffet

Selain menjadi salah satu pelabur paling kaya dan berjaya di dunia, Warren Buffett juga telah menunjukkan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) yang luar biasa. Terlalu banyak kecemerlangan prestasi yang beliau telah pamerkan.

Namun tahukah anda ada satu prinsip yang beliau rahsiakan daripada pengetahuan umum? Prinsip yang dimaksudkan aalah Prinsip 25/5 dan bagaimana ia mampu memberi manfaat kepada anda?

Dalam catatan, Mike Flint adalah individu yang bertanggungjawab memecahkan rahsia ini kepada pengetahuan umum, bukannya pemilik kepada idea sebenar iaitu Warren Buffett. Mike Flint yang bekerja sebagai juruterbang pesawat peribadi Buffett selama sedekad, beliau pernah mengutarakan persoalan kepada majikannya iaitu, Warren Buffett bagaimana untuk mencapai matlamat (goal) dalam hidup.

Warren Buffett dengan bersahaja, menyuruh Mike Flint untuk menyenaraikan:

  • 25 matlamat atau impian atau keutamaan dan sebagainya yang menjadi cita-cita dalam hidup Mike Flint
  • Kemudiannya daripada 25 senarai tersebut lakukan saringan sebanyak 5 yang paling penting dan menjadikannya sebagai keutamaan

Sebelum kita pergi lebih jauh, cuba kita fikir sejenak kenapa Warren Buffett menyuruh Mike Flint melakukan senarai seperti itu? Adakah Warren Buffett inginkan beliau lebih memahami matlamat hidupnya? Adakah Warren Buffett ingin Mike Flint mencapai matlamat hidupnya?

Walau apa jua jawapan anda semuanya adalah betul, namun alasan utama Warren Buffett menyuruh Mike Flint melakukan seperti itu adalah sedikit unik. Apa yang sebenarnya Warren Buffett ingin Mike Flint lakukan adalah ialah:

  • Supaya dapat memberikan fokus yang tinggi terhadap 5 matlamat utama.
  • Mengabaikan sementara waktu atau sekaligus matlamat 6 hingga 25 yang kurang menjadi keutamaan

Menurut kajian yang lebih mendalam dilakukan oleh Towson (salah satu Journalist dan Blogger ternama), prinsip yang Warren Buffett berikan adalah sangat menitik beratkan kepada ‘fokus’. Kita tidak akan mampu mencapai kesemua 25 matlamat dalam hidup kita, jika kita berfikir bagi jangka masa yang panjang.

Walaupun kita hanya mampu mencapai 5 matlamat dalam hidup kita, tetapi sekurang-kurangnya kita mempunyai fokus yang tinggi untuk menumpukan sepenuh tenaga atau usaha terhadap matlamat tersebut. Matlamat 6 hingga 25 tersebut hanya berpotensi menjadi gangguan emosi atau halangan psikologi kepada anda.

Tahukah anda, Mike Flint yang merupakan individu pertama yang menerima nasihat daripada Warren Buffett, kini telah mempunyai syarikat penerbangan peribadi beliau sendiri?

Menarik bukan?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenali Bisnes Lain Berkaitan Lee Thiam Wah, Pengasas 99 Speedmart

Lee Thiam Wah dikenali sebagai ‘Raja Mini Mart’ dan dilahirkan pada tahun 1964 di Klang. Beliau mengalami polio semasa bayi, sehingga menyebabkan kehilangan fungsi kedua-dua belah kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Lee hanya mendapat pendidikan sekolah rendah. Namun, perkara tersebut tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Lee mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menjual snek di tepi jalan sebelum akhirnya berjaya mengumpulkan wang yang mencukupi untuk membuka sebuah kedai runcit pada usia 23 tahun. Perkara ini kemudiannya membuka jalan kepada kerjayanya dalam industri runcit sehingga lahirnya 99 Speemart yang kita kenali hari ini. Pada 25 November 2021, 99 Speedmart telah melancarkan cawangannya yang ke-2,000, menurut laman webnya.

Kini, Lee Thiam Wah meerupakan seorang usahawan yang berpengaruh dalam industri peruncitan Malaysia serta memiliki pelbagai kepentingan perniagaan di pelbagai sektor di dalam dan luar negara. Berikut adalah beberapa contoh pegangan bisnes Lee Thiam Wah:

99 Speedmart

Penglibatan: Pengasas dan pemegang saham

99 Speedmart pertama kali dibuka pada tahun 1987 di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Ia adalah hasil usaha Lee Thiam Wah yang memulakan perniagaan ini dengan kedai runcit kecil sebelum berkembang dan membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia, menjadikannya salah satu rangkaian pasar mini yang paling popular di negara ini.

Burger King (Malaysia dan Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 18 Ogos 2015) dengan pegangan saham sebanyak 70% (tidak langsung) dalam Cosmo Restaurants Sdn Bhd.

Pada tahun 2015, Lee membeli rangkaian restoran makanan segera Burger King di Malaysia dan Singapura daripada Ekuiti Nasional Bhd dengan harga RM74.6 juta. Tahun 2022, syarikat melaporkan jualan sebanyak RM248 juta dan kerugian sebanyak RM1 juta.

Alliance Bank

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 5.076%

Lee Thiam Wah muncul sebagai antara pemegang saham besar dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, menerusi Global Success Network Sdn Bhd.

Careon Pharmacy

Gambar: depkes.org

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 15 September 2020) dan pemegang saham yang besar (langsung)

Careon Pharmacy Sdn Bhd adalah rangkaian farmasi runcit yang dimiliki sepenuhnya oleh Lee Thiam Wah. Ditubuhkan pada tahun 2020, Careon Pharmacy bertujuan untuk menyediakan produk farmaseutikal dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Tahun 2022, syarikat ini melaporkan jualan sebanyak RM20 juta dan kerugian dalam RM7 juta.

Selain Careon Pharmacy, satu lagi jenama farmasi di bawah Lee Thiam Wah adalah Medsense Pharmacy di bawah syarikat Subang Excel Healthcare Sdn Bhd. Saham syarikat ini dipegang sepenuhnya oleh Careon Pharmacy Sdn Bhd.

Ali, Muthu dan Ah Hock

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 1 Mac 2019) dan dengan pegangan saham terbesar dalam syarikat Nasi Lemak Gempak Sdn Bhd.

Lee Thiam Wah memiliki pegangan saham terbesar dalam kopitiam Ali, Muthu dan Ah Hock. Rangkaian restoran ini terkenal dengan suasana kopitiamnya dan menawarkan pelbagai masakan tempatan Malaysia dalam suasana santai. Not bad, tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM30 juta dan keuntungan dalam RM1 juta.

Radiant Globaltech (disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia)

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 15.40% dalam Radiant Globaltech Bhd

Lee Thiam Wah muncul sebagai pemegang saham ketiga terbesar dalam pembekal penyelesaian teknologi runcit (perkakasan dan perisian), Radiant Globaltech Bhd (RGTech). Lee memegang saham sebanyak 15.40% melalui syarikatnya iaitu Global Success Network Sdn. Bhd. Tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM137 juta dan keuntungan RM9 juta.

Sumber : BursaMarketPlace

U Stars Supermarket (Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 3 April 2023) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

The Bakery Depot Pte Ltd (Singapura)

Penglibatan: Pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Cleanwave

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 5 Julai 2018) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Syarikat ini terlibat dalam pengangkutan, logistik, perdagangan, pengilangan, pengedaran, import dan eksport, penyimpanan, penjualan dan pemasaran pelbagai produk penjagaan rumah dan kebersihan, produk pembersihan, kosmetik dan produk penjagaan diri.

Untuk makluman juga, 99 Speedmart ingin apungkan 17% sahamnya melalui IPO dengan anggaran RM1.5 billion. Akan tetapi IPO 99 Speed Mart yang akan dilancarkan nanti nampaknya macam tidak patuh syariah.

Sumber: Prospektus IPO 99 Speedmart

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee