5 Langkah Selesaikan Hutang Dengan Cepat

Tanyalah pada siapa pun – nak tak bebas hutang? Semua mesti cakap nak.

Tapi berapa ramai yang betul-betul komited nak buat sampai betul-betul selesai hutang?

Jom kita tengok 5 langkah utama bagaimana caranya untuk kita selesaikan hutang satu persatu secara teratur dan bijaksana.

#Langkah 1: Senaraikan Segala Jenis Hutang

Pertama sekali, buat senarai segala hutang-hutang yang kita ada beserta dengan nilai segala hutang-hutang tersebut. Selain daripada itu, senarai ini juga membantu kita untuk melihat keseluruhan hutang yang kita ada.

Sebaiknya, hutang-hutang ini disenaraikan mengikut kepada nilai jumlah hutang yang paling kecil ke nilai jumlah yang besar.

Contoh:

  • Hutang Kawan RM500
  • Peti Sejuk RM1,600
  • Hutang Kereta RM45,000
  • Hutang Rumah RM200,000

#Langkah 2: Senaraikan Segala Jenis Pendapatan

Pendapatan ini termasuklah pendapatan tetap dan juga pendapatan sampingan, tidak kira sikit atau banyak. Senaraikan semuanya yang memberikan kita pendapatan setiap bulan.

Contoh:

  • Gaji Tetap RM3,000
  • Part-time dropship RM800
  • Part-time menulis RM500
  • Part-time buat duit dekat YouTube RM50

#Langkah 3: Senaraikan Segala Jenis Komitmen Bulanan Yang Tetap

Komitmen di sini termasuklah bil internet, instalment bulanan kereta, instalment bulanan rumah dan sebagainya; senaraikan satu persatu.

Ini sangat penting agar kita tidak tertinggal walau satu komitmen sedia ada.

#Langkah 4: Sediakan Wang Yang Lebih Untuk Bayar Hutang

Tetapkan sebanyak 10% lebih daripada jumlah minimum hutang yang paling rendah yang perlu kita tanggung. Contohnya, sekiranya keseluruhan hutang minimum adalah RM1,600, bermakna kita perlu lebihkan 10% daripada nilai RM1,600 tersebut.

Kat mana nak dapat 10% ‘lebihan’ ni, samada kita ikat perut dan berjimat-cermat atau tambah pendapatan yang baru.

#Langkah 5: Selesaikan Hutang Kecil Terlebih Dahulu

Jika dah mampu untuk sediakan 10% tersebut, maka selesaikan dulu hutang-hutang kecil yang kita ada.

Contoh:

  • Hutang Peti Sejuk RM1,600
  • Bayaran Bulanan RM100
  • Tambahan 10% sebanyak RM160
  • Bayaran Bulanan seterusnya RM100 + RM160 = RM260/bulan

Jika bulan lepas, kita bayar hutang peti sejuk sebanyak RM100 sebulan, dengan adanya 10% tambahan tadi, boleh gunakannya untuk bayar lebih hutang tersebut.

Cara sebegini dapat membantu kita melangsaikan hutang dengan lebih cepat.

Lakukan ini untuk hutang-hutang yang seterusnya, tanpa mengurangkan jumlah RM260 tadi, malah kita gandakan lagi jumlah bagi hutang yang lebih tinggi.

Contoh:

  • Hutang Kereta RM45,000, bayaran bulanan sebanyak RM800

Sekarang kita bayar RM1,060 pula, iaitu lebih RM260 sebulan disebabkan kita dah habis bayar hutang peti sejuk tadi.

InshaAllah kami doakan anda akan bebas hutang dengan lebih cepat dan mempunyai simpanan yang banyak! Redha dan yakin apa yang Allah bagi pasti ada hikmahnya untuk kita belajar dan jadi orang yang lebih kuat. Belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan pada rakan lain.


Semak Kedudukan Kewangan Dengan Laporan Kredit

Anda mungkin berasa bahawa anda mempunyai kedudukan kewangan yang baik, tetapi adakah pihak bank atau institusi kewangan mempunyai pandangan yang sama?

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan anda secara online.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti :

✔️ i-Score (skor kredit)
✔️ CCRIS
✔️ SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA)
✔️ PTPTN
✔️ Maklumat pinjaman dari syarikat bukan berkaitan perbankan

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line. Dalam 15 minit inshaAllah siap.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend