5 Cara Berjimat Untuk Pelajar Universiti

Jika peningkatan kos sara hidup kini membebankan kebanyakkn rakyat Malaysia yang bekerja, apatah lagi kepada pelajar universiti, kan? Menjadi pelajar universiti bukannya mudah.

Selain daripada pergi ke kelas, mengulang kaji pelajaran dan buat assignment last minute, pelajar juga perlu bijak menguruskan kewangan dengan baik supaya tidak menganggu tumpuan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.

Di antara kajian yang dibuat di universiti-universiti yang terdapat Malaysia, sesetengah pelajar mengutamakan perbelanjaan mereka kepada gajet dan cara perbelanjaan juga banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya.

Jom kita tengok 5 Cara Berjimat Untuk Pelajar Universiti seperti berikut:

1. Gunakan Kad Pelajar Sebaik Mungkin

Terdapat kedai buku dan alat tulis yang menyediakan potongan harga bagi pelajar universiti. Sentiasa membawa kad pelajar ke mana-mana. Jangan tinggalkan di rumah, di hostel atau di mana seaja anda tinggal. Kad pelajar juga boleh digunakan bagi mendapatkan potongan harga untuk menonton wayang.

2. Gunakan Pengangkutan Awam / Pengangkutan Yang Disediakan

Banyak universiti menyediakan perkhidmatan percuma untuk pelajar ke kelas.  Cuma pelajar kena keluar awal untuk menunggu dan bersesak-sesak dengan pelajar lain. Sekiranya tidak berminat untuk naik pengangkutan awam, boleh la kongsi kereta dengan kawan, tapi berkongsi la juga bayar minyak tu. Nanti marah pula kawan berkecil hati.

Sekiranya tak dapat kongsi bayar minyak, sebaiknya beli la basikal sekiranya tidak mampu kongsi bayar minyak kereta member. Terbakar juga lemak-lemak yang degil.

Sentiasa rancang  keperluan serta perjalanan destinasi yang dituju. Sekiranya destinasi tidak jauh, tidak salah ssekiranya pelajar berjalan kaki.

3. Berjimat Dengan Tinggal Di Asrama

Tingal di asrama dan pelajar boleh jimatkan wang daripada membayar sewa rumah yang mungkin beratus-ratus setiap bulan. Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya. Kebanyakkannya juga menyediakan kemudahan yang banyak seperti air, elektrik dan gym.  Penjimatan yang berganda ! Bil air dan elektrik pun tak perlu risau.

4. Elakkan Membeli Telefon Pintar Yang Mahal

Adakalanya ternampak kawan guna Iphone, terasa dan tercabar nafsu batin juga nak pakai Iphone. Sekarang ni memang telefon pintar hangat di pasaran.  Setiap masa ada saja keluaran model telefon pintar. Baru nak beli Samsung Note 12, bulan-bulan depan dah keluar Samsung Note 13.

Cari la telefon pintar mampu milik yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal. Tapi pelajar harus pandai membezakan kualiti samaada original atau pun cap ayam untuk mengelakkan ianya cepat rosak dan terpaksa beli lagi yang baru untuk berulang kali.

5. Rajinlah Pergi Ke Perpustakaan

Belajar di universiti memerlukan buku-buku dan sumber rujukan. Ada subjek yang memerlukan pelajar untuk menggunakan buku yang berharga puluh-puluh ringgit dan juga ratus-ratus ringgit. Malah buku tersebut cuma digunakkan untuk satu semester atau pun cuma terdapat beberapa bab saja dalam buku itu digunakan kan untuk menjawab peperiksaan.

Belajar di perpustakaan atau pinjam buku di perpustakaan menjimatkan wang. Pelajar juga boleh mengunakan Wi-Fi di sana untuk melayari internet.

Namun, anda perlu juga tahu 3 perkara yang menyebabkan pelajar susah untuk berjimat-cermat:

1. Kredit Telefon

Kredit telefon memang penting. Lebih-lebih lagi untuk hubungi mak ayah di kampung, nak call lecturer, girlfriend, boyfriend dan sebagainya. Pelajar sekarang kira beruntung kerana banyak aplikasi seperti Whatsapp, WeChat, LINE dan Telegram menyediakan perkhidmatan panggilan percuma dan chat. Kalau dulu-dulu, nak berSMS pun kena dikenakan caj RM0.20/SMS. Fuh!

Tapi dalam kelebihan ini pelajar biasanya akan menghabiskan kredit dengan mengisi kuota Internet akibat daripada sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti d media sosial seperti Facebook, Instagram dan penghantaran gambar-gambar yang kononnya lawak di group-group WhatsApp.

2. Berpacaran

Bila dah masuk universiti ni, ramai pelajar akan mengambil kesempatan untuk mencari pacar masing-masing. Until Jannah la katanya. Berpacaran atau ber’couple’ akan menyebabkan pelajar selalu keluar bersama-sama dan menghabiskan duit kepada hiburan seperti menonton wayang dan ke tempat-tempat lepak hipster, air segelas pun dah menelan berbelas Ringgit.

Jangan jadi seperti anda yang menyara pasangan anda, dan beliau pula menjadi jodoh kepada orang lain di kemudian hari.

3. Rokok / Vape

Merokok dan vape bukan saja memberi impak negatif kepada kewangan, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan. Dengan kenaikan harga rokok sekarang, memang akan membebankan pelajar sekiranya ketagihan rokok.

Vape pula ada harga yang sampai beratus-ratus Ringgit. Mungkin ada pelajar berfikiran, ada rokok seludup dan ada perisa vape yang murah, tapi kalau tiap-tiap minggu beli memang memakan belanja yang besar.

Kalau tak dapat juga tahan ketagihan rokok atau vape, caranya ialah tidak perlu beli rokok, sebaliknya tiap-tiap hari minta untuk berkongsi tanpa segan silu dengan kawan-kawan (itu pun kalau sanggup berkongsi air liur).

Nak Seribu Daya, Taknak Satu Alasan

Itu adalah antara cara untuk berjimat untuk pelajar universiti. Kadang cara ini mudah dan boleh difikirkan tapi untuk dipraktiskan agak sukar. Tapi itu terpulang kepada diri sendiri. Sekiranya kemahuan itu kuat, tiada yang mustahil.

Baca juga:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Kongsi buku teks dalam format PDF dengan rakan-rakan atau senior. Elakkan beli buku fizikal setiap kali naik semester.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend