7 Fasa Pengurusan Kewangan Yang Perlu Dilalui

Sebenarnya, apabila anda ingin menguruskan kewangan anda bukan lah suatu perkara yang sukar. Semuanya bergantung kepada disiplin diri dalam mengawal kehendak dan mendahulukan keperluan. Tidak salah untu “self reward” selagi anda mengutamakan apa yang perlu dalam perbelanjaan untuk setiap bulan.

Justeru, dengan cara ini dapat memberikan anda manfaat yang tidak disangkakan dan dalam pada masa yang sama memberikan kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, kami akan menyenaraikan fasa-fasa yang penting untuk anda ketahui.

Fasa 1: Mulakan Dengan Menyimpan

Apabila anda bekerja, perkara yang paling utama adalah menyimpan wang anda. Peruntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan anda untuk dijadikan simpanan. Anda boleh menyimpan wang di dalam akaun berbeza seperti akaun percutian, akaun kecemasan, akaun haji dan umrah, akaun persendirian dan akaun keluarga.

Setiap akaun ini anda boleh simpan di institusi perbankan yang berbeza dengan menggunakan sistem automatik. Perlukan bantuan untuk mula? Jemput baca Mudahnya Nak Menyimpan Guna Formula 50:30:20.

Fasa 2: Tetapkan Pendirian

Tidak kira apa yang berlaku, anda harus menjadi diri sendiri. Sebenarnya, falsafah ini penting dalam pengurusan wang anda. Ini kerana, apabila anda mengikut budaya di mana anda tinggal atau terpengaruh dengan gaya hidup mewah walhal anda hanya mempunyai gaji cukup makan. Ini adalah punca anda tidak dapat menyimpan wang mahupun berjimat.

Oleh itu, anda perlu mendisiplinkan diri supaya tidak terikut dengan gaya hidup orang lain. Ukur baju di badan sendiri, kerana mengikut kajian, Mereka Berpendapatan Bawah RM2,000 Hanya Ada Balance RM76 Setiap Bulan

Fasa 3: Bijak Dalam “Self Reward”

Ini merupakan fasa yang penting kerana disinilah punca samada anda boleh berjimat cermat atau berbelanja boros. Tidak salah untuk “self reward” tetapi jangan lah anda “self reward” sekaligus dalam sebulan. Ini jelas menunjukkan anda tamak dan berbelanja secara boros.

Anda perlu bijak dalam “self reward” iaitu boleh amalkan satu bulan satu barang, sebagai ganjaran untuk diri sendiri setelah penat bekerja.

Fasa 4: Membezakan Di Antara Keperluan Dan Kehendak

Fasa ini akan menunjukkan samada anda bijak dalam pengurusan kewangan atau lemah dalam mengendalikan wang anda setiap bulan. Ini kerana, apabila anda membezakan antara kehendak dan keperluan, anda dapat berjimat cermat dan dalam pada masa yang sama, anda tahu apa yang utama dalam perbelanjaan bulanan anda.

Boleh juga baca tips Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak.

Fasa 5: Menyimpan Untuk Persaraan

Sama seperti anda menyimpan wang untuk akaun yang berbeza, anda juga perlu “menabung” untuk hari persaraan anda. Anda perlu cari insitusi perbankan yang menawarkan khidmat penyimpanan akaun wang persaraan seperti KWSP.

Fasa 6: Takaful

Adalah sangat penting untuk fasa pengurusan kewangan anda. Anda perlu mempunyai perlindungan Takaful sebagai jaminan untuk sebarang kecemasan yang tidak dijangka. Pepatah “Sediakan payung sebelum hujan” amat sesuai untuk situasi ini.

Tetapi malangnya, kita amat memandang remah perkara ini kerana Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful.

Fasa 7: Pelaburan

Siapa kata yang baru bekerja tidak boleh melabur? Anda yang bekerja perlu melabur, kerana pelaburan penting untuk memberikan anda kelangsungan duit tambahan meskipun anda sudah bersara nanti.

Tak tahu nak melabur kat mana, boleh rujuk Kenali Produk Patuh Syariah Dalam Bursa Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend