14 Sebab Kenapa Jiran Kau Lebih Kaya Dari Kau

Jiran sebelah pakai kereta Honda Civic, kau pakai Boon Siew Honda.

Jiran sebelah selalu travel ke Maldives, kau hanya mampu tengok IG story dia.

“Hmmmmmm…..”

Artikel pendek ini adalah tekaan kami bagaimana jiran sebelah rumah kau “nampak lebih kaya” daripada kau walaupun gaji dia dengan gaji kau takdelah jauh beza.

Nota : Mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

  1. Itu sebenarnya rumah mak dia, jadi dia tak perlu bayar sewa rumah atau ansuran bank.
  2. Dia ambil pembiayaan peribadi.
  3. Dia tak ada hutang PTPTN.
  4. Dia menang saman fitnah.
  5. Dia hentam maksimum limit kad kredit setiap bulan.
  6. Dia part time bawa GRAB.
  7. Dia part time runner FOOD PANDA, BUNGKUSIT.
  8. Dia part time ejen COWAY dan CUCKOO.
  9. Dia beli pakej travel masa MATTA FAIR.
  10. Dia buat part time mengajar budak mengaji.
  11. Dia main kutu.
  12. Dia scam duit orang.
  13. Dia keluarkan duit KWSP.
  14. Dia anak Menteri.
  15. Dia mewarisi harta pusaka Ahmad Albab.
  16. Dia menang contest dekat Facebook.
  17. Dia guna e-wallet. GRABPAY, BOOST, FAVE selalu kasi cashback dan benda free.
  18. Dia tak bazirkan duit dekat 3 benda ni. Nak tahu benda apa klik sini.
  19. Dia ada perlindungan TAKAFUL.
  20. Dia konsisten untung dari jual beli saham dekat Bursa Malaysia. Nak belajar klik sini.
  21. Dia seorang “kapitalis”, cash flow dia cantik sebab ada 2-3 rumah sewa. Nak belajar klik sini.
  22. Dia amalkan konsep lepas dapat gaji dia SIMPAN, MELABUR, akhir sekali baru BELANJA. Kalau kau nak jadi macam dia, eloklah mula dari sekarang, jangan tunggu gaji bulan depan.

Janji nak kasi 14 sebab tetapi kami kasi lebih. Jadi jika anda baik hati sila kongsikan artikel ini supaya lebih ramai dapat buat duit ekstra dan boleh pergi Maldives.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend