Ambil Tahu 5 Perkara Ini Sebelum Nak Buat ASB Financing (ASBF)

Alhamdulillah, rakyat Malaysia semakin celik dengan dunia kewangan dan pelaburan. Dan ASB Financing (ASBF) baru-baru ini hangat diperkatakan, ada yang kata bagus, ada yang kata tak bagus. Ada yang kata melaburlah pakai duit sendiri, ada yang kata gunakanlah leverage yang ada.

Tak kisahlah kita golongan yang mana, ambil tahu dulu 5 perkara penting ni sebelum nak mulakan ASB Financing. Dengarkan kupasan Tuan Azmir Harif mengenai topik ini:

1. Beza ASB Financing Dengan ASB Loan

ASB financing ni islamik dan patuh syariah, manakala ASB Loan ni dia konvensional. Halatuju duit dijamin. So yang Muslim tu, better amik yang islamik, dah banyak bank buat patuh syariah ni, jenuh nak jawab kat akhirat nanti.

2. Kadar Keuntungan VS Kadar Dividen

Kadar keuntungan ialah kadar peratus yang bank akan caj daripada total pinjaman ASB (cari nilai yang paling rendah). Lagi rendah, lagi untung.

Kadar dividen ialah kadar peratus keuntungan yang korang akan dapat dari Simpanan ASB, (purata 7%) tapi tak tentu juga sebab haritu turun (tapi tetap akan untung selagi tiada penurunan drastik yang mana sukar untuk berlaku)

3. Amaun Dan Tempoh Pinjaman

Selalu jumpa ayat macam ni tak? “NAK BELI KERETA DAN KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN? AYUH MAKSIMUM KAN PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM200K, LEPAS 3 TAHUN ANDA DAPAT KAHWIN DAN BELI RUMAH SEKALIGUS”

Tak tau la macam mana boleh percaya, akhirnya kita tak akan mampu nak bayar sebab gaji tak cukup dan komitmen tinggi sangat. Nak buat loan kereta/rumah pun sangkut.

Untuk amaun, tak perlu start terus nak up buat banyak-banyak, start dengan RM50k dulu, atau pun max jangan lebih RM100K, yang mana bulanan dalam RM250++ dan RM500++ (purata)

*Jangan mudah terpedaya dengan muslihat sesetengah pihak. Untuk tempoh pinjaman tu, tarik panjang pun tiada masalah, sebab kita nak menyimpan, bukan nak melabur. Menyimpan kan kena lama, bukan simpan harini esok dapat hasil dah (seeloknya max sampai 30 tahun je).

4. Pengiraan

Pengiraan ni penting untuk kita ambil tahu, senang cerita terbahagi kepada 3 jenis pengiraan yang penting iaitu:
– Bayaran bulanan
– Nilai serahan (surrender value)
– Kadar dividen peroleh setiap tahun

Pengiraan ni boleh je Google untuk tahu lebih lanjut, tengok YouTube pun boleh.

5. Kemampuan

Kita kena tahu tahap kewangan masing-masing, jangan pernah samakan dengan rakan lain. Kalau mampu RM200, buat sahaja yang bayaran bulanan RM200. Lain org lain jumlah komitmen bulanannya.

JANGAN TAMAK

Yang paling penting, jangan mudah terpedaya dengan muslihat yang suruh max kan pinjaman untuk dapat keuntungan banyak, MENGARUT.

Ambil tahu secara keseluruhan daripada segi pengiraan, keuntungan, risiko kerugian dan maklumat terperinci sebelum mula buat ASB Financing ni.

Sumber: Twitter Azmir Harif

Ilmu Adalah Penting, Tetapi Tindakan Lagi Penting

Sekarang dah tahu sikit sebanyak pasal ASB Financing ni, buatlah perbandingan dengan instrumen-instrumen lain yang ada di Malaysia.

Tapi jangan asyik sibuk buat perbandingan, sampai tak melabur dan menyimpan sampai bila-bila.

Baca yang ni juga:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend