5 Sifat “Haji Bakhil” Yang Boleh Bantu Jimat Duit

Pelik tetapi benar. Bersikap seperti Haji Bakhil sebenarnya boleh membantu anda berjimat. Meskipun kita sedia maklum bahawa Haji Bakhil merupakan seorang yang amat kedekut sekali di dalam cerita Labu Labi, tetapi sikap ini sedikit sebanyak dapat menolong anda dalam pengurusan kewangan.

Sifat Haji Bakhil #1: Cari Barang Yang Mempunyai Diskaun

Setiap pasaraya atau sesuatu tempat akan mengenakan diskaun supaya barangan tersebut dibeli sebelum capai tamat tempoh. Barang keperluan diri dan barang dapur yang mempunyai diskaun sangat menguntungkan berbanding dengan harga biasa.

Sikap memilih barang yang mempunyai diskaun membantu anda menjimatkan perbelanjaan anda. Secara tidak langsung, anda boleh menyimpan lebihan duit belanja. 

Sifat Haji Bakhil #2: Tunggu Promosi

Untuk jimat lebih, tunggu promosi! Slogan ini sebenarnya betul. Ini kerana, apabila promosi berlaku, harag barangan akan dikurangkan terutama sekali ketika musim perayaan atau hari istimewa. Pada masa ini, beli apa yang anda mahu tetapi bijak berbelanja! 

Sifat Haji Bakhil #3: Tegas!

Sikap tegas ini amat diperlukan apabila anda ingin berbelanja mahupun menyimpan kewangan. Apabila anda tegas pada diri anda seperti sasarkan 1 bulan 1 reward untuk diri sendiri, anda juga boleh bersikap tegas terhadap orang lain apabila berbelanja!

Secara tidak langsung, apabila anda tegas dalam menyimpan wang, percayalah anda akan puas hati dengan simpanan anda dan berasa kan bersikap tegas pada diri sendiri sebenarnya tidak sia-sia. 

Sifat Haji Bakhil #4: Fikir Dua Kali

Apabila anda ingin membeli sesuatu barangan, fikir dua, tiga, empat kali. Sentiasa tanya pada diri sendiri, adakah benda itu benar-benar diperlukan sekarang atau boleh beli barangan yang jauh lebih penting?

Apabila dah difikirkan banyak kali, pasti dapat mengelakkan pembaziran.

Sifat Haji Bakhil #5: Tengok tempat!

Betul, apabila anda mahu membeli keperluan diri atau keperluan dapur, perlu tengok tempat! Mengapa? Kerana mungkin di tempat lain menawarkan harga yang lebih rendah.

Ini kerana, setiap tempat harga mungkin berbeza seperti di pasaraya-pasaraya terkemuka. Oleh itu, bandingkan harga berdasarkan tempat terlebih dahulu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA