5 Perkara Asas Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibu Bapa Untuk Persediaan Masa Depan Anak-Anak

Menurut suatu kajian, ramai dalam kalangan milenial atau Generasi Y yang bergelut dengan masalah kewangan sejurus selepas mereka melangkah ke alam pekerjaan. Bahkan, terdapat juga golongan muda yang terpaksa menanggung hutang sebelum mereka mempunyai karier profesional.

Dalam membendung masalah ini daripada terus berlaku dan menjadi kitaran yang tidak sihat pada masa hadapan, penting untuk kita ambil langkah berjaga-jaga dan menyediakan persiapan secukupnya untuk anak-anak demi kestabilan kewangan mereka di masa hadapan.

Di sini, kami senaraikan LIMA (5) perkara mudah yang boleh ibu bapa muda lakukan bagi memastikan kebebasan kewangan anak-anak mereka.

1. Pastikan anak-anak celik ilmu kewangan

Kajian AIF mendapati bahawa 58% daripada 1000 golongan profesional warganegara Malaysia yang ditemuduga mengakui bahawa mereka hanya mempunyai pengetahuan ala kadar sahaja tentang ilmu kewangan.

Menyedari masalah ini, memastikan anak anda celik ilmu pengetahuan seharusnya menjadi keutamaan anda. Kami sarankan untuk anda mengambil langkah yang mudah serta menyeronokkan dalam pengajaran tentang wang, contohnya;

  • Balang Pengagihan –  Berikan tiga balang kepada anak-anak anda. Galakkan mereka untuk mendekorasi balang-balang tersebut dan labelkannya dengan Belanja, Simpan, dan Bagi. Buat perbincangan kecil tentant setiap balang dan terangkan kepentingan setiap satu. Tentukan jumlah wang yang ingin diberi kepada anak-anak dan setelah balang-balang tersebut penuh, buat perbincangan kecil mengenai cara paling berkesan dalam membahagikan dan menggunakan wang.
  • Permainan Perah Otak – Main permainan mudah dan menyeronokkan bersama anak-anak anda dengan cara bertanyakan cara-cara bijak untuk menyimpan dan mendapatkan lebih banyak wang. Galakkan mereka untuk menulis setiap buah fikiran yang diperolehi sejauh mana tak masuk akal pun idea tersebut dan cuba sebaik mungkin untuk bereksperimen dengan idea-idea tersebut. Play a fun, light-hearted game with your kids by asking them to think of smart ways to save and get more money. Encourage them to write down every idea they have — no matter how wacky they are — and to experiment with the ideas in real life if possible.

2. Buka Akaun Simpanan Untuk Anak-anak

Ada yang berkata bahawa akaun simpanan am dan akaun simpanan pendidikan seharusnya diasingkan. Bagaimana pun pendapat anda, penting untuk anda buka sebuah akaun seawal yang mungkin.

Simpan sedikit wang bagi pihak mereka sehinggalah mereka sudah cukup matang untuk menerima elaun. Ajar mereka nilai menyimpan dalam akaun-akaun ini. Fahamkan mereka bahawa semakin banyak wang yang disimpan, semakin tinggi faedah dan lebih banyak pengumpulan harta mereka.

Untuk anak-anak berusia 7-12 tahun,  anda disarankan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Negara (SSPN-i Plus) seawal yang mungkin. Kerajaan kini sedang menawarkan RM500 percuma kepada 500,000 akaun terawal sebagai satu inisiatif seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2018.

3. Ajar Mereka Cara Mendapatkan Wang

Anda juga perlu ajar anda anda cara mendapatkan elaun atau duit poket apabila mereka sudah boleh memahaminya. Rata-rata kanak-kanak sukakan cara layanan yang menganggap mereka seperti orang dewasa. Ini sekaligus melatih mereka untuk menjadi lebih berdikari.

Selain itu, hal ini juga mengajar mereka cara mengurus kewangan sendiri dan benar-benar memahami nilai wang. Mereka akan cepat faham bahawa tiada perkara yang percuma dalam dunia ini. Pendedahan awal terhadap pendidikan kewangan ini akan membantu mereka untuk lebih bersedia sebelum menghadapi dunia luar yang penuh cabaran.

4. Dapatkan Insurans Nyawa

Sumber Gambar: katemangostar / Freepik

Salah satu daripada cara-cara terbaik untuk melindungi kewangan anak anda dan bersedia untuk kemungkinan pada masa hadapan ialah mendapatkan polisi insurans untuk anda dan pasangan anda.

Polisi insurans nyawa menyediakan sokongan kewangan kepada anak-anak anda dan membayar perbelanjaan yang diperlukan dalam jangka masa panjang dan pendek.

Jangan kedekut untuk melabur dalam insurans nyawa kerana ia sememangnya melindungi kepentingan orang yang tersayang.

Beberapa pelan yang anda mungkin berminat untuk anak-anak anda termasuklah:

5. Tulis Wasiat

Satu lagi langkah penting untuk melindungi kepentingan anak-anak anda ialah dengan menulis wasiat. AmanahRaya adalah salah satu organisasi terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat.

Untuk anda yang beragama Islam, wasiat membenarkan anda untuk memperuntukkan satu pertiga daripada aset anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda dan baki dua pertiga akan diberikan kepada waris yang selayaknya mengikut hukum faraid. Dengan ketiadaan wasiat, seluruh harta anda akan dibahagikan mengikut undang-undang faraid atau persetujuan keluarga.

Kepada anda yang bukan beragama Islam, wasiat membenarkan anda untuk membahagikan aset anda kepada mana-mana individu atau organisasi mengikut kemahuan anda. Ketiadaan wasiat akan menyebabkan aset anda dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau mengikut kehendak ahli keluarga.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend