Biar Betul 2.6 Juta Wanita Malaysia Tidak Bekerja?

Terkejut juga apabila mendapat tahu statistik ini daripada Khazanah Research Institute seperti yang dilaporkan di dalam laporan bertajuk The State of Households 2018: Different Realities setebal 204 muka surat ini. Bagi mereka yang nak baca dengan lebih mendalam, boleh muat turun laporan tersebut di sini.

Tapi bagi yang nak tahu berkenaan tajuk di atas, apa kata kita dengar kupasan menarik oleh pihak Kapital.my seperti di bawah.

Berbicara mengenai ekonomi sesebuah negara, kita pasti tidak boleh mengabaikan salah satu faktor utama yang memberi kesan kepada ekonomi negara iaitu pekerjaan. Pekerjaan dilihat bukan sahaja punca rezeki seseorang individu tetapi juga penting untuk meningkatkan ekonomi negara.

Jurang Besar Wujud Di Antara Lelaki Dan Wanita Yang Bekerja

Mengikut laporan Global Gender Gap 2017 yang diterbitkan oleh World Economic Forum, Malaysia berada di kedudukan 87 daripada 144 negara berdasarkan Economic Participation and Opportunity. Secara dasarnya, kedudukan ini menunjukkan jurang antara jantina di mana wanita Malaysia masih kurang melibatkan diri dalam ekonomi negara.

Bagaimana Malaysia boleh memperbaiki kedudukan ini?

Laporan The State of Household 2018 – Different Realities oleh Khazanah Research Institute (KRI) dalam Chapter 2 ada membincangkan mengenai penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan kenapa ianya penting bagi Malaysia.

Berdasarkan laporan ini, secara jelas dinyatakan bahawa wanita Malaysia yang berumur dalam lingkungan umur pekerjaan (working age) yang berkelulusan tinggi adalah lebih ramai berbanding jantina lelaki. Tetapi masih sebahagian besar wanita-wanita ini tidak berkerja.

Antara punca wanita dikatakan tidak bekerja adalah kerana tanggungjawab yang perlu dipikul oleh wanita dalam institusi keluarga. Sebanyak 2.6 juta wanita di Malaysia dilaporkan tidak bekerja kerana faktor tanggungjawab kepada keluarga. 

Pada tahun 2017, populasi working age di Malaysia ialah 19.3 juta orang dengan 9.5 juta wanita dan 9.8 juta lelaki. Tetapi daripada jumlah 9.5 juta wanita ini, hanya 53.5% yang melibatkan diri dalam bidang pekerjaan. Manakala bagi lelaki pula, 77.7% terlibat dengan pekerjaan.

Walaupun statistik menunjukkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan adalah rendah tetapi ia telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Sebagai rekod, pada tahun 2010, 45.5% wanita yang tergolong dalam working age ini melibatkan diri dalam pekerjaan. Sepanjang tempoh 2010-2017, peratusan penglibatan wanita dalam pekerjaan telah meningkat sebanyak 8% kepada 53.5%.

Kredit: KRI

Kaum wanita penting untuk pertumbuhan ekonomi?

Ya! Menurut satu badan penyelidikan antarabangsa, jika wanita diberi peluang yang sama rata dari segi pendidikan, kesihatan dan ekonomi ianya bukan hanya akan memberi manfaat kepada wanita tetapi kepada keseluruhan masyarakat.

Laporan KRI ini juga menyatakan sekiranya penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan berjaya ditingkatkan sebanyak 30%, Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) Malaysia akan meningkat sebanyak 7% ke 12%.

Cabaran yang dihadapi negara dalam memperkasakan ekonomi bukanlah tanggungjawab satu pihak atau satu jantina sahaja. Ia adalah tanggungjawab rakyat dan penyertaan wanita sebagai tenaga kerja dalam apa-apa bidang sekalipun pasti akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan peredaran dan evolusi teknologi, inovasi merupakan perkara asas bagi sesebuah negara untuk kekal kompetitif dalam meningkatkan ekonomi. Dalam laporan KRI ini menyatakan terdapat dua perkara penting yang dapat dilihat berdasarkan analisa tahap inovasi sesebuah negara.

Pertama ialah ketidaksamarataan jantina (gender inequality) akan memberi impak negatif kepada tahap inovasi sesebuah negara. Jika semakin besar jurang gender inequality itu, semakin rendah tahap inovasi sesebuah negara. Yang kedua ialah jika sesebuah negara itu lebih terbuka dalam apa jua perkara, tahap inovasi juga akan menjadi lebih tinggi.

Dalam erti kata yang mudah, jika lebih ramai wanita bekerja, tahap inovasi sesebuah negara akan meningkat. Tahap inovasi yang tinggi pula akan membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Image result for pekerja wanita di malaysia
Kredit: Sinar Harian

Selain itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang bergerak ke arah ageing country. Apa itu ageing country? Ia bermaksud situasi di negara tersebut di mana jangka hayat manusia semakin meningkat dan dalam masa yang sama kadar pertumbuhan (fertility rate) menurun.

Sebagai contoh, jika sesebuah negara sedang berhadapan dengan krisis ageing population, ia akan menyebabkan tenaga kerja dalam negara itu berkurangan. Apabila golongan yang bekerja ini semakin berkurangan, perbelanjaan setiap individu atau keluarga dalam negara juga akan berkurangan. Kemudian ditambah pula dengan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam bidang kesihatan. Ini sudah pasti bakal membawa kesan buruk kepada ekonomi negara!

Peningkatan penglibatan wanita sebagai tenaga kerja dilihat sebagai solusi terbaik bagi menampung kekurangan pekerja ini.

Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam laporan ini bagi meningkatkan jumlah wanita yang melibatkan diri dalam pekerjaan. Antaranya ialah fleksibiliti dalam masa bekerja dan tempat bekerja, kemudahan tempat penjagaan kanak-kanak di pejabat serta pembahagian tanggungjawab keluarga di antara lelaki dan wanita.

Dalam keadaan cabaran ekonomi semasa yang berdepan dengan masalah ageing population dan juga perkembangan pantas bidang teknologi, masalah tenaga kerja merupakan perkara penting yang harus diselesaikan. Dengan lebih ramai penyertaan wanita, pasti ianya akan dapat membantu negara menampung kekurangan tenaga kerja dan sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Sumber: Kapital.my

Kalau Diikutkan, Jadi Surirumah Pun Adalah Satu Pekerjaan

Siapa bilang surirumah bukan merupakan satu jenis pekerjaan? Jaga anak daripada siang sampai ke malam, sementara tunggu suami pulang. Nak masak lagi, nak mengasuh lagi, nak mengajar lagi.

Tapi kalau diikutkan, surirumah zaman sekarang sangat beruntung. Ini kerana Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’. Sambil jaga anak, sambil buat duit tepi.

Bagi mereka yang sayangkan isteri yang bekerja sebagai surirumah pula, apa kata Hadiahkan Isteri Pembantu Rumah – Tanpa Ejen, Tanpa Permit. Barulah urusan di rumah jadi super selesa!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend