4 Sebab Utama Permohonan Pinjaman Anda Ditolak Oleh Pihak Bank

Pasti ramai yang berasa keluh kesah apabila mendapat tahu permohonan bank mereka tidak diluluskan. Namun ia bukan bermakna pinjaman anda akan terus-menerus ditolak oleh pihak bank.

Industri perbankan kini lebih mempamerkan tahap persaingan yang sihat disebabkan oleh faktor ekonomi yang semakin berkembang. Oleh yang demikian, segala proses permohonan pinjaman perlu diteliti dan disemak dengan penuh sistematik.

Jangan mudah bersangka buruk apabila permohonan ditolak oleh pihak bank. Kaji dan lihat semula sebab-sebab permohonan anda ditolak. Berikut adalah 4 sebab  utama permohonan anda ditolak oleh pihak bank.

1. Salah Pilih Bank

Kalau nak tahu setiap bank mempunyai syarat kelayakan yang berbeza-beza. Kebarangkalian untuk mendapat kelululusan juga berbeza-beza mengikut bank.

Sekiranya anda memohon pinjaman di beberapa bank dan kemudiannya ditolak, rekod tersebut akan kekal dan menyebabkan anda menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman di kemudian hari meskipun anda memnuhi syarat kelayakan. Rekod ini dapat dijejaki oleh Bank Negara Malaysia.

Oleh itu, cuba tanya dulu rakan-rakan atau banker itu sendiri sebelum membuat permohonan. Kalau rasa-rasa peratusan untuk lulus itu agak tipis, usah buang masa.

2. Status Buruk Dalam CCRIS

Sekiranya anda mempunyai mana-mana akaun pembayaran balik yang tidak berapa cantik, ini menyebabkan rekod anda bertanda merah pada CCRIS anda.

Secara amnya, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan anda apabila mendapati rekod anda dalam CCRIS tidak berapa elok. Lagi sukar jika anda tiada langsung berhutang dengan mana-mana institusi perbankan sebelum ini. Ini menyebabkan anda tiada ‘track record’ dan kebanyakan bank tidak sukakan ini.

Untuk mengatasinya, cuba pastikan rekod pembayaran balik anda untuk 12 bulan sebelum ini berada dalam keadaan yang baik. Dan sekiranya anda belum pernah berhutang dengan mana-mana bank pula, cuba apply dan guna kad kredit untuk tempoh 3 bulan. Tapi dah guna, pastikan anda bayar penuh setiap bulan.

3. NIsbah Hutang Yang Tinggi

Anda perlu tahu nisbah hutang kepada pendapatan, kerana ianya amat penting bagi memastikan pinjmaan anda diluluskan. Inilah yang menjadi rujukan penilaian oelh pihak bank bagi memastikan tahap kemampuan anda.

Ia juga dikenali sebagai Debt to Service Ratio atau DSR. Ianya dikira berdasarkan kesemua jumlah hutang anda pada setiap bulan atau kita boleh gelarkannya sebagai komitmen bulanan anda.

Bank yang berbeza mempunyai pengiraan DSR yang berbeza. Ada yang menetapkan kadar DSR pada 70%, dan ada juga hanya setakat 60%.

Jadi kalau rasa-rasa tahap DSR anda dah tinggi, cuba setelkan dulu mana-mana hutang yang sedikit atau mempunyai tempoh yang tak lama untuk tamat.

4. Anda Muflis

Jika anda telah diisytiharkan muflis secara rasmi, yang pastinya anda tidak akan memperolehi apa-apa pinjaman baru ataupun pembiayaan semula sehingga status muflis anda selesai.

Pesanan kami, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Boleh teruskan membaca:

Nota kaki : Nasihat kami, janganlah pula mencari ‘Ah Long’ (peminjam wang berlesen) sebagai jalan penyelesaian. Banyak telah kita dengar modus operandi syarikat pemberi pinjaman itu ternyata menipu dan menganiaya pengguna.

Semak Juga Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Dengan kemudahan internet dan semuanya kini di hujung jari, anda boleh dapatkan skor kredit (credit score) secara online saja. Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend