Tahukah Anda, Wanita Terkaya Di Amerika Syarikat Bergaji RM383,058 Sejam?

Memang tak disangka-sangka sekali bila kita dapat tahu mengenai wanita terkaya di Amerika Syarikat, termasuk jumlah bersih pendapatan mereka. Ianya mencerminkan bertapa berwawasannya kaum wanita pada masa kini. Kemunculan wanita sebagai pemimpin dalam bidang keusahawanan semakin meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun kini kaum wanita, mula mengambil alih kepimpinan utama syarikat-syarikat gergasi di seluruh dunia.

Di antaranya bidang bioteknologi, kosmetik, dunia perniagaan dan sebagainya, penuh dengan wanita yang berjaya dan berinspirasi.

Wanita semakin lebih dominan sejak akhir-akhir ini. Peranan ketua pegawai eksekutif (CEO) semakin meningkat, dan mengangkat martabat wanita agar lebih dihormati sebagai seorang pemimpin.

Tahun lalu menyaksikan senarai nama besar wanita di FTSE 100 semakin bertambah. Sebagai contoh, Dame Carolyn McCall yang dilantik  menjadi CEO ITV pada tahun 2017 dan Alison Brittain yang menjadi ketua Whitbread group; yang memiliki jenama seperti Costa Coffee dan Premier Inn, serta ramai lagi.

Sumber: Forbes

Senarai wanita Forbes paling kaya bagi tahun 2019 terdiri daripada 80 wanita dari seluruh Amerika Syarikat. Hanya empat wanita berkulit hitam yang muncul dalam senarai Forbes wanita terkaya berwarganegara Amerika Syarikat.

Disebabkan inilah RS Components, terpanggil untuk melakukan analisa mengenai, berapakah tempoh masa yang diambil untuk seorang wanita terkaya di dunia menyemai purata pendapatan tahunan individu di Amerika Syarikat. Oleh kerana data tersebut di pamerkan, maka telah mendedahkan dalam tajuk utama artikel mereka bahawa, sesetengah wanita terkaya di dunia hanya memerlukan masa sejam untuk menyemai atau menandingi purata pendapatan tahun seseorang.

Dianne Hendricks, Wanita Terkaya Dunia

Tempat pertama senarai wanita paling terkaya di Amerika Syarikat adalah Dianne Hendricks. Seorang billionaire yang berumur 72 tahun. Namun aset peribadi beliau menurun sebanyak $8 juta berbanding tahun 2018.

Aset kekayaan beliau bersamaan lebih kurang $6.3 billion, iaitu bersamaan 2 kali ganda lebih dari Lynda Resnick, atau 3 kali ganda lebih dari Thai Lee, dan hampir 4 kali ganda lebih banyak dari aset kekayaan Peggy Cherng.

Hendricks mempunyai pendidikan peringkat diploma. Selepas beliau menamatkan persekolahannya beliau memulakan kerjaya dan telah mengambil tempoh selama kurang dari  20 tahun untuk menjadi pengasas kepada ABC Supply (di antara syarikat pemborong dan pengedar yang terbesar di Amerika Syarikat).

Pendapatan beliau sejam bersamaan $91,324 (atau pun sebanyak 383,058.52MYR), iaitu melebihi $34,808 purata pendapatan tahunan seorang rakyat Amerika. Pada masa kini purata pendapatan sejam di Amerika Syarikat sebanyak $28.11. Ini bermakna seseorang rakyat Amerika perlu bekerja sebanyak 8 jam sehari selama 406 hari untuk menyamai pendapatan beliau dalam sehari.

Di antara petikan emas beliau yang popular ialah:

“I don’t have heroes, exactly, but I do have people I hold in high respect. Ronald Reagan, for example, stood for ideals that I value: integrity, patriotism and a fundamental belief in goodness and capabilities of mankind”

Adakah anda seorang wanita di Malaysia, dan mendapat inspirasi daripada kejayaan dan kehebatan beliau?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend