7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar

Sudah berumahtangga? Tahniah kami ucapkan. Ada masalah pasangan seperti tak berapa nak ambil kisah pasal masa depan dan keluarga? Buat korang yang baru mendirikan rumah tangga, hadamkan artikel ini yang diolah dari perkongsian saudara Amir Syahir. Tidak kira pasangan kita bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan.

Tuhan menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta, pasangan dia mesti seorang yang bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila beli baju online, baju dua almari tetapi masih mengadu kata takde baju nak pakai, pasangan dia mesti power kawal kewangan.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan beri kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya matlamat nak simpan RM600 dalam sebulan. Jadi, istiqamah simpan RM20 setiap hari. Bila dah capai, ini akan menyuntik rasa semangat untuk menyimpan lebih banyak lagi.

Baca juga 10 Matlamat Kewangan Anak Muda Sebelum Capai Umur 30 Tahun

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika belanja semua pendapatan terlebih dulu dan lebih baru nak simpan, itu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak iPhone, cepat-cepat azan dekat telinga kanan dia. Ingatkan yang dia tu masih ada PTPTN tertunggak.

Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. Tengok dalam dompet, ada duit. “Eh, boleh belanja lagi ni”. Biarlah duit kita ada lebihan 5-6 ratus sekalipun, jangan ajar diri belanja untuk habiskannya.

Tangguhkan seketika. Simpan duit untuk benda yang lebih memerlukan. 

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan

  • Membandingkan harga.
  • Beli masa promosi atau dengan harga borong.
  • Buat senarai barang yang nak dibeli, tak perlu nak ulang-alik dua tiga kali ke pasar raya atau terbeli benda yang tiada dalam senarai.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan adalah asas untuk hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak pula kalau tak ada pun boleh hidup. Contohnya nak pakai kereta mewah, telefon mahal, travel luar negara ataupun lepak minum Setarbucks.

Ramai pasangan masih tidak dapat bezakan antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit.

Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM tidak berlesen. Terangkan tentang CCRIS. Terangkan kalau tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang rendah risiko seperti melabur di ASB disebabkan unit berharga tetap RM1. Jadi, tidak akan rugi. Menyimpan di Tabung Haji juga boleh. Dalam Akta Tabung Haji, dinyatakan dengan jelas bahawa konsep simpanan dalam akaun Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan berasaskan jaminan)

.

Kalau nak berjaya, sentiasa “laparkan diri” dan terus-menerus memburu ilmu yang bermanfaat. Sebab dengan ilmu, baru kita boleh pendekkan masa untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.

Kalau ada seminar, pergi sama-sama. Ajak dia sekali. Sebab tak semua rajin nak baca buku-buku tentang pengurusan kewangan. Benda yang ditulis ni pun merungut kata panjang. Jadi lebih baik belajar terus dari kepakaran orang lain.

Baca juga Kenali 12 Ciri-Ciri Wanita Yang Bijak Urus Kewangan.

Pernah dengar tentang pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia? Belajar secara percuma di sini Belajar Pelaburan Saham

 

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

BNM Ambil Pendekatan Berhemat Tangani Risiko Keberhutangan Isi Rumah Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dan berhati-hati dalam menangani risiko keberhutangan isi rumah bagi memastikan perkara itu tidak menimbulkan kesan negatif kepada kestabilan sistem kewangan negara.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata kerajaan sedar mengenai risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi, justeru pendekatan yang lebih mampan akan dilaksanakan.

“Oleh yang demikian, kerajaan sedang melaksanakan reformasi dan perubahan struktur terhadap ekonomi domestik berteraskan Kerangka Ekonomi MADANI supaya daya saing dan prestasi ekonomi negara dapat dipertingkatkan.

“Melalui usaha ini, pendapatan serta kesejahteraan rakyat akan dapat dipertingkatkan seterusnya membantu untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai dasar dan usaha kerajaan untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah.

Lim berkata antara usaha berterusan kerajaan termasuk melaksanakan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab sejak 2012 untuk memastikan individu meminjam mengikut kemampuan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan bebanan hutang berlebihan.

“Kedua, meningkatkan tahap celik kewangan rakyat menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) agar pengguna perkhidmatan kewangan mempunyai keupayaan dan keyakinan untuk membuat keputusan kewangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata usaha lain ialah menggalakkan isi rumah yang ingin membuat keputusan kewangan yang besar seperti pembelian rumah untuk mengikuti program pendidikan kewangan secara talian yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Beliau berkata pada akhir 2023, jumlah hutang isi rumah secara agregatnya berjumlah RM1.53 trilion.

Sebahagian besar hutang isi rumah digunakan bagi tujuan pengumpulan harta yang merangkumi pinjaman perumahan (60.5 peratus), pembelian harta bukan kediaman (5.3 peratus), dan pembelian sekuriti (4.3 peratus), katanya.

Beliau berkata manakala baki 29.9 peratus pula bagi tujuan perbelanjaan seperti pinjaman untuk pembelian kenderaan (13.2 peratus), pembiayaan peribadi (12.6 peratus) dan kad kredit (3.0 peratus).

Lim turut berkata isi rumah yang mempunyai masalah pengurusan kewangan dan hutang digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan penyusunan semula hutang daripada pihak bank dan AKPK.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membenarkan isi rumah mengeluarkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengurangkan beban keberhutangan isi rumah.

“Pada masa sekarang, sesiapa yang menghadapi masalah memulangkan hutang isi rumah ini, kami galakkan mereka tampil kepada kita, terutama melalui AKPK untuk menyelesaikan atau menstrukturkan semula  kewangan supaya mereka boleh mengatasi keadaan kewangan.

“Kerajaan akan cuba membantu sebab setiap individu itu, keadaannya berlainan. Jadi, kita berharap mereka akan tampil ke hadapan dan kita akan memberikan nasihat yang sewajarnya,” katanya.

— BERNAMA