76% Daripada Penjawat Awam Bergaji Kurang Daripada RM5,000 Sebulan

Mungkin ramai yang sedia maklum, kerja dengan kerajaan merupakan jalan selamat bagi kebanyakan orang. Gaji pun OK, benefit pun OK, kerja pun tak stres sangat.

Tapi dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, adakah cukup dengan gaji sebanyak itu?

Statistik Membimbangkan Daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Gaji bagi 76% daripada 1.1 juta penjawat awam dan polis kurang daripada RM5,000, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Data Jabatan Akauntan Negara menunjukkan 866,270 daripada 1,146,222 orang yang sedang berkhidmat dengan kerajaan ialah pegawai gred 44 dan ke bawah, setakat 30 Jun lalu.

“Selain gaji pokok, penjawat awam juga menerima imbuhan tetap serta elaun yang menjadi elemen tambahan tidak tetap mengikut keperluan serta keadaan semasa yang diperuntukkan mengikut kadar atas kelayakan gred dan skim perkhidmatan masing-masing.

“Sekiranya mengambil kira unsur imbuhan tetap dan elauan bulanan yang diperuntukkan, jumlah tersebut (penjawat awam bergaji kurang RM5,000) menurun kepada 742,561 orang atau 65%,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Liew menjawab soalan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman mengenai jumlah dan peratusan penjawat awam bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan dan rancangan kerajaan meringankan beban golongan itu dalam keadaan ekonomi sekarang.

Sementara itu, Liew berkata, struktur gaji perkhidmatan awam yang digunakan ketika ini ialah Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM).

Beliau berkata, penetapan struktur gaji sektor awam berasaskan konsep gaji berpatutan untuk memenuhi keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.

“Gaji yang ditentukan berdasarkan prinsip kadar upahan untuk kerja, kelayakan masuk dan latihan, realitiviti dan pariti.”

Katanya, bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan dari semasa ke semasa menyemak elaun dan gaji penjawat awam berdasarkan prinsip tertentu dalam perkhidmatan.

“Dalam melaksanakan kajian, semakan elaun dan gaji tersebut, kerajaan perlu diberi pertimbangan dan perhatian secara berhati-hati mengambil kira pelaksanaannya memberi implikasi kepada perbelanjaan mengurus yang tinggi serta kedudukan kewangan kerajaan.”

Sumber: Free Malaysia Today

Belanja Lebih Daripada Separuh Gaji Nak Bayar Hutang

Nak lagi statistik yang membimbangkan? Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini telah mengeluarkan satu laporan bertajuk Hutang Kakitangan Kerajaan: Risiko dan Pertimbangan Polisi. Menurut laporan tersebut, lebih daripada separuh gaji kakitangan kerajaan digunakan bagi tujuan membayar hutang, ianya lebih tinggi berbanding purata peminjam di Malaysia (⅓ gaji digunakan untuk membayar hutang).

Jumlah hutang penjawat kerajaan adalah RM236 bilion bersamaan dengan 20% daripada hutang isi rumah di Malaysia. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di artikel Kakitangan Kerajaan Belanja Lebih Daripada 1/2 Gaji Untuk Bayar Hutang.

Patutlah semakin ramai orang yang membuat 2-3 pekerjaan, demi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Bagi mereka yang sedang terbeban dengan hutang ini, jemput baca:

Akhir kata, kami doakan supaya anda berjaya meningkatkan kewangan diri dan keluarga anda, agar bebas daripada dibelenggu hutang yang menjerat anda.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend