RM2,700 Gaji Untuk Hidup Bujang di KL

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan Laporan Tahunan BNM 2017 yang bertujuan untuk menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia, dan terutama sekali keadaan ekonomi rakyat Malaysia.

Ada tak sesiapa yang dah baca fail PDF yang mempunyai 236 mukasurat tu? Tebal sangat pula, jadi kita ambil isi-isi penting yang melibatkan kita sebagai rakyat Malaysia.

1. Gaji Kehidupan Wajar: Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017 – fail PDF, mukasurat 98

Daripada rajah di atas, BNM menetapkan 3 peringkat taraf hidup yang berkadar langsung dengan gaji. Gaji lagi tinggi, taraf hidup juga lagi tinggi. Dan saya pasti semua orang impikan taraf hidup yang tinggi penuh dengan kualiti.

Kalau tak pun, minimum yang boleh diterima pun dah OK. Gaji yang cukup untuk membolehkan kita berinteraksi dengan masyarakat, pembangunan diri dan keluarga serta mempunyai kebebasan daripada masalah kewangan yang teruk.

2. Motivasi Gaji Kehidupan Wajar

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017 – fail PDF, mukasurat 100

Kalau di Malaysia, gaji yang wajar membolehkan kita berinteraksi dengan masyarakat, pembangunan diri dan keluarga serta mempunyai kebebasan daripada masalah kewangan yang teruk.

Di negara maju yang lain seperti Kanada, New Zealand dan United Kingdom; lain pula motivasi mereka untuk mencapai gaji kehidupan yang wajar. Rata-rata mahukan kehidupan keluarga yang baik serta tidak perlu risau pasal hutang yang tinggi

3. Menganggarkan Gaji Kehidupan Wajar Yang Wajar Di Kuala Lumpur

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017 – fail PDF, mukasurat 101

Nak tahu berapa gaji kehidupan wajar, kenalah buat penyelidikan dan kajian. Barulah kita ada data yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan.

Untuk itu, BNM telah menggunakan 4 pendekatan standard seperti di atas.

4. Anggaran Awal Gaji Kehidupan Wajar di Kuala Lumpur pada Tahun 2016

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017 – fail PDF, mukasurat 102

OK, disinilah kita dapat rumuskan berapa gaji kehidupan wajar untuk masyarakat secara umum.

Bagi seorang dewasa bujang, gaji kehidupan wajar adalah RM2,700 sebulan dengan beberapa andaian seperti di atas.

Bagi pasangan tanpa anak pula, gaji kehidupan wajar adalah RM4,500 sebulan dengan beberapa andaian seperti di atas.

Manakala bagi pasangan dengan dua orang anak pula, gaji kehidupan wajar adalah RM6,500 sebulan dengan beberapa andaian seperti di atas.

Kiraan di atas mengandaikan individu tersebut hanya menyewa bilik berbanding menyewa rumah dan agak kerap makan di luar. Kalau yang sudah beli rumah, adakah memerlukan gaji yang lebih tinggi?

5. Pendapatan Isi Rumah di Kuala Lumpur

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017 – fail PDF, mukasurat 103

Fakta yang merisaukan, kita dapati bahawa 27% daripada isi rumah di Kuala Lumpur berada di bawah gaji kehidupan wajar. Ini bermakna, 27% warga KL hanya mampu mengecapi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat berlindung sahaja.

Ini juga menyatakan yang 73% lagi mampu mendapat pendapatan untuk hidup tanpa financial stress di KL.

Mereka ini golongan yang tak mampu untuk berinteraksi dengan masyarakat, tiada pembangunan diri dan keluarga serta tidak mempunyai kebebasan daripada masalah kewangan yang teruk.

6. Latar Belakang Isi Rumah di Kuala Lumpur Berpendapatan Di Bawah dan Di Atas Gaji Kehidupan Wajar

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017 – fail PDF, mukasurat 104

Punca utama ramai yang tidak berjaya mencapai gaji kehidupan wajar adalah disebabkan oleh:

  • Tiada Pendidikan Yang Tinggi
  • Tiada Kemahiran Yang Tinggi

Oleh itu, jangan abaikan pendidikan formal. Kalau boleh, lanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti untuk berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi.

Begitu juga halnya dengan tahap kemahiran, kalau dah ada kemahiran yang tinggi; sudah pasti gaji juga tinggi.

7. Gaji Dan Upah Bulanan Median Pada Tahun 2016 Untuk Pekerjaan Berkemahiran Tinggi Di Malaysia

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017 – fail PDF, mukasurat 104

Yang terakhir sekali, untuk mencapai gaji yang lebih tinggi, perlulah menyertai golongan profesional dan menjadi seorang pengurus. Tapi biasanya, nak naik dalam apa-apa bidang; kita perlu pendidikan dan kemahiran yang tinggi kan?

Sumber: Laporan Tahunan BNM 2017

Gaji Kehidupan Wajar Jadi Kayu Ukuran

Pertama kali ni dengar bab gaji kehidupan wajar, terima kasih Bank Negara Malaysia kerana mengeluarkan laporan sebegini. Lepas ni, jangan pula komplen kalau gaji tak cukup – sebaliknya berusahalah untuk upgrade tahap pendidikan dan kemahiran kita.

Agaknya masa interview nanti boleh letak expected salary based on laporan Bank Negara ni tak?

Apa-apa pun, moga ada keberkatan dalam rezeki yang kita cari dan diberi kecukupan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend