10 Idea Menyeronokkan Untuk Menjana Pendapatan Mengikut Personaliti

Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai yang mula menjana pendapatan sampingan untuk menampungnya. Selain daripada membuat lebih daripada satu kerja atau membuat pelaburan, anda juga boleh menggunakan pelbagai alternatif lain yang menyeronokkan untuk mencari duit lebih.

Contohnya, anda juga boleh jana pendapatan berdasarkan personaliti anda.

Ambil pilihan anda dari 10 pilihan yang kami cadangkan di sini, sama ada anda seorang orang yang suka bersosial, atau sama ada anda lebih suka aman damai untuk melakukan kerja anda.

Golongan Extrovert:

1. Jana Pendapatan Dengan Youtube

Sumber Gambar StockSnap/Pixabay

Tahukah anda bahawa anda boleh jana pendapatan dengan Youtube? Dengan Youtube Partner Programme, anda boleh mendapatkan keuntungan daripada video yang anda kongsikan dalam saluran anda. Anda perlulah membuat sebanyak mungkin kajian tentang pasaran di Malaysia, hiburan atau jenis isi kandungan yang menjadi kegemaran rakyat tempatan, dan cuba untuk penuhi kehendak tersebut.

Antara cadangan isi kandungan video yang mungkin anda minat ialah;

  • Jadikan si bulu kesayangan anda sebagai selebriti media sosial
  • Berkongsi tentang tutorial-tutorial terutamanya yang anda pakar
  • Menyediakan penyelesaian kepada masalah yang timbul dalam kehidupan seharian
  • Buat penilaian produk
  • Kongsikan hobi atau aktiviti masa lapang yang anda suka lakukan

2. Menjadi “Social Media Influencer”

Jika anda gemar berkongsi aktiviti harian anda dalam media sosial, gunakan hobi anda ini untuk menjana pendapatan sampingan. Beberapa kemahiran yang berguna adalah kemahiran menangkap dan menyunting gambar serta pemasaran.

Platform-platform ini mungkin boleh membantu anda dalam membina kehadiran dan pengaruh anda dalam dunia media sosial dengan cara menghubungkan anda dengan jenama-jenama terkemuka di Malaysia.

3. Mulakan Podcast Anda Sendiri

Sumber Gambar: PIX1861/Pixabay

Rajin bercerita tetapi malu untuk bediri di hadapan kamera? Podcast mungkin jawapannya. Anda boleh dapatkan tips berguna untuk memulakan podcast daripada personaliti terkemuka Internet, Gary Vaynerchuk.

4. Jemput Tetamu Untuk Makan Malam Di Rumah Anda

Sumber Gambar: StockSnap/Pixabay

Gunakan kemahiran memasak untuk menghidangkan tetamu air tangan paling sedap anda. Dengan menggunakan aplikasi seperti Plate Culture ,  anda boleh menambah pendapatan dengan menjadi tuan rumah yang baik supaya tetamu berpuas hati dan membayar perhidmatan anda tersebut.

Anda juga boleh menjual masakan dari rumah di wadah seperti Yumscious yang sememangnya menjadi platform mencari makanan yang dimasak di rumah.

5. Mengajar Kelas Kreatif Pada Hujung Minggu

Sumber Gambar: Free-Photos/Pixabay

Adakah suka mengajar? Kongsi pengetahuan anda melalui kelas hujung minggu, bertemu orang baru, dan membina network anda. Sekiranya anda tidak tahu di mana untuk memulakan, My Weekend Plan menawarkan platform yang kukuh untuk memulakan kelas anda.

Kongsikan idea anda yang kreatif dengan cara mengajarkannya dengan mereka yang berminat pada hujung minggu. Buka bengkel kecil-kecilan untuk kelas kreatif anda, sama ada kelas fotografi, kempen pemasaran, ataupun kemahiran insaniah.

Golongan Introvert:

6. Menjadi Penerbit Kandungan Kreatif

Sumber Gambar: Free-Photos/Pixabay

Jika anda lebih suka bekerja dengan tenang tanpa perlu kelam kabut, anda juga boleh menjual rekaan-rekan grafik, atau produk digital yang dihasilkan sendiri di platform atas talian seperti Creative Market, Etsy, atau 123rf.

7. Buka Kursus Atas Talian

Sumber Gambar: Picography/Pixabay

Pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dengan teknologi. Anda boleh menggunakan pengetahuan yang ada untuk membuka kursus atas talian. Teachable, platform yang mesra pengguna membenarkan anda merangka dan menjual kursus atas talian secara percuma dengan hanya lima (5) langkah mudah.

8. Jual Pakaian Terpakai

Sumber Gambar: Leighann Renee/Unsplash

Singkirkan tabiat kaki membeli anda dengan cara menjual barangan terpakai anda. Kedai atas talian adalah antara pilihan yang boleh dijadikan tempat untuk anda jual barangan anda. Platform di bawah dapat membantu anda:

9. Mulakan Perniagaan ‘Dropship’

Sumber Gambar: fancycrave1/Pixabay

Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang banyak tetapi sangat berminat untuk memulakan perniagaan, anda mungkin boleh bermula dengan dropship.  Cari barangan yang sesuai dan berminat untuk anda jual di tempat paling sesuai untuk mencari peniaga online untuk menjadi ‘dropshipper‘ , Instagram.

10. Goyang Kaki Dan Buat Duit

Percaya atau tidak, anda juga boleh menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa. Cuba gunakan aplikasi ini dan jana pendapatan sampingan anda sekarang.

  • 8coin (kongsikan perkara/benda baru untuk memperoleh wang atau barang percuma)
  • Survey.com (jawab kaji selidik untuk memperoleh ganjaran)
  • FeaturePoints (dapatkan poin dengan memuat turun aplikasi percuma di peranti iPhone atau Android dan menggunakannya untuk seminit)

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend