6 Strategi Elak Kebocoran Wang Setiap Bulan

Ramai yang menghadapi masalah kewangan apabila mereka kurang mempunyai kesedaran untuk menyimpan. Pengaruh emosi merupakan punca utama ramai yang sukar membuat simpanan setiap bulan. Asyik sangat berbelanja hingga sedar-sedar sahaja wang poket dah bocor.

Berikut adalah 5 strategi untuk mengelakkan wang daripada bocor setiap bulan.

#1. Bayar Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Bila baru dapat gaji, reward dahulu diri anda dengan mengasingkan duit gaji ke dalam simpanan. Bukan reward dengan berjoli sakan. Bayar diri sendiri dengan menyimpan agar ianya dapat memberikan kesenangan di masa hadapan.

Jangan tunggu ada duit lebih baru terhegeh-hegeh nak menyimpan, sampai bila pun duit anda tidak akan lebih kalau mempunyai pemikiran sedemikian.

Boleh juga rujuk 7 Tabung Simpanan Yang Perlu Ada. Mulakan Sekarang!

#2. Tukar Duit Kepada Harta

Sekiranya dah menyimpan untuk jangka masa yang panjang, ambil langkah bijak dengan menukar duit tersebut kepada harta seperti emas atau rumah. Harta yang boleh anda lihat, yang boleh anda rasa hasilnya.

Jangan biarkan duit tersebut bertahan dalam bentuk tunai, melainkan ianya adalah untuk kegunaan semasa kecemasan.

#3. Berbelanja Secara Tunai

Beli barang secara tunai dapat mengelakkan kita membeli barang secara berlebihan dan juga secara berhutang. Jauhkan diri daripada membeli barang secara pembelian ansuran, melainkan memang benar-benar mampu sahaja.

Walaupun ada sesetengah yang menawarkan zero interest, namun ia boleh jadi bahaya kerana terdedah dengan hutang untuk tempoh masa yang panjang.

#4. Langsaikan Hutang Paling Rendah

Tumpukan perhatian kepada hutang dengan jumlah yang paling rendah. Kemudian baru beralih kepada hutang yang lebih tinggi, setelah hutang yang rendah berjaya diselesaikan.

Cara ini dapat memberikan kita lebih motivasi untuk terus melangsaikan hutang sedia ada, apabila dah berjaya melangsaikan satu per satu hutang yang ada.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Langsaikan Hutang Dengan Mudah Menggunakan Kaedah Debt-Snowball.

#5. Potong Semua Kad Kredit

Menurut statistik Bank Negara Malaysia (BNM), 47% pemuda mempunyai hutang kad kredit yang tinggi. Nampak gah apabila mempunyai kad kredit dan semua benda pun nak swipe, tapi akhirnya ia memakan diri sendiri.

Tanpa kita sedar, hutang semakin bertambah dan kebocoran semakin besar. Masih belum terlambat untuk merawatnya…

#6. Elak Ambil Pembiayaan Peribadi

Lagi statistik yang membimbangkan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), 38% pemuda Malaysia mempunyai pinjaman peribadi. Ramai di kalangan kita yang kurang ilmu pengurusan kewangan, maka terpaksa membuat pembiayaan peribadi untuk bermacam-macam perkara.

Ada yang buat pembiayaan peribadi untuk berkahwin, untuk bayar cukai jalan dan Takaful kenderaan setiap tahun, tak kurang juga untuk tujuan melancong. Kalau kita ikut tips-tips di atas, ianya dapat dielakkan.

Ambil Tahu Juga Kedudukan Kewangan Anda Dengan Laporan Kredit

Anda mungkin berasa bahawa anda mempunyai kedudukan kewangan yang baik, tetapi adakah pihak bank atau institusi kewangan mempunyai pandangan yang sama?

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan anda secara online.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend