Bekerja Sendiri? Daftar Caruman i-Saraan KWSP Hari Ini

“Jangan kerja sendiri, takde EPF, nanti takde simpanan untuk hari tua!”

Itu kata-kata negatif yang sering dilemparkan oleh mereka yang prihatin dan cukup selesa dengan kerja makan gaji.  Jangan risau, walaupun anda bekerja sendiri sekalipun, kita tetap boleh membuat simpanan persaraan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ramai yang salah faham dan beranggapan bahawa KWSP adalah caruman khas untuk mereka yang bekerja dengan majikan sahaja. Siapa kata?

Tak kira anda peniaga online ke, peniaga bazar Ramadhan ke, atau pun pemandu e-hailing. Sekarang anda boleh simpan duit tanpa majikan.

Caruman Sukarela Dengan Insentif Persaraan (i-Saraan)

i-Saraan atau Caruman Sukarela Dengan Insentif Persaraan adalah pelan caruman yang boleh anda lakukan walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap.  Anda juga berpeluang menerima caruman tambahan sebanyak 15% (maksimum RM250 / setahun) daripada kerajaan ke atas caruman anda.

Kelebihan Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan)

Simpanan kewangan kita akan bertambah baik biar pun kita bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.  Dengan bekerja sendiri, diharapkan simpanan yang ada dengan program i-Saraan ini mampu membantu kita apabila sudah tua kelak.

Kita juga tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan, dan kita boleh mencarum di KWSP mengikut amaun dan kemampuan sendiri. Selain daripada duit simpanan yang telah kita carumkan, kita juga boleh menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan kita tadi.

Kelebihan mencarum di i-Saraan, boleh dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000 selain daripada sumbangan kerajaan 15% atas amaun caruman anda. Malah, bantuan kematian sebanyak RM2,500 pun ada.

Siapa Layak Buat i-Saraan?

i-Saraan boleh dibuat oleh sesiapa yang bekerja sendiri atau mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Terdapat beberapa syarat yang perlu kita patuhi iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat i-Saraan sebelum ini

Cara Buat Caruman i-Saraan

Apabila sudah memastikan kelayakan untuk mencarum bersama i-Saraan., hanya dengan beberapa langkah mudah saja dah boleh mendaftar dan terus membuat caruman i-Saraan.

Pertama sekali, daftar i-Saraan dengan mengisi Borang i-Saraan Bayaran Sendiri. Untuk lebih mudah, boleh terus ke mana-mana cawangan KWSP untuk proses pendaftaran.

Cara Pembayaran Caruman i-Saraan

Caruman i-saraan boleh dibuat dengan 3 cara iaitu:

  • Walk-in dan bayar di kaunter cawangan KWSP
  • Bayar di kaunter ejen bank seperti Maybank, RHB dan Public Bank
  • Bayar melalui perbankan internet seperti Maybank dan Public Bank.

Mudah sahaja, kini kita juga boleh membuat simpanan hari tua seperti orang lain yang bergaji tetap. Walaupun bekerja sendiri, jangan lupa untuk membuat caruman wang simpanan melalui i-Saraan di KWSP!

SumberKumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP)

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend