Seorang Usahawan Perlu Ada 4 Ciri-Ciri Ini

Untuk bergelar sebagai seorang usahawan dan seterusnya jutawan, kita perlu tahu jenis keperibadian yang harus dimiliki. Keperibadian merujuk kepada sikap dan ciri ciri yang terdapat pada seseorang.

Tidak kira baru nak memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung, pastikan kita ada ciri-ciri ini yang perlu diterapkan dalam diri kita.

1. Belajar, Belajar Dan Terus Belajar

Orang yang berjaya tahu apabila mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai sesuatu perkara, mereka mempunyai motivasi untuk belajar dengan mereka yang pakar. Ini membolehkan kita mengatasi kelemahan dan memperbaiki kekuatan sengan serentak.

Ini juga membolehkan kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan menjadi lebih bijak menghadapi cabaran yang mendatang.

2. Fokus Dan Tahu Apa Yang Kita Nak

Mengapa patut menjadi “biasa” apabila kita dilahirkan untuk menonjol? Mereka yang mahu berjaya sentiasa berusaha untuk menjadi berbeza daripada orang lain. FOKUS pada apa yang kita inginkan dan tidak bimbang tentang apa yang difikirkan oleh orang lain.

Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Steve Jobs adalah contoh terbaik. Sekiranya mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir untuk diri sendiri dan hanya cuba menyesuaikan diri, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka lakukan.

Dengan berfikir secara berbeza dan memberi tumpuan kepada matlamat mereka, mereka dapat “membuat” laluan yang luar biasa untuk berjaya.

3. Bantu Selesaikan Masalah Orang Lain

Orang yang berjaya tahu bahawa semakin ramai kita membantu orang lain, semakin banyak pulangan dan kelebihan yang tidak dijangka kita akan dapat sebagai balasannya. Lagi banyak masalah yang dapat kita selesaikan, lagi besar ganjarannya.

Apabila kita membantu orang lain dalam membina kerjaya mereka, sama ada secara langsung membantu mereka, beri mereka sokongan, atau menjadi mentor mereka; mereka mungkin dapat menawarkan kita peluang yang baik untuk perniagaan kita pula pada masa akan datang. 

4. Bertindak Sekarang, Usah Tangguh

Mereka yang berjaya adalah orang yang tidak suka menangguhkan sesuatu pekerjaan. Penangguhan kerja adalah satu sikap yang akan menyusahkan anda kita di masa akan datang.

Sebagai seorang yang ingin berjaya, cuba lakukan kerja secepatnya dan elak daripada menangguh kerja tersebut. Percayalah, kita akan rasa lega apabila dapat menyelesaikannya secepat mungkin. 

Kesimpulannya, keperibadian ini adalah sikap yang harus dimiliki oleh mereka yang ingin berjaya. Jika kita mahu berjaya, cuba terapkan sikap ini ke dalam diri kita, pasti dapat satu kelainan dalam diri selepas mengamalkannya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend