5 Cara Untuk “HACK” Bajet Bulanan Bagi Yang Bujang

Samada anda masih belajar atau telah pun grad, sebaik sahaja anda memulakan langkah dalam dunia pekerjaan; maka sudah sampai masanya anda menguruskan perbelanjaan dengan bijak. Ya, anda sudah sedia maklum terdapat banyak cara untuk menguruskan perbelanjaan, tetapi cuba anda amalkan beberapa tips berikut pula. Hal ini penting supaya anda tidak “muflis” di hujung bulan sebelum gaji masuk.

Hack 1: Potong Kabel Di Rumah

Potong kabel bermaksud anda tidak perlu bayar wang bulanan yang mahal untuk siaran televisyen berbayar. Sekarang anda boleh ‘menghantar’ rancangan TV ke skrin besar dengan teknologi ‘casting’ dan ‘mirroring’. Di antaranya, anda boleh guna Chromecast, Roku atau hanya dengan menggunakan telefon pintar. Saluran seperti HBO dan NBC mempunyai aplikasi yang tersedia untuk bayaran bulanan yang rendah.

YouTube juga membolehkan anda menonton beberapa kandungan secara percuma, terutamanya jika anda suka video kucing dan mengikuti vloggers kegemaran anda. Anda boleh memuat turun episod yang anda mahukan dan menonton di laman web secara online.

Nampak gayanya harga broadband semakin murah, maka lagi mudah untuk amalkan tips ini.

Hack 2: Perbelanjaan Kos Rumah dan Perbelanjaan Hidup

Sebaiknya, jangan biarkan bajet perumahan anda melebihi 30% daripada gaji bulanan anda. Banyak benda yang boleh dijimatkan, sebagai contoh daripada menyewa sebiji rumah, anda boleh sewa bilik atau kongsi sewa rumah dengan rakan-rakan lain.

Begitu juga dengan perbelanjaan hidup. Anda boleh membeli keperluan hidup di pasaraya yang murah seperti Mydin, Kedai 2 Ringgit, Mr D.I.Y dan Econsave. 

Tak tahu nak jimat dekat mana, cuba baca Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak?

Hack 3: Pilih Pengangkutan Awam

Kos kehidupan dapat dikurangkan apabila anda mengurangkan kos kenderaan anda. Sekiranya, tempat kerja anda berdekatan dengan pengangkutan awam, pilih pengangkutan awam berbanding mengunakan kenderaan sendiri. Ini dapat menjimatkan daripada segi kos minyak dan parking.

Atau pun anda boleh buat “Car Pool” iaitu naik kereta beramai-ramai dan hanya kongsi kos minyak sahaja dengan orang lain.

Kalau masih berdegil juga nak beli kereta tu, baca dulu Harga Kereta Turun Sebab Tiada GST, Boleh Ke Nak Beli?

Hack 4: Masak di Rumah

Lebih bersih dan selamat anda masak di rumah daripada membeli di luar. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan setiap kali anda membeli sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Anda hanya perlu keluarkan kos untuk beli bahan mentah dan sekiranya anda on diet, menjamu roti sudah cukup untuk dijadikan makan malam anda.

Ini kerana sudah semestinya anda sampai rumah, anda mahu berehat dan tidur sahaja.

Hack 5: Paksa Diri Simpan Wang

Apabila anda sudah mula bekerja, anda harus memaksa diri menyimpan wang. Ya, ini mungkin rasa seperti susah, tetapi anda boleh membuat Standing Instruction untuk salurkan 10% daripada gaji bulanan ke akaun Tabung Haji atau ASB secara konsisten.

Bila gaji dah ditolak siap-siap dengan simpanan, anda tidak perlu risau jika duit habis bagi bulan tersebut. Boleh baca tips Langkah Simpanan Online Di Tabung Haji, guna perkhidmatan online saja untuk transfer duit.

Gaji RM2,700 Harus Dijadikan Benchmark

Bank Negara Malaysia (BNM) ada mengeluarkan laporan pada tahun 2017, bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur dan masih bujang – RM2,700 Gaji Untuk Hidup Bujang di KL. Jemput baca artikel tersebut untuk tahu apa sebabnya. Jika anda belum mencapai gaji tersebut, boleh sekiranya anda buat kerja part-time untuk menambah pendapatan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend