Anda Peniaga Kecil Dan Nak Suntikan Modal Sehingga RM50,000?

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin meningkat, sudah pasti kita perlu berikhtiar untuk upgrade ekonomi sendiri dan keluarga. Jika anda merupakan pekerja makan gaji atau pun peniaga kecil-kecilan, jom kita tengok apa itu skim pinjaman mikro kredit dan bagaimana ia dapat membantu.

Apa Itu Pembiayaan Mikro Atau Pinjaman Mikro Kredit?

Merujuk kepada Soalan dan Jawapan berkaitan Pembiayaan Mikro dan Tabung Perusahaan Mikro yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), pembiayaan mikro ialah pembiayaan untuk perniagaan kecil-kecilan dan jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah antara RM1,000 hingga RM50,000 untuk usahawan. Pembiayaan mikro ini diberikan untuk tujuan perniagaan sahaja seperti membiayai modal pusingan dan pembelian aset tetap. Pembiayaan ini bukan pembiayaan peribadi.

Kenapa Perlukan Pinjaman Mikro Kredit?

Kebanyakan pengusaha kecil dan sederhana mempunyai masalah pusingan modal atau pun kekurangan modal untuk membeli peralatan baru bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran dengan menggunakan mesin yang serba canggih.

Juga boleh digunakan untuk menambah stok sedia ada dengan membeli secara borong bagi mengurangkan kos.

Skim ini juga tidak memerlukan apa-apa cagaran atau penjamin.

Siapa Yang Layak Dapat Pinjaman Mikro Kredit?

Semua perusahaan mikro yang mempunyai perniagaan yang berdaya maju, tetapi kekurangan modal. Pembiayaan mikro ditawarkan kepada perniagaan dalam semua sektor ekonomi.

Senang cerita, semua orang layak selagi mana anda mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk pergi lebih jauh.

Institusi Mana Yang Tawarkan Pinjaman Mikro Kredit?

Setakat ini, kita ada institusi-institusi kewangan pembangunan iaitu Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (kesemuanya mempunyai produk syariah)

Juga dari pihak institusi-institusi perbankan komersial iaitu Alliance Bank, AmBank, CIMB Bank, Public Bank, Maybank, United Overseas Bank dan Bank Muamalat.

Tidak lupa juga kepada SME Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Usaha Maju Sabah (YUM) yang turut mempunyai skim pinjaman mikro kreditnya tersendiri.

Apakah Pinjaman Mikro Kredit Terbaik Untuk Saya?

Nak senang, jom kita tengok jadual perbandingan ciri-ciri produk pembiayaan mikro seperti berikut:

Anda juga boleh juga muat turun jadual perbandingan ini di laman web BNM.

Kebaikan Pinjaman Mikro Kredit

  • Syarat kelayakan yang longgar
  • Secara amnya, cagaran dan penjamin tidak diperlukan
  • Kelulusan pinjaman pada masa yang singkat. (1 – 6 hari bekerja)
  • Dokumentasi yang minimum: Kad Pengenalan, bukti pendapatan (Cth: slip bayaran dan penyata bank), bil utiliti (seperti elektrik, air, telefon) dan borang pendaftaran perniagaan / lesen / permit

Hidupkan Sunnah Dengan Berniaga

Perniagaan itu merupakan 9/10 daripada punca rezeki, jadi kenapa kita tidak mahu berniaga? Jangan jadikan alasan kekurangan modal untuk tidak mahu berniaga, kerana banyak institusi kewangan yang menawarkan pinjaman mikro kredit.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend