Asyik-asyik Inflasi, Malaysia Alami Deflasi Pertama Sejak Tahun 2009 – Adakah Ianya Bagus Atau Tidak?

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia terjerumus ke dalam deflasi bulan lalu, kali pertama sejak krisis kewangan pada 2009 berikutan penyusutan harga minyak.

Indeks harga pengguna (IHP) susut 0.7 peratus berbanding setahun lalu selepas berlegar di bawah paras satu peratus dalam tempoh tujuh bulan lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Anggaran penengah atau median dalam kajian Bloomberg menunjukkan penguncupan 0.4 peratus.

Kredit: Bloomberg

Kerajaan baru-baru ini mengubah model subsidi minyak dengan menetapkan harga secara mingguan bagi mencerminkan pergerakan minyak mentah global dengan lebih cepat.

Ia sekali gus mendorong kepada penyusutan 7.8 peratus kos pengangkutan pada Januari berbanding bulan sama tahun lalu, penurunan terbesar berbanding kategori lain.

Walaupun tekanan harga semakin reda, kerajaan masih bimbang kerana kesannya tidak dirasai rakyat.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kini sedang mengenalpasti bagaimana deflasi boleh menurunkan kos sara hidup.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar faedah pada 3.25 peratus sejak ia dinaikkan pada Januari 2018.

Kerajaan menjangkakan aliran menaik untuk purata inflasi pada tahun ini.

Kali terakhir Malaysia mengalami deflasi adalah pada Jun hingga November 2009 dengan ekonomi menguncup 1.5 peratus pada tahun itu.

Dalam pada itu, kos makanan dan minuman alkohol meningkat satu peratus pada Januari berbanding bulan sama tahun lalu, didorong kenaikan 8.4 peratus harga telur dan 5.3 peratus harga ayam.

Keadaan itu menyebabkan kerajaan memulakan siasatan pada Disember untuk mengenal pasti sebarang aktiviti kartel dalam kalangan industri.

Pada Januari, Kuala Lumpur adalah satu-satunya wilayah yang menyaksikan peningkatan IHP dengan inflasi pada 0.2 peratus. – Bloomberg

Sumber: BH Online

Bagus Ke Tak Deflasi Ni?

Siapa tak suka bila harga barang turun kan? Bila dah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, best juga bila dapat beli barang dengan kadar yang lebih murah.

Mengikut kajian, kalau berlaku sekali sekala ada juga bagusnya. Tapi kalau berlaku selama bertahun-tahun lamanya seperti di Jepun, ianya tak bagus untuk ekonomi negara.

Bayangkan, kita di Malaysia dan kebanyakan negara lain dapat faedah jika menyimpan di dalam bank; tetapi di Jepun sebaliknya. Bank akan mengenakan faedah kepada pendeposit jika mahu menyimpan wang, ini kerana kerajaan mahu rakyat berbelanja sebanyak yang mungkin.

Mungkin sebab itu jugalah kenapa Risiko Pasaran Global Menyebabkan Matawang YEN Melonjak? Ini Punca Yang Anda Mungkin Tak Pernah Tahu.

Jom layan video seminit dibawah untuk tahu kesan deflasi terhadap ekonomi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend