Sebelum Bill Gates Nak Kahwin Dengan Melinda, Beliau Siap Buat Penyelidikan Algoritma

Ketika episod ketiga tayangan bersiri “Inside Bill’s Brain” dipaparkan di Netflix, yang berkisar mengenai dokumentari perjalanan hidup Bill Gates; kelihatan David Guggenheim (pengarah dokumentari tersebut) sedang bermain kad dengan Bill Gates.

Kemudiannya beliau mengatakan Bill Gates cukup bertuah dalam kehidupan, dan bernasib baik dalam percaturan strategi (permainan kad). Bill Gates tersenyum dan menambah kenyataan tersebut, bahawa beliau juga sangat bertuah dalam kisah percintaan beliau.

Bill Gates telah bertemu dengan Melinda pada  tahun 1987, ketika Melinda memegang jawatan sebagai pengurus produk (product manager) Microsoft. Pada mulanya tiada perhubungan istimewa terjalin antara mereka, kerana pada Melinda persekitaran di tempat kerja mereka terlalu baru dan banyak lelaki yang ingin menjadikannya sebagai kekasih.

Manakala Bill Gates pula, lebih mengabaikan perhubungan intim dengan wanita. Memetik kata-kata Bill Gates:

“She had other boyfriends, and I had Microsoft.”

Apabila ibu Bill Gates telah didiagnosis sebagai menghidap kanser, ibunya berhajat agar Bill Gates mendirikan rumah tangga sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

Bill Gates akur dan cuba memenuhi permintaan ibunya. Setelah setahun usia perkenalan dan perhubungan beliau dengan Melinda, beliau telah mencapai konflik hidup yang mana adakah beliau sesuai mendirikan rumahtangga atau sebaliknya.

Memetik kata-kata Bill Gates, “I took the idea of marriage very seriously”.

Bill Gates telah mencatatkan data mengenai kebaikan dan keburukan mendirikan rumahtangga dengan Melinda di atas whiteboard. Analisis yang Bill Gates lakukan ketika itu, mungkin sesuai digelar sebagai Manual Data Algorithm.

Bayangkan betapa luar biasanya tindakan seorang yang bijaksana, hal yang serius seperti perkahwinan perlulah dianalisa agar keputusan dibuat adalah bukan berdasarkan kepada emosi dan perasaan semata-mata.

Secara tak langsung, Bill Gates mengajar kita bagaimana sesuatu keputusan dapat diambil dengan sebaik-baiknya menggunakan data atau maklumat yang ada. Hasil daripada data penyelidikan tersebut, perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke hari ini.

Mungkin persoalan baharu muncul dalam pemikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan Algorithm? Dan bagaimana ia membantu manusia dalam membuat keputusan?

Tahukah anda, Ray Dalio sebagai pelopor kepada Bridgewater Associates iaitu Hedgefund terbesar di dunia, juga sangat menekankan penggunaan Algorithm dalam mengurus portfolio yang bernilai berbilion dolar?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenali Bisnes Lain Berkaitan Lee Thiam Wah, Pengasas 99 Speedmart

Lee Thiam Wah dikenali sebagai ‘Raja Mini Mart’ dan dilahirkan pada tahun 1964 di Klang. Beliau mengalami polio semasa bayi, sehingga menyebabkan kehilangan fungsi kedua-dua belah kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Lee hanya mendapat pendidikan sekolah rendah. Namun, perkara tersebut tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Lee mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menjual snek di tepi jalan sebelum akhirnya berjaya mengumpulkan wang yang mencukupi untuk membuka sebuah kedai runcit pada usia 23 tahun. Perkara ini kemudiannya membuka jalan kepada kerjayanya dalam industri runcit sehingga lahirnya 99 Speemart yang kita kenali hari ini. Pada 25 November 2021, 99 Speedmart telah melancarkan cawangannya yang ke-2,000, menurut laman webnya.

Kini, Lee Thiam Wah meerupakan seorang usahawan yang berpengaruh dalam industri peruncitan Malaysia serta memiliki pelbagai kepentingan perniagaan di pelbagai sektor di dalam dan luar negara. Berikut adalah beberapa contoh pegangan bisnes Lee Thiam Wah:

99 Speedmart

Penglibatan: Pengasas dan pemegang saham

99 Speedmart pertama kali dibuka pada tahun 1987 di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Ia adalah hasil usaha Lee Thiam Wah yang memulakan perniagaan ini dengan kedai runcit kecil sebelum berkembang dan membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia, menjadikannya salah satu rangkaian pasar mini yang paling popular di negara ini.

Burger King (Malaysia dan Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 18 Ogos 2015) dengan pegangan saham sebanyak 70% (tidak langsung) dalam Cosmo Restaurants Sdn Bhd.

Pada tahun 2015, Lee membeli rangkaian restoran makanan segera Burger King di Malaysia dan Singapura daripada Ekuiti Nasional Bhd dengan harga RM74.6 juta. Tahun 2022, syarikat melaporkan jualan sebanyak RM248 juta dan kerugian sebanyak RM1 juta.

Alliance Bank

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 5.076%

Lee Thiam Wah muncul sebagai antara pemegang saham besar dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, menerusi Global Success Network Sdn Bhd.

Careon Pharmacy

Gambar: depkes.org

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 15 September 2020) dan pemegang saham yang besar (langsung)

Careon Pharmacy Sdn Bhd adalah rangkaian farmasi runcit yang dimiliki sepenuhnya oleh Lee Thiam Wah. Ditubuhkan pada tahun 2020, Careon Pharmacy bertujuan untuk menyediakan produk farmaseutikal dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Tahun 2022, syarikat ini melaporkan jualan sebanyak RM20 juta dan kerugian dalam RM7 juta.

Selain Careon Pharmacy, satu lagi jenama farmasi di bawah Lee Thiam Wah adalah Medsense Pharmacy di bawah syarikat Subang Excel Healthcare Sdn Bhd. Saham syarikat ini dipegang sepenuhnya oleh Careon Pharmacy Sdn Bhd.

Ali, Muthu dan Ah Hock

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 1 Mac 2019) dan dengan pegangan saham terbesar dalam syarikat Nasi Lemak Gempak Sdn Bhd.

Lee Thiam Wah memiliki pegangan saham terbesar dalam kopitiam Ali, Muthu dan Ah Hock. Rangkaian restoran ini terkenal dengan suasana kopitiamnya dan menawarkan pelbagai masakan tempatan Malaysia dalam suasana santai. Not bad, tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM30 juta dan keuntungan dalam RM1 juta.

Radiant Globaltech (disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia)

Penglibatan: Pegangan saham sebanyak 15.40% dalam Radiant Globaltech Bhd

Lee Thiam Wah muncul sebagai pemegang saham ketiga terbesar dalam pembekal penyelesaian teknologi runcit (perkakasan dan perisian), Radiant Globaltech Bhd (RGTech). Lee memegang saham sebanyak 15.40% melalui syarikatnya iaitu Global Success Network Sdn. Bhd. Tahun 2022 syarikat melaporkan jualan sebanyak RM137 juta dan keuntungan RM9 juta.

Sumber : BursaMarketPlace

U Stars Supermarket (Singapura)

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 3 April 2023) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

The Bakery Depot Pte Ltd (Singapura)

Penglibatan: Pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Cleanwave

Penglibatan: Pengarah (dilantik pada 5 Julai 2018) dan pemegang saham yang besar (tidak langsung)

Syarikat ini terlibat dalam pengangkutan, logistik, perdagangan, pengilangan, pengedaran, import dan eksport, penyimpanan, penjualan dan pemasaran pelbagai produk penjagaan rumah dan kebersihan, produk pembersihan, kosmetik dan produk penjagaan diri.

Untuk makluman juga, 99 Speedmart ingin apungkan 17% sahamnya melalui IPO dengan anggaran RM1.5 billion. Akan tetapi IPO 99 Speed Mart yang akan dilancarkan nanti nampaknya macam tidak patuh syariah.

Sumber: Prospektus IPO 99 Speedmart

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee