5 Tips Untuk Bahagia Dengan Duit Yang Ada

Ramai di kalangan kita yang sentiasa mencari tips dan rahsia untuk menjadi kaya. Nak jadi kaya itu penting, tetapi yang lebih penting lagi adalah supaya kita dapat mencari kebahagiaan dalam kehidupan.

Rahsia sebenarnya adalah dengan rasa cukup dengan rezeki yang dilimpahkan kepada kita.

Berikut adalah merupakan beberapa tips untuk kekal bahagia dan menjalani kehidupan yang serba mencukupi, tak kira samada kita mempunyai duit yang banyak atau pun sedikit.

Tips 1: Beli Ikut Keperluan

Beli kereta hari ini, esok dah turun 10% daripada harga yang kita beli. Bagi mereka yang tiada pilihan untuk menggunakan pengangkutan awam, tidak dinafikan kereta merupakan satu keperluan.

Tetapi majoriti beli kereta disebabkan kehendak, setuju tak?

Ada keperluan lain yang patut diutamakan.

Bagi yang belum ada rumah tu, cepat-cepatlah kumpul duit beli rumah dan bina aset. Bagi yang belum ada perlindungan Takaful tu, cepat-cepat cari ejen Takaful untuk dapatkan perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga.

Tips 2: Beli Dalam Kuantiti Yang Banyak

Kebanyakan barang yang dijual adalah pada harga seunit. Jika kita dah jumpa barang yang kita suka, seperti pakaian, lampin pakai buang, mee segera mahu pun susu formula untuk anak – bila kita beli dalam packaging sekarton, kita akan dapat harga yang lebih murah.

Tapi pastikan pula expiry date barangan tersebut, takut nanti beli banyak, belum habis pakai dah expired. Daripada nak berjimat, terus rugi pula nanti.

Tips 3: Kurangkan Kredit, Lebihkan Debit

Salah satu cara untuk mempunyai kehidupan yang bahagia dan tenang ialah cuba untuk kurangkan kad kredit tetapi sebaliknya lebihkan pengunaan kad debit.

Ini merupakan kunci agar kita tidak “sesak” di tengah atau di hujung bulan. 

Tips 4: Tanya Pendapat Orang

Apabila kita ingin membeli sesuatu yang bukan keperluan, cuba tanya pendapat orang lain. Misalnya sahabat baik, ibu ayah, adik-beradik atau mereka yang rapat dengan kita. Ini akan membantu kita untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya kita dah berusaha buat kajian, takdelah nak menyesal sangat jika tersilap buat keputusan.

Tips 5: Gunakan Wang Untuk Bantu Orang

Perbelanjaan peribadi hanya mempunyai sedikit kesan kepada kebahagiaan diri sendiri, tetapi perbelanjaan pro-sosial seperti wang yang disumbangkan kepada badan kebajikan, tujuan amal atau digunakan untuk membeli hadiah kepada orang lain secara berterusan akan menghasilkan perasaan yang kuat dan positif.

Islam juga menggalakkan kita bersedekah, dan tidak akan jatuh miskin mereka yang suka bersedekah.

Sebagai penutup, ini merupakan petua dan tips bagi kita untuk mempunyai pengurusan kewangan yang baik, sentiasa kekal optismistik dan tidak salah melakukan keputusan apabila membeli sesuatu barangan.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA