7 Sebab Anda Kena Datang Business Foresight Forum (BFF) 2019

19 September 2019 adalah tarikh keramat yang dinanti-nantikan. Pada hari tersebut, akan berlangsungnya Business Foresight Forum (BFF) 2019 yang kembali dengan acara yang lebih besar dan lebih ramai speaker yang hebat-hebat berbanding tahun sebelumnya.

Tema kita pada tahun ini adalah ‘New Business Directions 2025 – Catalysts for Change’ dan ianya akan berlangsung di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara. Penganjur bagi acara berprestij ini adalah Securities Industry Development Corporation (SIDC), yang merupakan pusat latihan dan pembangunan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok 7 sebab anda kena datang ke BFF 2019 ini.

1. 7 Sesi Menarik Sepanjang Hari

Mula dari pukul 9 pagi sampailah ke pukul 5 petang, terdapat 7 sesi menarik yang tersedia. Di antaranya kita ada sesi mengenai arah tuju ekonomi, masa depan digital yang boleh dipercayai, bagaimana untuk memastikan perniagaan anda kekal relevan pada masa depan; dan bermacam-macam lagi.

2. Eratkan Hubungan Dengan Peluang Rangkaian

Lebih daripada 300 orang perwakilan akan hadir ke BFF 2019 ini dari pelbagai latar belakang yang berbeza-beza. Rebut peluang untuk ‘bernetwork’ dengan para hadirin dan mana tahu anda dapat peluang perniagaan yang baru.

3. Ucapan Istimewa Daripada YB Dr. Ong Kian Ming

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar ucapan istimewa daripada YB Dr. Ong Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

4. Berjumpa Dengan Juruterbang Jet Pejuang MiG-29 Wanita Pertama Asia

Anda tak kenal dengan Mejar Patricia Yapp Syau Yin yang berasal dari Sandakan, Sabah? Dengar sendiri kisah inspirasi wanita pertama di benua Asia yang menjadi juruterbang jet pejuang MiG-29 secara berdepan, semoga kita semua mendapat inspirasi daripada kisah hidup beliau.

5. Saksikan Sendiri Sesi Hacking Secara Langsung

Ingat anda dah cukup selamat di era digital ini? Kita ada sesi secara langsung bagaimana seorang hacker bertaraf antarabangsa boleh menjalankan penggodaman secara live. Memang menarik sangat, jarang-jarang kita berpeluang untuk melihatnya, oleh itu jangan lepaskan peluang ini.

6. Dengar Kisah Inspirasi Daripada Syarikat Terkemuka

Kalau selama ini kita kagum dan hanya membaca di dada akhbar atau di online sahaja, sekarang kita berpeluang untuk dengar sendiri kisah inspirasi daripada syarikat-syarikat terkemuka seperti Boost E-Wallet, Bank Dunia (Malaysia). Time dot Com, Fave dan banyak lagi. Kita juga ada anak-anak muda yang tersenarai dalam ‘Forbes 30 under 30 Asia’ seperti Melvin Poh, Alex Patel dan ramai lagi yang akan berkongsi cerita.

7. Nikmati Potongan GRAB Dan Berpeluang Hadir Ke Bengkel Making Data Driven Decisions (DDD)

Dapatkan diskaun RM10 untuk perjalanan anda seterusnya menggunakan perkhidmatan GRAB dan anda juga berpeluang untuk menghadiri bengkel separuh hari bertajuk Making Data Driven Decisions (DDD) apabila anda mendaftar ke BFF 2019.

*Tertakluk kepada terma dah syarat, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

8. Persidangan SIDC Diiktiraf

Eh, tadi kata ada 7 je sebab untuk datang? Kalau nak tahu, acara BFF 2019 ini diiktiraf oleh pelbagai pihak; maka anda akan dapat pelbagai manfaat.

Ianya mendapat kelulusan 10 mata CPE (Continuing Professional Education), boleh tuntut dana HRDF (Human Resource Development Fund) dan juga selaras dengan ICF (Industry Competency Framework).

Daftar Sekarang

Samada anda seorang pelabur, seorang pemilik perniagaan, seorang pemuda yang bercita-cita tinggi atau seorang yang sedang mencari networking baru; jangan lepaskan peluang untuk datang ke BFF 2019 ni. Layari laman web BFF untuk maklumat lanjut.

Kita jumpa nanti di Business Foresight Forum (BFF) 2019 pada hari Khamis, 19 September 2019 bertempat di Bukit Kiara. Daftar sekarang, kerana tempat adalah terhad.

Harga tiket adalah seperti berikut:
RM1,500 harga biasa untuk seorang
RM1,250 seorang untuk kumpulan tiga atau lebih orang
RM1,000 seorang untuk kumpulan lebih daripada 10 orang

Untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend