20 Peraturan Kewangan Peribadi

Semakin ramai di kalangan kita yang celik kewangan, tahniah. Semakin ramai juga yang berkongsi tips-tips berkaitan kewangan ini, sesuatu yang bagus supaya ramai yang sedar akan kepentingan ilmu kewangan ini.

Jom kita dengarkan 20 Peraturan Kewangan Peribadi atau 20 Rules of Personal Finance daripada Tuan Siraj Fahmi yang merupakan seorang perancang kekayaan (wealth planner) seperti berikut:

1. Gaji dan simpanan bukan benda yang sama. Yang bergaji tinggi tidak semestinya kaya dan sebaliknya.

2. Menyimpan adalah lebih penting dari melabur, bergantung kepada di fasa mana kita berada sekarang.

3. Elakkan hutang kad kredit, seolah-olah ia adalah virus.

4. Hidup di bawah kemampuan, bukan di dalam kemampuan.

5. Fahami kepentingan credit score. Perlu ada rekod yang baik dengan bank.

6. Catit dan lihat untuk apa kita berbelanja setiap bulan untuk dapat gambaran jelas apa yang kita anggap sebagai prioriti.

7. Pastikan komitmen tetap setiap bulan seperti bayaran bil atau pembiayaan ditetapkan mod pembayarannya secara automatik. Boleh selamatkan diri dari penalti bayar lewat.

8. Pastikan pembelian big ticket items seperti kereta dan rumah yang sepadan.

9. Penuhkan akaun simpanan. Perkara-perkara seperti servis kereta atau road tax tak sepatutnya termasuk dalam definisi “kecemasan”

10. Lindungi pendapatan & harta dengan takaful. Dan faham yang takaful adalah untuk melindungi harta, bukan untuk bina harta.

11. Tingkatkan jumlah simpanan setiap tahun setiap kali naik gaji.

12. Pilih kawan-kawan dan kejiranan yang sesuai dengan gaya hidup kita. Jangan pandang rendah tarikan untuk keep up with the trend.

13. Jadikan bercakap tentang duit itu perkara biasa sesama ahli keluarga dan pasangan. Banyak kes cerai berlaku disebabkan masalah duit.

14. Shopping memang seronok, tapi ia tak dapat menjamin kegembiraan berpanjangan.

15. Baca buku sebanyak mungkin.

16. Tahu di mana keadaan semasa atau net-worth kita. Untuk tingkatkan tahap kehidupan, kita perlu tahu dulu di mana kita berada.

17. Cukai pendapatan adalah sahabat kita. Ambil kelebihan pengecualian dan pelepasan cukai yang ada.

18. Cari jalan untuk buat lebih duit. Kurangkan bergantung kepada kenaikan gaji semata-mata.

19. Tukar mindset kepada fikir untuk capai ke tahap tidak perlu risau tentang duit lagi, bukan tunggu waktu bersara.

20. Sedekah, sedekah, sedekah. Zakat, zakat, zakat

Yang terakhir tu yang paling penting. InsyaAllah akan mudahkan kita untuk buat 19 yang diatas.

Sumber: FB Siraj Fahmi

4 Kegagalan Utama Rakyat Malaysia Daripada Sudut Kewangan

1. 41% Rakyat Malaysia Ada Insurans Manakala Hanya 15% Ada Takaful

Mengikut statistik, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Ianya adalah satu statistik yang sangat menyedihkan. Perlindungan merupakan perkara yang paling asas semua orang patut ada, tapi masih ramai lagi yang tidak mempunyainya.

2. 75% Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai RM1,000 Simpanan

Kita disarankan untuk mempunyai simpanan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji bulanan kita. Tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri menyatakan bahawa: 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1,000 jika berlaku kecemasan.

3. Hampir Sejuta Rakyat Malaysia Rugi RM3.8 Bilion Oleh Skim Penipuan (Scam)

Boleh dikatakan topik yang paling hangat untuk dijadikan perbincangan adalah pelaburan. Tapi malangnya, kita tak habis-habis kena tipu dan terlibat dengan skim cepat kata. Baca saja berkenaan Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah.

4. Sebanyak RM60 Bilion Harta Orang Mati Dibeku

Bila dah kaya dan berharta, ada masalah pula nak wariskan kepada anak cucu kita. Di antara alasan biasa yang diberikan adalah proses yang lama untuk membuat tuntutan harta pusaka tersebut, sedangkan proses tersebut telah dipermudahkan dengan adanya wasiat dan hibah – tetapi berapa ramai di kalangan kita yang tahu dan ada pelan untuk mewariskan harta?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend