5 Bajet Lain Yang Perlu Disediakan Apabila Membeli Kereta – Bukan Sekadar Bayar Instalment Bulanan

Apabila habis belajar dan mendapat kerja pertama, apa yang selalu bermain di minda anak muda sekarang adalah membeli kereta. Syarikat automotif pula berlumba-lumba mengeluarkan kereta baru dengan rekabentuk yang terkini, mana tak terliur dibuatnya. Honda atau Mazda memang menarik, orang kata ada standard!

Nak beli kereta memang best, tetapi kita perlu tahu kos-kos lain selain ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank. Di sini saya senaraikan 5 perkara yang kita perlu tahu dan perlu sediakan bajet apabila memiliki sebuah kereta:

1. Takaful atau Insurans

Kau perlu ‘renew’ Takaful atau insurans setiap tahun. Bayaran pula bergantung kepada nilai kereta di pasaran. Makin mahal kereta, makin banyak la bajet yang perlu disediakan untuk Takaful atau insurans.

2. Cukai Jalan

Untuk ‘renew’ cukai jalan, kau perlu ada takaful atau insurans dulu. Harga pula bergantung kepada enjin (cc) kereta. Makin besar enjin (cc), makin mahal la cukai jalan. Ini pun kena ‘renew’ setiap tahun atau minimum 6 bulan.

3. Kos Petrol (Minyak)

Nak bawa kereta baru memang best. Tapi nak bergerak, jangan lupa kereta perlukan petrol.

Seminggu paling kurang RM50. Sebulan dah RM200 lebih. Kalau installment kereta RM800 sebulan campur RM200 dah RM1,000.

Kebiasaannya, makin besar enjin (cc), atau makin jem jalan maka makin banyak penggunaan minyak, dan makin banyak la kos petrol.

4. Penyelenggaraan

Untuk pastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik, kereta perlu diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Kebiasaannya dari 3 bulan ke 6 bulan sekali. Kos servis pula bergantung pada jenis servis, kalau servis ‘minor’ murahlah sikit dari ‘major’. Itu pun mencecah ratusan ringgit juga.

Jangan nanti kereta rosak sebab tidak dibuat penyelenggaraan berkala disebabkan tiada bajet. Kesudahannya nanti, duit habis untuk membaiki kerosakan kereta.

5. Duit Kecemasan

Jangan lupa komponen ‘wear and tear’ seperti tayar dan bateri. Komponen ini tidak dilindungi oleh ‘warranty’ daripada pihak pengeluar. Harga bateri dan tayar pun dah mencecah ratusan ringgit.

Sebagai contoh, harga bateri kering jenama Century berharga lebih kurang RM 350. Tayar jenama GoodYear pula dalam RM 200 sebiji, kalau 4 biji dah RM 800.

Fikir Masak-Masak Terlebih Dahulu Sebelum Nak Beli Kereta

Percayalah, kereta ni kawan-kawan kau puji masa hari pertama je. Esok lusa orang tak peduli dah.

Kesimpulannya, untuk anak-anak muda yang tengah merancang untuk membeli kereta, jangan lupa bajet lain yang perlu disediakan selain ansuran bulanan. Jangan nanti, kereta tak bergerak sebab takde bajet nak isi petrol, atau takde bajet nak ‘renew’ Takaful/insurans atau cukai jalan. Paling haru, bajet duit tol pun takde (Nota : Tol di Malaysia masih belum dihapuskan semasa artikel ini ditulis) .

Penyudahnya, kereta hanya diletakkan bawah ‘parking’ dan kau naik motor atau LRT saja.

Ansuran bulanan masih perlu dibayar walaupun kereta tak bergerak. Yang paling penting, kita perlu mengukur baju di badan sendiri sama ada mampu atau tidak untuk memiliki sebuah kereta. Kita pilih nak hidup sempit atau nak hidup lapang?

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Berkelulusan Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam
Masih bekerja di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
Boleh dihubungi melalui emel azharuladha@gmail.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend