5 Negeri Paling Banyak Duit Di Malaysia

Pernahkah kita terfikir negeri manakah yang paling kaya di Malaysia? Negeri yang paling banyak duit dan aset di Malaysia pastinya mempunyai ekonomi yang kukuh dan hasil yang memberangsangkan.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau pendapatan per kapita merujuk kepada jumlah hasil dalam negeri atau wilayah persekutuan yang dikumpulkan. 

Sekiranya jumlah penduduk dalam sesebuah wilayah itu seramai 10 orang dan jumlah pendapatan dalam wilayah tersebut adalah RM1,000, maka jumlah pendapatan per kapita adalah RM100.

Cara kiraan KPDNKK ini mudah untuk mengenalpasti taraf hidup rakyat di sesuatu kawasan tersebut.  Jom lihat 5 negeri paling banyak duit dan mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia.

#1 Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk Putrajaya adalah negeri terkaya di Malaysia. Majoriti penduduk mempunyai pendapatan yang tinggi dalam tahunan mahupun bulanan. 

Pendapatan per kapita bagi wilayah ini adalahRM 8,451 untuk sebulan dan setahun adalah RM101,420.

#2 Wilayah Persekutuan Labuan

Pasti ramai yang tak sangka, pendapatan wilayah di Persekutuan Labuan juga amat besar. Sebanyak RM 5,152 yang diperoleh dalam sebulan dan RM 61,833 adalah pendapatan tahunan.

Negeri yang paling banyak duit di Malaysia ini merupakan sebahagian daripada Sabah.

#3 Pulau Pinang

Pulau Pinang yang juga digelar sebagai Pulau Mutiara ini sering menjadi tumpuan para pelancong.  Ekonomi negeri ini turut meliputi faktor perlancongan, kewangan, perindustrian dan lain-lain lagi menjadikan pendapatan negeri bertambah. 

Pulau Pinang mempunyai pendapatan tinggi sebanyak RM3,949 sebulan dan RM47,322 untuk setahun.

#4 Selangor

Selangor adalah negeri yang paling maju dan mempunyai pendapatan per kapita terbanyak di Malaysia pada tahun 2018, iaitu sekitar $33,147 setaraf dengan nilai per kapita negara Hong Kong dan barat. 

Aktiviti perindustrian, elektronik serta pertanian adalah penyumbang utama pendapatan negeri Selangor iaitu sebanyak RM3,718 sebulan atau RM44,616 setahun.

#5 Sarawak

Ekonomi Sarawak meliputi pelbagai industri seperti perlancongan, petrokimia, kargo, perkhidmatan udara, produk logam dan lain-lain lagi. Terdapat banyak sumber semulajadi di Sarawak yang dijadikan bahan eksport untuk negera luar.

Sarawak telah mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak RM44,333 dan pendapatan bulanan sebanyak RM3,694.

Negeri-negeri lain di Malaysia mencatatkan jumlah pendapatan yang lebih rendah sedikit berbanding negeri yang telah dikongsikan.  Ekonomi dan aktiviti negeri memainkan peranan penting dalam memastikan pendapatan setiap negeri bertambah.  Program alternatif dalam negeri juga boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kewangan negeri.

Sumber Rujukan

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend