7 Aplikasi Android dan iOS Percuma Untuk Bantu Anak Muda Mengurus Kewangan

Ramai di antara rakyat Malaysia yang agak terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi semasa. Kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak yang tidak menentu dan baru-baru ini Kadar Dasar Semalaman (OPR) Naik merupakan di antara faktor penyumbang.

Oleh yang demikian, perlu bagi kita untuk mengambil langkah bijak dalam menguruskan kewangan agar dapat memantau tahap kewangan kita dengan lebih bijak.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kita boleh gunakan pelbagai aplikasi kewangan tanpa perlu menulis atau menyediakan buku khusus untuknya. Cukup sekadar dengan menggunakan telefon bimbit kita.

Tujuan utama menggunakan aplikasi pengurusan kewangan adalah supaya anda tahu pendapatan bulanan anda dan ke mana anda membelanjakan wang anda. Kalau tiap-tiap bulan asyik defisit, sudah tiba masanya anda melakukan sesuatu terhadap keadaan kewangan anda.

Berikut merupakan 7 aplikasi pengurusan kewangan yang boleh anda gunakan.

1. Monefy-Money Manager (Android dan iOS)

Aplikasi ini adalah berbentuk rajah pai di mana anda boleh mentaksirkan corak perbelanjaan anda pada rajah tersebut. Ianya sangat mudah untuk menjejak segala jenis perbelajaan harian anda.

Muat turun di Google Play dan Apple App Store.

2. Toshl Finance Budget & Expense (Android dan iOS)

Aplikasi ini berfungsi untuk menjejaki semua jenis bil dan perbelanjaan anda. Bagi yang kerap keluar negara, aplikasi ini amat sesuai digunakan. Aplikasi ini juga mempunyai ciri pertukaran wang asing yang membantu anda menjejaki perbelanjaan anda ketika berada di luar negara, sama ada atas urusan kerja ataupun melancong.

Muat turun di Google Play dan Apple App Store.

3. Goodbudget:Budget & Finance (Android dan iOS)

Bagi anda yang tidak gemar untuk menaip, aplikasi ini amat bersesuaian. Ia berfungsi sebagai satu aplikasi yang boleh bercakap dengan anda. Aplikasi ini akan memberikan mesej berkenaan status kewangan anda dari semasa ke semasa. Jika anda terlajak dalam perbelanjaan dari bajet yang telah ditetapkan, aplikasi ini akan memberi amaran kepada anda.

Muat turun di Google Play dan Apple App Store.

4. Money Manager (Android dan iOS)

Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengumpulkan segala perbelanjaan dan juga pendapatan anda mengikut kepada kategori yang berlainan. Contohnya seperti perbelanjaan dalam kategori makanan, barangan rumah dan sebagainya.

Muat turun di Google Play dan Apple App Store.

 

5. Expense Manager (Android)

Sebagai pengguna, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk menetapkan had perbelnjaan bulanan serata membuat catatan pelbagai perbelanjaan yang telah anda lakukan.

Muat turun di Google Play

6. My Tabung oleh Bank Negara Malaysia (Android dan iOS)

Bank Negara Malaysia telah melancarkan aplikasi ini bagi menggalakkan orang ramai untuk lebih berhemah dalam kewangan masing-masing. Hebatnya aplikasi ini, anda boleh menganalisis duit keluar masuk dengan mudah. Aplikasi ini tersedia dalam Bahasa Melayu.

Muat turun di Google Play dan Apple App Store.

7. Touchstyle oleh Bank Rakyat (Android dan iOS)

Untuk anda yang gemar melakukan bajet harian, fungsi aplikasi ini sangat begitu membantu. Anda dapat melihat setiap perbelanjaan anda pada setiap hari dan apabila anda melebihi bajet harian, aplikasi ini akan highlight hari di mana anda telah berbelanja melebihi yang sepatutnya.

Muat turun di Google Play dan Apple App Store.

Kesemua aplikasi di atas objektif asasnya adalah untuk membantu anda merekodkan segala perbelanjaan. Bila dah ada rekod, baru kita boleh tahu di mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dihentikan serta-merta.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend