“9 Petanda Anda Takkan Jadi Kaya”

Semua orang boleh jadi kaya, sama ada kita percaya atau tak. Ini kerana kita mempunyai peluang yang sama rata dan kita ada 24 jam setiap hari untuk berusaha. Kita kena ada misi yang jelas kenapa nak jadi kaya. Jadilah kaya untuk membantu orang lain.

Walaupun tiada siapa yang dapat meramal masa depan, tetapi jika anda ada satu atau lebih tanda-tanda berikut; peluang nak jadi kaya amatlah tipis.

1. Terlalu Tekankan Simpanan, Sampai Terlupa Untuk Tambah Pendapatan

Asyik-asyik fikir untuk simpan. Simpan, simpan, simpan!

Tahniah. Ramai yang menekankan tentang betapa pentingnya untuk kita menyimpan. Di antaranya yang popular, 7 Tabung Simpanan Yang Perlu Ada. Mulakan Sekarang! dan 5 Jenis Tabung Simpanan Anak Muda Perlu Ada. Terlalu sibuk nak menyimpan, sampai terlupa untuk tambah pendapatan.

Ramai orang kaya sebenarnya menumpukan perhatian mereka untuk menambah pendapatan sedia ada. Ada yang berusaha untuk meningkatkan jualan, tidak kurang juga yang mempelbagaikan pendapatan dan pelaburan.

Lagi banyak pendapatan yang masuk, lagi banyak yang boleh disimpan.

2. Belum Mula Melabur

via GIPHY

Sibuk kerja hari-hari, sampai takde masa untuk melabur. Bagi yang sibuk bekerja untuk duit, sudah tiba masanya kita biarkan duit bekerja untuk kita pula. Kerja kuat siang malam buat syarikat korang kaya. Sampai dengan keluarga pun tiada masa.

Bagaimana cara nak buat duit bekerja untuk kita tu? Sudah semestinya dengan melabur.

Banyak sebenarnya pelaburan yang ada di Malaysia. Di antara yang popular:

Kalau nak pelaburan yang berisiko tinggi dengan pulangan yang tinggi, boleh cuba pelaburan saham.

Banyak sebenarnya pelaburan yang ada, terpulang kepada kita nak pilih yang mana. Ada yang berisiko rendah, ada yang berisiko tinggi. Ada yang untuk jangka masa pendek, ada untuk jangka masa panjang.

Tapi jangan asyik buat perbandingan pelaburan mana yang terbaik, akhirnya sampai bila-bila pun kita tak mula melabur.

3. Berpuas Hati Dengan Gaji Sedia Ada

Memang kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi itu tidak semestinya bermaksud kita tidak berusaha untuk dapat lebih.

“Man Jadda Wajada” – siapa yang berusaha lebih, dia akan dapat lebih. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Semuanya bergantung kepada usaha yang kita lakukan, selebihnya bertawakkal kepada Allah.

Asyik komplen gaji tak cukup setiap bulan, tapi tiada usaha untuk menambah pendapatan.

Jom tengok Kerja-kerja Berkemahiran Yang Tak Perlukan Ijazah.

4. Beli Barang Di Luar Kemampuan

We buy things we don’t need with money we don’t have to impress people we don’t like.

Biasa dengar kan ayat di atas? Kawan beli telefon pintar baru, kita pun beli. Jiran beli kereta baru, kita pun beli juga. Beli dengan cara berhutang pula tu, akhirnya kita sendiri yang terpaksa menanggung beban tersebut. Padan muka.

5. Mengejar Impian Orang Lain

Kita suka ikut cakap orang lain, terutamanya ibu dan bapa kita tentang bidang kerjaya yang kita ceburi. Ayah suruh kita jadi doktor, kita pun habiskan masa bertahun-tahun lamanya untuk jadi doktor. Ibu suruh kita jadi cikgu, takkan kita taknak dengar cakap mereka?

Sedangkan kita minat dalam bidang lain, tetapi terpaksa juga dituruti. (Jangan salah faham, kalau memang bercita-cita nak jadi doktor sebab rasa happy bila tengok pesakit sembuh semula, teruskanlah, jangan berhenti pula!)

Menurut kajian, orang kaya ada minat masing-masing, dan disebabkan minat yang mendalam inilah yang membuatkan mereka berusaha sungguh-sungguh untuk berjaya. Kerana bila dah minat tu, kerja pun tak rasa macam kerja. Rasa best je bila buat kerja, tak rasa macam dipaksa.

6. Jarang Keluar Zon Selesa (Comfort Zone)

Bila kita dah terbiasa dengan sesuatu, jarang kita hendak cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa.

Tapi tidak bagi orang kaya, mereka merasa selesa dengan ketidaktentuan. Lagi huru-hara, lagi banyak manfaatnya.

7. Tiada Matlamat Yang Jelas

Ini pun merupakan satu masalah besar. Kita cakap yang kita nak jadi kaya. Tapi apa langkah-langkah yang perlu dibuat untuk dapatkan pendapatan yang boleh buat kita kaya?

Tanpa matlamat dan hala tuju yang jelas, memang sukar untuk kita susun langkah dan strategi untuk mencapat matlamat tersebut.

Jemput baca 5 Tips Untuk Mencapai Matlamat Kewangan.

8. Belanja Dulu Dan Simpan Baki Yang Ada

Dapat gaji setiap bulan, kita bayar itu ini dulu, beli itu ini dulu. Kita utamakan bayar orang lain terlebih dahulu, lebihnya baru kita simpan untuk diri kita sendiri.

Sebaliknya, kita perlu simpan 10% daripada gaji terlebih dahulu. Kemudian selebihnya baru digunakan untuk bayar benda lain. Kalau terpaksa ikat perut, terpaksalah. Kalau terpaksa buat dua tiga kerja untuk tambah pendapatan, mungkin itu yang terbaik.

Cuba tips di sini: Lakukan 4 Perkara Ini Dengan Duit Gaji (Ikut Turutan).

9. Tidak Percaya Boleh Jadi Kaya

Orang ramai percaya bahawa mereka yang bernasib baik saja yang boleh jadi kaya. Tetapi nasib tidak akan datang, kalau kita tidak berusaha.

Ada juga yang percaya, kita kena ada kabel baru boleh berjaya. Tetapi kalau ada kabel sekalipun, tak dapat nak deliver apa yang diperlukan, memang sekali saja peluang tersebut akan datang.

Jadi ketepikan semua mindset negatif ini, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar impian.

Baca juga Tahu Tak Beza Orang Kaya Dengan Orang Miskin Bukannya Duit?

Olahan sumber asal: Business Insider

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend