Warkah Terbuka Daripada Seorang CEO – 3 Sebab Mengapa Perlu Utamakan Keluarga

Baru-baru ini, telah tular satu warkah terbuka daripada CEO sebuah firma kaunseling visa Filipina, Charity Delmo yang mengalakkan pekerjanya untuk memilih keluarga dahulu berbanding pekerjaan. Beliau berkata “sekiranya anda harus memilih di antara memenuhi keperluan anak lelaki atau anak perempuan anda dalam hal persekolahan dengan keperluan pelanggan anda, sekiranya anda harus memilih antara keperluan suami atau isteri anda dengan keperluan pelanggan dan saya sebagai bos anda, maka pilihlah keluarga anda”.

Namun begitu, ianya mendapat pelbagai pandangan berbeza. Ada yang menyokong namun ada yang sebaliknya. Namun, dalam dunia pekerjaan atau perniagaan, sekiranya anda terlalu sibuk mengejar kekayaan sehingga mengabaikan tanggungjawab anda dalam keluarga maka anda akan kehilangan sokongan daripada orang yang paling hampir dengan anda.

Mengapa?

Keluarga merupakan institusi yang paling hampir dengan anda, dan semestinya yang menyokong anda. Apabila anda menghadapi dugaan dan cabaran, sudah semestinya yang akan dicari untuk dijadikan semangat adalah keluarga anda sendiri.

Bagi yang belum berkahwin, ibu dan ayah merupakan satu ikatan yang tidak dapat dipisahkan. Dan kepada yang sudah berkahwin, suami atau isteri merupakan tunjang sokongan anda.

Air yang dicincang tidak akan putus

Charity Delmo menegaskan bahawa apabila sebuah institusi kekeluargaan yang dibina bersama menjadi musnah maka semuanya tidak akan menjadi sama lagi. Benar! Kerana apabila sebuah keluarga runtuh maka kita akan kehilangan akar kuat yang menyokong kita.

Mengapa?

Untuk menjadi ketua yang hebat, anda harus memiliki ciri-ciri ketua yang bijak menguruskan keluarga. Segala-galanya bermula dari rumah. Sekiranya anda mampu menguruskan institusi kekeluargaan anda, maka anda mampu menguruskan syarikat dan perniagaan anda.

Pengurusan keluarga merupakan satu cerminan atau refleksi kepada kemahiran pengurusan anda daripada segi kewangan mahu pun syarikat. Oleh itu, apabila anda mampu menguruskan sesuatu dari asasnya, maka anda mampu menguruskan sesuatu yang jauh lebih bermakna.

Mengapa?

Apabila anda mengutamakan keluarga anda, ini merupakan satu langkah terapi untuk anda. Charity Delmo percaya apabila anda gembira di rumah maka, anda akan mejadi lebih produktif dan bersemangat di tempat kerja. Ini merupakan satu psikologi untuk anda menguruskan stres sendiri.

Apbila anda berada dalam suasana yang tenang seperti masalah anda boleh diatasi, maka anda boleh memberi tumpuan untuk kerja anda.

Utamakan Keluarga, Kerana Keluarga Amatlah Berharga

Kesimpulannya, keluarga merupakan sebuah institusi yang paling hampir dengan kita daripada segi emosi dan psikologi. Disebabkan itulah, kita harus mengutamakan keluarga sendiri terlebih dahulu.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend