10 Perbezaan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) & Enterprise

Kini ramai yang berbisnes mula sedar kepentingan untuk mendaftarkan perniagaan masing-masing dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuklah pemandu Uber, Grab dan yang berniaga secara online di rumah. Tetapi masih ramai yang tidak pasti, nak daftar atas nama ENTERPRISE atau SDN. BHD?

Apakah beza SDN BHD dengan ENTERPRISE?

Pemilikan & Modal

1. Sdn Bhd dipanggil SYARIKAT manakala Enterprise dipanggil perniagaan dan ia cuma lesen-berniaga yang dikeluarkan oleh SSM.

2. Sdn Bhd boleh mempunyai kumpulan pemegang saham & kumpulan pengarah manakala Enterprise tidak ada.

3. Pemilik Sdn Bhd (pemegang saham terbesar) boleh memilih untuk tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat manakala pemilik Enterprise bertanggungjawab sepenuhnya.

4. Sdn Bhd mendapat akses modal tidak terhad (saham syarikat boleh ditambah pada bila-bila masa) manakala Enterprise terhad.

Pengendalian

5. Pengurusan Sdn Bhd dibantu oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary) manakala Enterprise tidak perlu.

6. Nama syarikat Sdn Bhd boleh ditukar manakala Enterprise tidak boleh.

Keuntungan & Risiko

7. Syarikat Sdn Bhd dan pemiliknya (pemegang saham) adalah entiti berbeza. Keuntungan yang diperolehi adalah milik syarikat manakala pemilik Enterprise berhak ke atas kesemua keuntungan.

8.  Jika bankrap, pemilik Sdn Bhd tidak terjejas manakala bank boleh menarik harta benda pemilik Enterprise.

9. Kematian pemilik dalam syarikat Sdn Bhd tidak menjejaskan bisnes manakala bisnes akan tamat bagi Enterprise.

Cukai

10. Cukai Sdn Bhd dikira atas syarikat (kadar cukai 19%-24% atas pendapatan bercukai) manakala cukai Enterprise dikira bawah cukai pendapatan individu (sehingga 28%) *tertakluk kepada perubahan yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Contoh:

Enterprise A
Enterprise B
Enterprise C

Katakan anda memiliki 3 pendapatan perniagaan Enterprise, pengiraan cukai adalah di bawah 1 pengiraan cukai individu yang sama.

Diharapkan panduan ringkas ni dapat memberi idea kepada mereka yang sedang memikirkan perniagaan jenis apa yang patut didaftarkan.

Dapatkan info terkini di laman Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend