4 Tips Elak Kereta Kena Curi Menjelang Musim Perayaan

Sempena Hari Raya Raya yang akan datang, kami ingin memberikan beberapa tips bagaimana untuk mengelakkan daripada berlakunya kecurian kereta. Untuk makluman ini merupakan pengalaman sendiri penulis yang telah kehilangan kereta beberapa tahun yang lalu.

Tahukah anda Malaysia menduduki tangga ke-6 dalam carta yang mempunyai kes kecurian kereta tertinggi di dunia? 60 kereta dilaporkan hilang setiap hari di Malaysia. Laporan dari The Star boleh di akses di sini.

1. Sentiasa Parking Di Tempat Letak Kereta Yang Betul (Designated Car Park)

Kadang-kadang dek kita nak berjimat atau nak mudah sangat, kita hanya letak kereta di tepi jalan meskipun kita tau bahawa ada tempat parking kereta yang disediakan khas. Contohnya apabila kita pergi ke pusat beli belah, lagi baik kita parking di dalam pusat beli-belah tersebut berbanding di luar atau di tepi jalan.

Kebiasaanya di pusat beli belah akan ada pengawal keselamatan dan juga panic button sekiranya berlaku kecemasan. Dengan meletakan kenderaan di dalam pusat beli-belah, sekurang-kurangnya akan dapat meminimumkan risiko kehilangan kereta berbanding meletakannya di luar.

2. Jangan Beri Kunci Kereta Kepada Valet Parking Atau Tukang Cuci Kereta

Tahukah anda sekiranya kunci kereta diberikan kepada valet atau kepada orang yang mencuci kereta, 50% daripada liabiliti kecuaian itu berpunca daripada kita. Sekiranya ditakdirkan kereta kita hilang, pihak adjuster berhak menbuat andaian bahawa kelalaian dari diri kita sendiri sebagai penyebab kereta kita hilang.

Adalah lebih baik sekiranya mereka selesai parking kereta kita sama ada untuk urusan valet parking atau cuci kereta, kita pegang terus kunci kita. Menurut adjuster kereta, terdapat kes di mana pihak cuci kereta sempat membuat pendua kunci kereta dan pemilik kereta tersebut akan sentiasa berisiko untuk kehilangan kereta.

Seperti mana dunia IT semakin canggih, kes curi kereta juga menjadi semakin canggih.

3. Berkesankah Immobiliser?

Sepengetahuan saya, immobiliser berfungsi untuk mematikan enjin apabila kunci yang bukan sebenar dimasukkan. Namun bagi saya benda ini hanya lah satu features yang diberikan sebagai “gula-gula” dalam penjualan kereta. Jika tidak mengapakah kes kecurian kereta ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari.

Malah, kes curi kereta ini bukan saja melibatkan kereta biasa-biasa sahaja malah kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire turut menjadi sasaran pencuri kereta.

Oleh itu secara peribadi saya merasakan immobiliser tidak lah boleh diharapkan 100%. Sebaliknya, kita perlu membuat sedikit pelaburan untuk menambah alat keselamatan tambahan. Terdapat banyak alat keselamatan yang dijual seperti steering lock, car pedal lock brake dan juga dengan memasang GPS di dalam kereta yang akan memberi notifikasi sebarang kejadian terus ke telefon bimbit kita.

4. Amalkan Doa Agar Pelindung Daripada Kecurian

Amalkan berdoa setiap masa dengan memohon perlindungan daripada Allah agar kenderaan kita ini dilindungi setiap masa. Arwah Tuan Guru Dato Haron Din ada kongsikan panduan dan doa ini iaitu أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ  وَدَا ئِعُهُ

Ertinya: Aku letakkan kamu dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa juga yang berada dalam pemeliharaanNya

Rujukan dari blog https://mustaffakadir.com/2012/12/30/doa-pelindung-kecurian/

Ditulis oleh Zairul Izzain, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di sektor kerajaan dan swasta. Kini melepaskan dunia kepeguaman dan melibatkan diri secara sepenuh masa sebagai seorang ejen takaful.

Beliau berazam untuk mengubah mindset masyarakat bahawa Takafulism bukan sekadar medical card saja malah mencakupi aspek dunia dan akhirat.

Layari www.zairulizzain.com untuk maklumat lanjut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend