18 Pelaburan Besar Yang Dimiliki Qatar Di Seluruh Dunia

Negara Qatar yang hanya sedikit lebih kecil daripada Negeri Terengganu, tetapi merupakan negara yang menuju ke arah negara yang maju. Negara yang bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak sebelum dekad 2000 yang merupakan pengeluar gas asli keempat terbesar di dunia, Qatar juga merupakan negara yang tidak mempunyai cukai dan mempunyai kadar pengangguran yang paling rendah. Mereka telah berjaya menarik ramai pelabur asing untuk melabur ke dalam negara mereka.

Kini Qatar telah mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas asli untuk membangunkan negara mereka. Sekarang mereka sudah mampu untuk melabur ke luar negara bagi memberi pulangan yang lumayan untuk negara.

Qatar kini telah membuat banyak pelaburan besar yang dimiliki sepenuhnya oleh negara terbabit dengan menggunakan nama Qatar Investment Authority (QIA). Kebanyakan pelaburan yang dilakukan oleh institusi ini adalah di benua Eropah terutamanya di Negara Britain.

Berikut adalah senarai pelaburan yang dimiliki oleh QIA di seluruh dunia.

1. Volkwagen Group

QIA telah membeli hampir 17% pegangan yang dimiliki oleh syarikat pengeluar kereta dari Jerman ini. Mereka telah menyuntik modal ke dalam syarikat ini pada tahun 2008 ketika krisis kewangan melanda.

Pada ketika itu, banyak syarikat automotif terpaksa membuat pinjaman dengan kerajaan masing–masing untuk menyelamatkan diri daripada disytiharkan bankrap, dan Qatar bijak mengambil peluang.

2. Barclays

Krisis kewangan pada tahun 2008 turut membuat pihak bank memerlukan suntikan dana bagi meneruskan operasi kewangan mereka. Pihak QIA telah memberi suntikan modal sebanyak $5.7 billion dengan membeli 3.8 juta saham Barclays ni.

Setahun kemudian, pihak QIA telah menjual sebanyak 1.4 juta saham dengan nilai sebanyak $2.2 billion. QIA  kini merupakan salah satu pemegang saham utama di institusi kewangan tersebut.

3. Canary Wharf Group

Memiliki saham dan hartanah yang bernilai sebanyak $3.9 billion yang mana syarikat ini memiliki hartanah di kawasan New York. QIA pula memiliki hampir 70% saham Canary Wharf Group ni.

4. Sainsbury’s

QIA memegang saham yang paling besar dalam rangkaian pasaraya di United Kingdom ini. Mereka telah membelinya pada tahun 2007 dan kini memiliki sebanyak 14% dalam syarikat.

5. Harrods

QIA telah memiliki saham bernilai $2.3 bilion saham Harrods pada tahun 2010. Harrods merupakan butik barangan mewah paling berprestij di United Kingdom.

Hanya barangan high-end sahaja yang layak untuk dipamerkan di dalam gedung beli belah tersebut yang mempunyai 330 kedai di dalamnya.

6. Claridge’s, The Berkeley and The Connaught

Memiliki pengangan saham terbesar di dalam rangkaian hotel mewah ini iaitu sebanyak 64%. Hotel ini merupakan hotel mewah di Kota London.

7. International Airlines Group (IAG)

Pada tahun 2016, QIA telah menambah pegangan saham di dalam syarikat penerbangan ini sebanyak 20% yang bernilai $1.4 bilion.

8. Chelsea Barracks

Merupakan syarikat hartanah yang memiliki kawasan hartanah mewah di sekitar London. Hanya gologan berada sahaja yang mempu memiliki kediaman di kawasan ini.

Pembelian ini dilakukan pada tahun 2007 dengan nilai sebanyak $1.19 bilion.

9. London Olympic Village

Kawasan yang dibangunkan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik di London pada tahun 2012. Pelaburan yang dilakukan QIA di kawasan ini adalah sejumlah $906 juta.

10. Valentino Fashion Group

Sebuah syarikat fesyen yang terkenal di Itali. QIA telah membeli saham syarikat ini yang bernilai $865 juta pada tahun 2012.

11. Empire State Building

Merupakan bagunan yang terkenal di Bandar New York yang yang mempunyai sejarah tersendiri di sana. QIA mempunyai pegangan saham ke atas bangunan ini sebanyak 9.9% yang bernilai setengah bilion dolar.

12. City Center D.C

Merupakan kawasan yang dibangunkan untuk tujuan pelancongan di Washington DC, Amerika Syarikat. QIA telah melabur di kawasan ini dengan pelaburan sebanyak $700 juta.

13. The London Park Lane Hotel

Rangkaian hotel mewah di London ini telah dibeli dengan nilai perjanjian sebanyak $452 juta.

14. Le Grand Hotel

Satu-satunya hotel yang dibeli di Perancis dengan nilai pelaburan sebanyak $420 juta. Saham hotel ini dibeli daripada Syarikat Intercontinental Hotels Group yang telah menguruskan hotel ini sejak tahun 1982.

Walaupun telah memiliki sebahagian besar saham hotel ini, QIA memberi kelonggaran untuk hotel ini diuruskan oleh Intercontinental Hotels Group.

15. Dua Lukisan Termahal Dunia

Keluarga Diraja Qatar telah membeli dua buah lukisan dengan harga $260 juta pada tahun 2011. Lukisan tersebut telah dilukis oleh pelukis terkenal Perancis yang bernama Paul Cézanne dan bertajuk “The Card Players”  .

Pada awal tahun 2015,sekali lagi Keluarga Diraja ini telah membeli Paul Gauguin’s “When Will You Marry” pada tanda harga $300 juta.

16. InterContinental New York Barclay Hotel

Memiliki saham di Hotel New York ini yang dibeli daripada Syarikat Intercontinental Hotels Group. QIA telah membeli sebanyak 80% pengangan saham daripada kumpulan ini.

Walaubagaimanapun, syarikat ini yang menguruskan pentadbiran di hotel tersebut sama seperti hotel yang dibeli di Le Grand Hotel, Perancis.

17. The Shard

The Shard merupakan bangunan pencakar langit di Britain. QIA telah membeli 80% pegangan saham syarikat yang menguruskan bagunan tersebut pada tahun 2007.

Bangunan ini berketinggian 310 meter dan terletak di Kota London. Qatar kemudian menambah pegangan dan kini menguasai 95% saham.

18. Paris Saint-Germain Football Club

Kelab bola sepak yang berpengkalan di Perancis ini telah dibeli pada tahun 2011. Sebelum ini kelab Olympique Lyonnais merupakan kelab yang mendominasi liga divisyen pertama di Perancis, tetapi selepas pembelian QIA ke atas kelab ini, prestasi kelab ini meningkat dengan begitu ketara sekali.

Kini PSG menjadi juara liga Perancis sebanyak 6 kali pada era selepas pengambilan oleh QIA, dan mempunyai pemain termahal dunia iaitu Neymar Jr yang dibeli dengan harga $200 juta.

Sumber Rujukan: https://www.expatwoman.com/qatar/guide/18-most-expensive-things-owned-qatar-around-world

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend