7 Tips Pengurusan Kewangan Yang Simple Untuk Pengantin Baru

Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.

Sebaik saja selesai majlis, ada yang tanpa berfikir panjang terus bercuti ke luar negara, tidak kurang terus swipe kad kredit untuk beli macam-macam keperluan berkeluarga. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.

Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk mengharungi bahtera perkahwinan.

Jadi, apabila baru berkeluarga, kami cadangkan ikut tips ini;

1. Merangka Bajet Keluarga

Dulu makan seorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah nerumahtangga, kena mula ada bajet kewangan supaya tahu berapa kos barang keperluan setiap bulan. Bila dah ada anak nanti dah mudah, sebab dah terbiasa buat bajet.

2. Merekod Perbelanjaan

Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka.

3. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan

Bila dah kahwin, eloklah merancang semua kos keperluan dan perlu dibincang bersama-sama. Boleh ikut idea ini (susunan tidak mengikut keutamaan):

  • Belanja barang dapur
  • Belanja makan
  • Belanja utiliti (bil air & elektrik)
  • Hiburan
  • Ansuran rumah
  • Ansuran kereta
  • Perlindungan takaful
  • Tabung simpanan
  • Tabung pelaburan
  • Tabung pendidikan anak-anak
  • Tabung kecemasan
  • Tabungan bercuti
  • Tabung pencen

4. Menabung & Melabur

Menyimpan dalam bank itu baik tetapi tidak bijak. Simpan duit di bank hanya untuk tujuan kecemasan. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang sah dan selamat. Antaranya ialah pelaburan saham Bursa Malaysia, unit trust, pelaburan emas, ASB Financing dan sebagainya.

5. Perlindungan Takaful

Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak produk takaful yang bagus. Jangan ambil remeh hal ini. Ini langganan Astro mampu bayar bulan-bulan, takaful tak nak ambil. Bila dah dalam hospital dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, jangan mula menyesal tak sudah.

6. Jauhkan Hutang

“Ya Allah, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku.”

Apabila memulakan kehidupan baru, banyak nak pakai duit. Nak beli katil, tilam, almari, sofa, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Skim ansuran mudah dekat kedai tu memang mengiurkan, tetapi lebih baik kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.

7. Kad Kredit Cukup Satu

Jika anda dan pasangan masing-masing ada kad kredit, bila dah kahwin biar tinggal satu saja. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit. Senang nak uruskan dan jaga kewangan.

Kena ingat tindakan sekarang akan memberi kesan yang besar kepada cash flow 5-10 tahun akan datang.

Kepada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan. Kalau bergaduh, kena sabar, jangan dua-dua meletup. Tak perlu juga perang sampai update dekat Facebook dan Instagram. Tak selesai masalah. Bila seorang jadi api, seorang kena jadi air.

Gaduh kejap je, lepas tu baik balik ye. Kata cinta dan sayang, laut mana tidak ditimpa badai. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Artikel ini adalah olahan MajalahLabur.com daripada posting asal Amir Syahir. Kalau anda rasa perkongsian ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow beliau.

Dapatkan eBook 30 Tips Bijak Merancang Wang

TAJUK MENARIK DALAM EBOOK

Pelajari konsep-konsep teras dalam pengurusan kewangan dengan ebook ini.

Aliran Tunai Kewangan Cash Flow

Merupakan asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan melalui formula I-E=S supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan setiap bulan dan tahun.

Nilai Bersih Aset Nett Worth

Formula A>L supaya dapat menyediakan aset dan dana yang cukup untuk menghadapi masa hadapan serta hutang yang terkawal supaya ia tidak membebankan hari tua kelak.

Simpanan Kewangan Saving

Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan simpanannya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain.

Perlindungan Kewangan Protection

Dalam kita bekerja untuk memperoleh pendapatan, dan menghasilkan aset, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi perlindungan melalui takaful.

Pelaburan Kewangan Investment

Inflasi akan menurunkan nilai aset kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat pelaburan sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi.

Banyak Lagi Others

Pelbagai lagi topik menarik yang bakal dikongsikan bersama anda di dalam ebook ini. Pelaburan yang paling utama adalah pelaburan ilmu.

Khusus untuk pembaca Majalah Labur, dapatkan diskaun sebanyak 40% untuk eBook ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend