5 Jenis Tabung Simpanan Anak Muda Perlu Ada

Untuk Bantu Hadapi Sebarang Ketidaktentuan

Tahu tak berapa banyak duit yang kita perlu simpan setiap bulan?

  1. Ada yang sarankan kita simpan 30% daripada jumlah pendapatan.
  2. Ada yang kata kita perlu simpan 20%.

Tak kisahlah, itu panduan saja.

Tetapi yang pastinya setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri.

4 Jenis Tabung Simpanan Yang Kita Perlu Ada

#1. Tabung Kecemasan

Tabung paling utama yang perlu kita ada adalah tabung kecemasan. Paling minimum, jumlah simpanan di dalam tabung ini adalah sekurang-kurangnya 6 bulan daripada pendapatan.

Contohnya jika pendapatan anda RM2,000 sebulan, maka tabung kecemasan anda perlu ada RM12,000.

Bagaimana nak ada tabung kecemasan sampai 6 bulan daripada pendapatan tu? Caranya adalah dengan membuat simpanan sebanyak 10% daripada pendapatan tadi. Katakan gaji RM2,000, kita hanya perlu simpan RM200 ke dalam tabung kecemasan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tabung kecemasan ini sangat penting dan berguna masa kereta rosak atau dibuang kerja.

Pastikan ‘simpan jauh-jauh’ tabung kecemasan ini, faham kan?

#2. Tabung Perubatan

Tabung kedua yang perlu kita miliki adalah tabung perubatan. Nama lain bagi tabung ini adalah Takaful. Kita seharusnya memiliki pelan perlindungan antara 5% sehingga 10% caruman.

Contohnya, jika gaji RM2,000 sebulan, pastikan simpan sekurang-kurangnya RM100 ke dalam tabung perubatan ini.

Pelan perlindungan perubatan ini penting agar tidak terbeban dengan kos perubatan sekiranya tiba-tiba jatuh sakit sehingga perlu jumpa doktor pakar. Banyak duit kena pakai nanti tu.

Namun, kita perlu bijak dalam memilih pelan perlindungan. Pastikan  meneliti secada terperinci jenis-jenis pelan perlindungan yang telah ditawarkan kepada anda.

#3. Tabung Pelaburan

Bagi mengembangkan duit, anda perlu melabur. Mulakan dari awal. Banyak instrumen pelaburan yang sah dan patuh syariah di luar sana. Melabur ke dalam Unit Trust boleh memberi pulangan 10-15% setahun atau melabur saham di Bursa Malaysia yang berisiko tinggi, tetapi boleh untung lebih kalau pandai memilih saham yang konsisten memberi pulangan yang baik. Baca lagi tentang pelaburan saham di sini.

Buatlah tabung pelaburan sebanyak 20-30% daripada simpanan anda bagi menjana pendapatan yang lebih.

#4. Tabung Kahwin

Tabung kahwin ini penting untuk elak ambil personal loan. Mula buat tabung ini walau belum jumpa calon yang sesuai.

#5. Tabung Rumah Pertama

Setiap orang pastinya mengimpikan rumah sendiri. Namun, kenaikan harga rumah pada masa kini, menjadi salah satu halangan kepada impian ramai orang. Walaupun begitu, kita masih mampu untuk menangani masalah tersebut dengan membuat tabung rumah yang khas.

Mulakan dari usia muda. Bahkan jika masih belajar dekat universiti pun boleh mula. Jangan dihabiskan duit PTPTN dan biasiswa. Dapatkan sumber tambahan bagi tabung ini dari bisnes part time atau kerja part-time di 7-Eleven, KFC atau shopping mall.

Akhir Kata

Mulakan daripada sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi. Pegang kepada pepatah lama yang masih relevan, “sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit”.

Menyimpan ni memang aktiviti yang ‘membosankan’. Kalau tak mampu untuk menyimpan, tambahkan pendapatan!

Komen

komen