Ada bisnes tapi tak simpan rekod? Bersedia untuk didenda atau ke penjara!

Anda seharusnya membiasakan diri menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (contoh : menjadi pengedar produk secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan.

Tahukah anda sebagai seorang usahawan, anda wajib menyimpan rekod serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan bisnes anda selama tujuh (7) tahun?

Rekod serta dokumen tu termasuklah resit pembelian, invois jualan, rekod stok keluar masuk dan sebagainya.

Perkara ini dinyatakan di dalam Seksyen 82. Akta Cukai Pendapatan 1967- Kewajipan Menyimpan Rekod dan Mengemukakan Resit.

Resit-resit ini akan diminta untuk rujukan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan audit. Undang-undang ini disebut di dalam tiga (3) Seksyen, 78 – Kuasa Meminta Penyata Khusus dan Pengemukaan Buku-buku Tertentu. Seksyen 79 – Kuasa Untuk Meminta Penyata Akaun Bank dan Sebagainya. Seksyen 80 – Kuasa Untuk Mengakses Bangunan, Dokumen dan Sebagainya.

Jelas mereka mempunyai kuasa untuk meminta daripada kita penyediaan semua dokumen itu untuk tujuan audit. Kegagalan penyediaan rekod tersebut boleh mengakibatkan anda boleh didakwa di bawah Seksyen 119A. Kegagalan Menyimpan Rekod yang boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM300/- dan tidak melebihi RM10,000/- ataupun hukuman penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Ramai usahawan suka lari dari ‘Lembaga’ yang satu ni.

Jangan! Anda perlu ada ilmu untuk menguruskan cukai perniagaan anda. Jangan lupa juga GST. Ingat, lari dari membayar cukai sebenarnya tak bagus untuk perniagaan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend