5 Mitos Berkenaan Persaraan Di Malaysia

Ramai di antara kita yang tengah berkira-kira untuk bersara pada usia 55 atau 60 tahun. Walaupun kita rasakan yang tempoh tersebut masih lama lagi, sebab itulah kita kadang-kadang tersilap langkah dan percaya kepada 5 mitos yang akhirnya memakan diri sendiri.

1. Duit KWSP Cukup Untuk Bersara

Inilah mitos yang dipercayai hampir ramai rakyat Malaysia. Nama pun tabung persaraan, jadi ramai yang berharap kepada tabung yang satu ini semata-mata.

Tapi kita patut tahu 4 fakta membimbangkan berikut berkenaan simpanan KWSP:

  • 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
  • Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
  • Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
  • 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.

Boleh baca berkenaan fakta ini dengan lebih lanjut di Harapkan Duit Simpanan KWSP Tidak Cukup Untuk Bersara – Data KWSP.

2. Anak-anak Akan Jaga Saya Nanti

Seterusnya, kita berharap bahawa anak-anak kita yang akan jaga kita bila kita dah bersara nanti. Tapi jangkaan tersebut pasti akan meleset, kerana anak-anak pula sibuk dengan kerjaya dan mengumpul kekayaan.

Bukan anak-anak yang jaga kita, tapi kita yang jaga anak-anak mereka – iaitu cucu kita pula nanti.

3. Terlalu Awal Atau Terlalu Lambat Mulakan Simpanan

Sebenarnya tiada istilah terlalu awal untuk mulakan simpanan, kerana lagi awal kita mula lagi cepat duit kita berganda. Ini kerana wujudnya faktor masa yang akan menyebabkan Compounding Interest atau Faedah Berganda.

Nak mudah faham, jom kita tengok simulasi di bawah dengan mengandaikan bahawa kadar keuntungan adalah tetap pada kadar 8% setahun.

1. Mula Menyimpan Sebaik Sahaja Mula Bekerja Pada Umur 25 Tahun

i) Simpan RM500 sebulan selama 10 tahun

Hasil selepas 10 tahun:

Modal Jumlah Simpanan Jumlah Keuntungan
RM60,000 RM90,973.02 RM30,973.02 atau 51.6%

ii) Simpan RM500 sebulan selama 20 tahun

Hasil selepas 20 tahun:

Modal Jumlah Simpanan Jumlah Keuntungan
RM120,000 RM294,010.21 RM174,010.21 atau 145.0%

 iii) Simpan RM500 sebulan selama 30 tahun

Hasil selepas 30 tahun:

Modal Jumlah Simpanan Jumlah Keuntungan
RM180,000 RM744,679.72 RM564,679.72 atau 313.7%

Tapi anda mesti nak jadi jutawan kan? Jadi berapa tahun diperlukan untuk kita menjadi seorang jutawan?

Jawapannya ialah:

iv) Simpan RM500 sebulan selama 34 tahun

Hasil selepas 34 tahun:

Modal Jumlah Simpanan Jumlah Keuntungan
RM204,000 RM1,052,793.44 RM848,793.44 atau 416.1%

Senario kedua pula apabila timbul kesedaran agak lewat, iaitu pada umur 40 tahun dan berbaki 20 tahun saja untuk menyimpan.

2. Mula Menyimpan Pada Umur 40 Tahun

Untuk menjadi jutawan dalam tempoh 20 tahun, anda perlu:

i) Simpan RM1,750 sebulan selama 20 tahun

 

Hasil selepas 20 tahun:

Modal Jumlah Simpanan Jumlah Keuntungan
RM210,000 RM1,029,035.73 RM819,035.73 atau 390.0%

Anda perlu modal yang besar, bagi mencapai sasaran RM1 juta dalam masa 20 tahun.

Tak mustahil, tapi kalau kita mula menyimpan lebih awal sangatlah membantu.

4. Saya Boleh Bekerja Lepas Bersara

Kita mungkin rasa yang kita masih boleh bekerja untuk menampung kehidupan selepas bersara nanti. Tetapi perlu diingat, dah penat-penat bekerja lebih daripada separuh hidup kita; takkan nak bekerja lagi sampai mati?

Berapa banyak saja keringat kita yang tinggal pada usia tua tersebut? Dan berapa banyak pekerjaan yang boleh kita lakukan? Itu pun kalau badan masih sihat, tapi kalau dah tidak berdaya pula bagaimana?

Sepatutnya apabila usia sudah masuk 60 tahun, itu adalah masa untuk kita banyakkan berehat dan lebihkan beribadat.

5. Saya Akan Ubah Gaya Hidup Apabila Dah Bersara

Mitos yang terakhir sekali, kita ingat yang kitab oleh ubah gaya hidup apabila dah sampai waktu bersara nanti. Kalau dah biasa makan 3 kali sehari, takkan nak tukar kepada makan 2 kali saja sehari? Kalau dah biasa bawa kereta besar, takkan nak ‘downgrade’ kepada kereta yang lebih kecil pula?

Itu belum dimasukkan lagi faktor inflasi yang mengakibatkan nilai wang ringgit kita mengecil saban tahun.

Sumber Rujukan: Facebook MDP UT, PRS, IEP Registered Consultant

Masih Belum Terlambat Untuk Berubah

Tahniah kerana sudah mempunyai kesedaran bahawa apa yang kita jangkakan, adalah mitos semata-mata. Tetapi realitinya, kita kena buat persiapan yang lebih rapi bagi menghadapi waktu persaraan nanti.

Nak tahu lebih lanjut, silakan baca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend