5 Tips Untuk Mengelakkan Diri Daripada Bertengkar Dengan Pasangan Tentang Duit

Perkahwinan merupakan perkongsian hidup di antara dua orang individu. Dalam setiap perkahwinan juga pasti ada pasang surutnya. Ada manis dan ada juga pahit.

Perbalahan yang walaupun kecil tetapi jika tidak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan berlakunya penceraian. Di antara penyebab utama berlakunya pergaduhan di antara suami isteri adalah berkenaan isu kewangan.

Jadi apakah cara terbaik untuk pasangan suami isteri mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan yang disebabkan masalah kewangan?

1. Pilih Masa Yang Sesuai

Macam biasa, nak berbincang tentang apa-apa isu pun mestilah berbincang dalam keadaan yang tenang. Ini bagi membolehkan diri masing-masing berada dalam keadaan rasional dan mampu mendengar serta memberikan pendapat dengan baik.

Kalau boleh, elakkan diri daripada berbincang dengan pasangan sewakti kita dan pasangan berada dalam keadaan bad mood atau penat. Takut nanti isu yang kecil pun boleh jadi besar.

2. Bertolak Ansur

Bila dah berkahwin, kita perlu faham tentang erti tolak ansur. Tidak kiralah siapa pun pencari nafkah utama dalam keluarga, kita perlu sentiasa berbincang bagi mencari kesepakatan bersama. Jika kita seorang yang boros, anda perlu menerima teguran daripada pasangan untuk mengawal perbelanjaan.

Teguran ini pastinya untuk kebaikan kita juga. Jadi jangan mudah melatah.

3. Jujur

Walaupun kita dan pasangan masing-masing mempunyai kerjaya sendiri, tidak salah sekiranya kita memberitahu pasangan sebelum membuat keputusan untuk membuat apa-apa jenis pembiayaan.

Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan di kemudian hari, akibat hutang yang meningkat dan masalah tak cukup duit di hujung bulan.

4. Kawal Bersama

Apa kata kalau kita buat perancangan kewangan bersama dengan pasangan? Walaupun kita seorang suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, tidak salah sekiranya kita turut serta mengambil tahu tentang perbelanjaan setiap bulan keluarga.

Ini bagi memudahkan kita dan pasangan melihat aliran kewangan kita berdua. Dan ini akan memudahkan kita untuk merancang simpanan, pelaburan dan sebagainya.

5. Perancangan Bersama

Impian hidup setiap suami isteri pastinya ingin melihat perkahwinan yang dibina kekal hingga ke lanjut usia. Jadi mulakan perancangan kewangan bersama.

Mulakan simpanan untuk tujuan masa depan seperti impian memiliki rumah dan juga skim persaraan. Ini bagi membuatkan kita berdua kekal fokus tentang simpanan masa depan. Ia juga bagi mengelakkan kita daripada boros tak bertempat.

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Dalam perkahwinan, pergaduhan pastinya tak dapat dielakkan. Tetapi jangan jadikan ia alasan untuk bermasam muka serta membuat keputusan yang bakal disesali.

Komunikasi itu penting. Jadi berbincanglah dengan pasangan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dan memuaskan hati kedua-dua pihak.

Sumber Rujukan: https://www.directlending.com.my/blog/bagaimana-hendak-elak-argumen-wang-dengan-pasangan/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA