5 Cara Didik Anak Supaya Celik Kewangan

Anak-anak perlu dididik untuk lebih bijak dari segi kewangan sedari mereka kecil lagi. Mereka perlu mendapat pendedahan awal, dan ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak kelak.

Berikut merupakan 5 cara untuk mendidik anak supaya menjadi bijak dalam menguruskan kewangan mereka pada masa hadapan.

1. Permainan Monopoly/Saidina

Sesuai dengan lumrah anak-anak yang lebih gemar bermain, apa kata kita berikan mereka permainan yang membina minda mereka daripada segi kewangan.

Di antaranya adalah permainan Monopoly dan Saidina. Permainan sebegini akan menjadikan fikiran mereka lebih terbuka tentang aliran duit. Ianya juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak anak-anak anda.

2. Bagi Duit Belanja Seminggu Sekali

Ubah cara penyediaan duit belanja sekolah kepada anak-anak anda. Jika sebelum ini anda memberikan mereka duit belanja sekolah pada setiap hari, apa kata tukarkannya dengan memberi duit belanja kepada mereka seminggu sekali pula. Ajar juga tolak siap-siap 2.5%.

Misalnya jika mereka dapat RM5, ibu bapa perlu ajarkan anak-anak; perlu tolak 2.5% untuk zakat pendapatan. Belajar dari awal 2.5% kerana duit itu bukan kepunyaan mereka, tetapi untuk orang lain yang memerlukan.

Ajar juga lebihan duit yang ada dimasukkan dalam tabung simpanan.

3. Bawa Anak Membeli Belah

Satu cara lagi adalah dengan membeli barangan keperluan bersama-sama, sambil membantu mereka dalam membuat pengiraan kos dan sebarang keputusan pembelian. Nak mudah berikan senarai barangan dan minta mereka bantu anda membeli barang keperluan dengan jumlah wang yang disediakan.

Biarkan mereka mengambil sendiri barang tersebut (pastikan yang mudah dicapai) . Jika anak telah tahu mengira, anda boleh minta anak membuat pembayaran di kaunter.

 

4. Bawa Anak Ke Bank

Sudahkah anak anda mempunyai akaun simpanan? Jika belum selepas hari raya adalah masa terbaik untuk bawa anak ke bank dan buka akaun (pastikan akaun Islamik). Terangkan bagaimana dividen yang diperoleh akan membuatkan duit mereka bertambah.

Bagi menarik minat mereka tentang simpanan, belikan mereka tabung yang mempunyai bentuk yang menarik. Apabila penyata akaun diterima, tariklah perhatian anak-anak anda dengan menekankan betapa duit mereka sudah makin bertambah. Lama-lama tabiat menyimpan ini pastinya akan membantu mereka di masa depan.

5. Selalu Bawa Ke Kedai Buku

Daripada menghabiskan masa dengan membawa mereka ke shopping mall, adalah lebih baik sekiranya masa tersebut diluangkan untuk ke kedai buku. Ini kerana dengan banyak membaca, pemikiran mereka juga akan menjadi lebih matang dengan cepat.

Tetapi elakkan daripada membeli buku novel berkenaan cinta. Dan ibu bapa juga sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak di rumah dengan memperbanyakkan membaca buku kepada mereka.

Kesimpulan

Apabila berbincang tentang mendidik anak-anak mengenai pengurusan wang, anda kena percaya bahawa tiada istilah terlalu awal untuk bermula. Skil menguruskan duit dengan berkesan adalah aset yang wajib setiap anak-anak anda. Semoga tips di atas membantu anda dan anak-anak.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular Topics

Editor Picks