Senarai Terkini 9 Orang Terkaya Di Muka Bumi Dalam Industri Teknologi

Jangan Pandang Rendah Golongan Nerd

Baru-baru ini, Jeff Bezos iaitu CEO Amazon telah menggantikan Bill Gates sebagai orang terkaya di dunia. Ini disebabkan harga saham Amazon yang naik mendadak; $945.26 sesaham, sekaligus mengatasi Bill Gates buat pertama kalinya selepas empat tahun di takhta.

Jom kita berkenalan dengan 9 lagi ikon bilionair dalam bidang teknologi.

#9. Steve Ballmer

Bernilai: $30.6 billion
Umur: 61
Negara: US
Sumber Kekayaan: Microsoft

Sumber: Business Insider

Siapa di dunia ni yang tak pernah pakai perisian Windows kan? Ada Microsoft Office untuk memudahkan kita buat kerja, dan terkini Microsoft Windows 10 yang merupakan sistem pengendalian paling laris. Beliau merupakan rakan kongsi kepada Bill Gates, dan bersama-sama ketika susah dan senang.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $72.82 Dolar US Bersamaan 310.69 Ringgit Malaysia

#8. Ma Huateng

Bernilai: $31.1 billion
Umur: 45
Negara: China
Sumber Kekayaan: Tencent Holdings

Sumber: The Quotes

Mungkin ramai di luar negara China tidak mengenali beliau, tetapi Ma Huateng telah membangunkan platform QQ, sebuah perkhidmatan pesanan segera dan merupakan di antara 10 laman web terbesar dunia. Selain daripada itu, adakah anda pengguna WeChat? Syarikat beliau jugalah yang bangunkan aplikasi WeChat ini; WeChat Wallet iaitu kemudahan dompet mudah alih @ mobile wallet; dan Tencent Games, komuniti permainan atas talian terbesar di China.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $328.40 Dolar Hong Kong Bersamaan 179.12 Ringgit Malaysia

#7. Jack Ma

Bernilai: $43.8 billion
Umur: 52
Negara: China
Sumber Kekayaan: Alibaba Group

Sumber: Your Story

Orang terkaya di China ini, telah memulakan Alibaba dengan hanya bermodalkan $60,000 USD. Dan hari ini, Alibaba merupakan platform e-dagang yang sangat terkenal di seluruh. Dan yang paling bestnya, Kedatangan Jack Ma Dan Kesannya Kepada Malaysia Sempena Digital Free Trade Zone (DFTZ) – AliBaba akan menjadikan Malaysia sebagai hub e-dagang di rantau Asia Tenggara.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $171.74 Dolar US Bersamaan 732.73 Ringgit Malaysia

#6. Sergey Brin

Bernilai: $46.8 billion
Umur: 43
Negara: US

Sumber Kekayaan: Google

Sumber: The Quotes

Tipulah kalau tak pernah guna enjin carian Google…? Apa-apa di dunia ini, kita boleh Google kan saja, dan mesti Google akan bantu kita senaraikan laman web yang berkaitan dengan apa yang kita cari. Sergey Brin inilah yang membangunkan Google, dan kini terlibat dalam projek yang lebih mencabar seperti Google X. Di antara kejayaan baru-baru ini, adalah dengan menghasilkan rumah yang diautomasikan dan kereta yang boleh pandu sendiri.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $930.50 Dolar US Bersamaan 3,969.98 Ringgit Malaysia

#5. Larry Page

Bernilai: $48.0 billion
Umur: 44
Negara: US

Sumber Kekayaan: Google

Sumber: The Legacy Project

Larry Page merupakan pengasas bersama Google bersama-sama dengan Sergey Brin, dan kini Google bernilai lebih daripada $660 billion. Walaupun beliau tersangatlah kaya, tetapi beliau bukanlah seorang yang suka berbelanja besar.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $930.50 Dolar US Bersamaan 3,969.98 Ringgit Malaysia

#4. Larry Ellison

Bernilai: $52.9 billion
Umur: 72
Negara: US

Sumber Kekayaan: Oracle

Sumber: Billionaire Book Club

Larry Ellison bermula sejak tahun 1977 dengan mendapat kontrak daripada CIA untuk bangunkan sistem pangkalan data di bawah projek yang dikenali sebagai Oracle. Sehinggalah hari ini ia dikenali sebagai Oracle Corporation, dan syarikat beliau memperoleh pendapatan sebanyak $37 billion tahun lepas.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $49.24 Dolar US Bersamaan 210.08 Ringgit Malaysia

#3. Mark Zuckerberg

Bernilai: $70.5 billion
Umur: 33
Negara: US

Sumber Kekayaan: Facebook

Sumber: Scoop Whoop

Mark Zuckerberg merupakan orang termuda di dalam senarai ini dan merupakan CEO Facebook yang dikenali ramai. Dengan lebih dua billion pengguna Facebook setiap hari, kini syarikat beliau bernilai $480 billion. Pernah menghadiri university Harvard, tetapi berhenti belajar untuk mengejar cita-cita beliau sejak berumur 19 tahun lagi.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $166.32 Dolar US Bersamaan 709.60 Ringgit Malaysia

#2. Bill Gates

Bernilai: $90.7 billion
Umur: 61
Negara: US

Sumber Kekayaan: Microsoft

Sumber: Gecko And Fly

Bill Gates merupakan pengasas bersama Microsoft sejak beliau berumur 20 tahun lagi, dan menjadi billionair pada umur 31 tahun setelah Microsoft disenaraikan di Bursa Saham. Bill Gates juga telah berazam untuk menyumbang lebih daripada 50% kekayaan beliau untuk kebajikan bagi membantu dunia menjadi tempat yang lebih baik untuk semua orang.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $72.82 Dolar US Bersamaan 310.69 Ringgit Malaysia

#1. Jeff Bezos

Bernilai: $90.9 billion
Umur: 53
Negara: US

Sumber Kekayaan: Amazon

Sumber: The Business Tutor

Jeff Bezos baru sahaja menewaskan Bill Gates dan kini duduk di tempat pertama sebagai orang terkaya di dunia. Amazon bermula di rumah beliau di Seattle pada tahun 1994 sebagai penjual buku atas talian. Dan kini Amazon telah menjadi platform e-dagang yang termasyhur di dunia dan telah pun masuk ke pasaran Asia menerusi India.

Harga Saham Pada 25 Ogos 2017: $945.26 Dolar US Bersamaan $4,032.95 Ringgit Malaysia

Syarikat Maju, CEO Makin Kaya…Pelabur Untung

Kesemua yang tersenarai di atas merupakan ketua syarikat masing-masing dan bermula daripada kosong, tanpa apa-apa. Ini menunjukkan sesiapa sahaja boleh berjaya.

Semua syarikat mereka tersenarai di Bursa Saham dan apabila syarikat bertambah maju, semakin ramai pelabur berminat, harga saham pula naik, dan mereka ini akan bertambah kaya.

Sama juga dengan orang-orang terkaya di Malaysia, mereka setiap tahun makin kaya, tapi kita boleh turut menumpang kekayaan mereka dengan menjadi sebahagian daripada syarikat mereka. Macam mana? Jadilah pelabur, beli la saham syarikat mereka di pasarn saham Bursa Malaysia. (Tak semahal harga saham di NASDAQ)

Baca juga Bertambah Lagi Melayu Dalam Senarai 40 Orang Terkaya di Malaysia 2016

Minat dengan syarikat Telco? Beli lah saham Digi atau Telekom Malaysia.
Minat dengan Tony Fernandez? Beli lah saham Air Asia (masih belum syariah).
Minat dengan industri minyak? Beli lah saham Petronas atau Petron.
Minat dengan kereta proton? Beli lah saham DRB-HICOM.

Baca juga Ini 15 Perkara Beginner Perlu Belajar Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Sudah Tiba Masa Usahawan Dari Malaysia Pula Tersenarai

Semua yang tersenarai adalah merupakan orang yang sangat bersungguh-sungguh dan meminati bidang teknologi. Oleh itu, janganlah merendah-rendahkan mereka yang kreatif dan inovatif (kaki games, kaki develop apps); kerana mana tahu satu hari nanti anda bakal bekerja dengan mereka. Kita masih menunggu usahawan daripada Malaysia untuk muncul sebagai ikon teknologi dan tersenarai sebagai orang terkaya di dunia.

Komen

komen