6 Petanda Anda Perlu Bantuan Pengurusan Kewangan

Anda berbelanja untuk membeli keperluan dan kehendak anda tetapi pernahkah anda terfikir bagaimanakah untuk mencukupi keperluan anda apabila tiba hujung bulan? Persaoalan ini sering ditanyai oleh mereka yang masih gagal menguruskan kewangan mereka dengan bijak. Tetapi sebenarnya, di awal bulan sudah anda beberapa tanda yang memerlukan anda untuk mula menguruskan kewangan anda. Tetapi, tanda tanda ini sering diabaikan oleh mereka yang terlalu seronok membelanjakan wang tanpa had. Maka, disini kami akan menyenaraikan tanda tanda yang boleh anda sedari supaya anda tidak terlalu boros berbelanja.

Tanda 1: Risau Kad Kredit Ditolak

Semasa tengah beratur dekat cashier di pasar raya, anda tiba-tiba rasa ragu-ragu sama ada duit dalam wallet macam tak cukup? Nak guna kad kredit hutang kad kredit bulan ni belum bayar, entah-entah dah kena sekat kot? Malu siot nanti! Maka ini merupakan tanda anda memerlukan bantuan pengurusan kewangan.

Tanda 2: Kad Debit ‘Buat Hal’

Sama seperti tanda pertama, apabila anda ingin melakukan pembayaran, mesin kad tu reject kad debit anda beberapa kali. Ini merupakan situasi di mana anda memerlukan bantuan pengurusan kewangan untuk menguruskan jumlah wang di dalam kad debit anda.

Tanda 3: Jumlah Simpanan Bank Bawah RM100

Ini merupakan petanda yang paling jelas apabila baki wang simpanan anda kurang daripada RM100. Jika ini berlaku, adalah penting untuk anda menyimpan wang sebaik sahaja menerima duit gaji bulanan. Menyimpan wang ke dalam dana kecemasan untuk menyelamatkan perbelanjaan yang tidak dijangka adalah situasi yang terbaik untuk bermula.

Tanda 4: Berat Tabung Tak Bertambah

Ada tabung dekat rumah tetapi jarang-jarang dapat masukkan duit dalam tu.

Tanda 5: Simpan Apa Yang Tinggal Di Hujung Bulan

Ini merupakan satu tindakan yang sepatutnya tidak dibuat. Anda tidak boleh menyimpan apa yang sudah tertinggal di hujung bulan. Anda sepatutnya menjadikan simpanan sebagai perbelanjaan dimana anda harus mula membelanjakan wang gaji anda untuk simpanan anda. Ini merupakan petanda yang anda memerlukan bantuan pengurusan kewangan.

Tanda 6: Guna Duit Simpanan Untuk Menampung Perbelanjaan Harian

Walaupun anda menyimpan wang simpanan yang berdisipilin setiap bulan, kerap mengeluarkan dana tersebut untuk membayar perbelanjaan harian akan memperlahankan pertumbuhan simpanan anda. Ia juga boleh menyebabkan jumlah simpanan anda “mundur” ke belakang.

Dapatkan Bantuan AKPK

Mesti pernah dengar nama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kan? Kalau nak tahu, AKPK merupakan sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan masyarakat Malaysia serta membantu individu mencapai kawalan kewangan peribadi melalui pengurusan kredit yang berhemat.

Sejak penubuhannya pada April 2006, AKPK telah berjaya membantu sejumlah 16,161 peminjam yang melibatkan jumlah hutang sebanyak RM643.2 juta sehingga Mac 2018. Malangnya, orang kita masih fobia apabila nak pergi berjumpa dengan AKPK, sedangkan perkhidmatan yang diberikan mereka adalah percuma.

Dapatkan Khidmat Nasihat Berkaitan Kewangan Daripada Perancang Kewangan Yang Berlesen

Anda sedang berdepan dengan masalah kewangan dan tak tahu nak tanya siapa? Ada masalah nak menyimpan dan tak tahu nak melabur kat mana?

Zaman sekarang ni, ramai yang claim mereka pakar, tapi berapa ramai yang merupakan Perancang Kewangan atau Financial Planner yang berlesen? Kalau nak tahu di Malaysia, bilangan mereka ini tak sampai pun seribu orang, memang rare sangat.

Memperkenalkan My Personal Finances (MyPF Premier)

Kini anda selangkah saja lagi untuk mendapatkan manfaat bagi mengembangkan kewangan peribadi bagi menuju kebebasan kewangan yang dicari-cari.

Mereka menghubungkan anda kepada Perancang Kewangan yang berdaftar dan boleh membantu daripada segi:

  • Penasihat yang membimbing dalam menetapkan sasaran kewangan, mengulas dan berkongsi ilmu
  • Khidmat nasihat yang kerap dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, dan menjawab segala kemusykilan berkaitan kewangan
  • Pembelajaran secara hands-on dalam pelaburan, termasuklah saham, hartanah dan lain-lain

Bila dah kenalpasti masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut dan cadangan daripada mereka yang pakar untuk mengatasinya; barulah rasa lega sikit kan? Seolah-olah dah nampak cahaya di hujung terowong.

Jom kita jadi ahli MyPF Premier hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ant International Buka Pusat Perniagaan Digital Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Penyedia teknologi pembayaran dan kewangan, Ant International, akan membuka sebuah pusat perniagaan digital baharu di Malaysia dengan memanfaatkan tenaga kerja teknologi tempatan bagi memacu usaha niaga globalnya.

Presidennya Douglas Feagin berkata kewujudan pusat berkenaan dijangka menawarkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan baharu bagi tahun pertama selain menambah pengambilan baharu dalam tempoh empat tahun seterusnya sehingga 2028.

“Pusat perniagaan baharu itu akan berpindah ke The Exchange 106 (Kuala Lumpur) menjelang 2025,” katanya pada sesi taklimat media di sini, hari ini.

Feagin berkata sebahagian besar daripada peranan terbabit adalah berteraskan teknologi, sejajar dengan visi syarikat yang memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi melonjakkan dagangan global dan keterangkumannya.

Kumpulan terbesar adalah jabatan teknologi dan pembangunan merangkumi barisan jurutera pembangunan perisian, diikuti oleh produk dan reka bentuk, sains data dan kawalan risiko. 

Pada masa sama, katanya, Ant International akan menyediakan sumber khusus untuk pembangunan serta dan memupuk tenaga kerja teknologi menerusi latihan komprehensif, bimbingan dan pendedahan kepada perniagaan global.

Beliau juga menyifatkan pelaburan awal dan sedia ada itu sebagai memaparkan komitmen syarikat, bukan saja dari segi memupuk bakat-bakat tempatan tetapi juga dalam menentukan kedudukan sektor teknologi.

Malah, inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk meningkatkan keupayaan, mengembangkan ruang pejabat serta menyokong pertumbuhan berterusan peralatan dan perkhidmatan digital.

“Syarikat yakin dengan kerjasama bersama rakan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), kami dapat memanfaatkan bakat teknologi tempatan bagi mempercepat impak kemampuan perniagaan ini di peringkat tempatan dan serata dunia,” katanya.

Beroperasi di Malaysia sejak 2014, Ant International telah bekerjasama dengan rakan tempatan dalam menggalakkan komuniti teknologi kewangan (fintech) yang mantap dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia menerusi pembayaran digital lebih mudah, di samping menyokong kemasukan digital dan mewujudkan peluang ekonomi untuk perniagaan tempatan.

Ant International merupakan sekutu Kumpulan Ant dengan empat tonggak perniagaannya adalah Alipay + Cross Border Mobile Payment Service, Antom Merchant Payment Services, Worldfirst dan ANEXT Bank.

— BERNAMA