5M Yang Penting Dalam Perancangan Perniagaan

Bagi anda di luar sana yang memang serius untuk mengusahakan perniagaan, perlu ambil tahu berkenaan 5M ini. Sangat penting untuk anda mempunyai perancangan perniagaan berikut, bagi memastikan segala urusan berkaitan perniagaan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.

1. Manpower (Tenaga Kerja)

Ini sangat penting. Anda perlu tahu siapakah yang akan membantu anda untuk mengusahakan perniagaan tersebut. Adakah anda mempunyai rakan kongsi, pekerja mahupun ahli keluarga yang akan membantu anda nanti? Atau anda cuma melakukan kesemuanya sendiri?

Penting untuk anda mengetahui semua ini agar anda dapat menyusun strategi yang terbaik untuk membangunkan perniagaan anda.

2. Machinery (Jentera)

Jangan ini machinery atau jentera ini hanya digunakan untuk perniagaan besar sahaja. Kalau melakukan perniagaan melalui internet, anda juga memerlukan jentera sendiri. Laptop dan telefon bimbit, itulah jentera anda.

Anda perlu mengetahui jentera apa yang anda gunakan agar anda dapat gunakan dengan sebaik mungkin.

3. Material (Bahan)

Anda perlu kenal pasti terlebih dahulu apa yang ingin anda jual. Sebagai contoh, anda ingin menjual pakaian sekolah. Jadi anda harus tahu dari mana anda ingin dapatkan pakaian sekolah tersebut. Jenis kain yang bagaimana yang sesuai untuk pakaian sekolah?

Dari situ anda dapat mengenal pasti setiap proses yang terlibat dalam perniagaan anda sekaligus merancang strategi untuk melancarkan urusan perniagaan anda.

4. Money (Wang)

Wang yang dimaksudkan disini tentulah modal perniagaan. Untuk memastikan perniagaan anda itu terus berdaya saing, anda perlu mengawal aliran keluar masuk wang anda dengan teliti.

Pastikan anda membuka akaun lain khas untuk perniagaan anda tidak kiralah sekecil mana pun perniagaan tersebut. Ini bagi memastikan anda tidak tersalah guna wang perniagaan untuk tujuan peribadi.

5. Methodology (Cara Kerja)

Cara kerja ini melibatkan daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah ke perkara-perkara besar. Buat satu carta aliran untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Bagi mereka yang pernah bekerja pasti tahu tentang carta aliran tugas ini bukan?

Ia akan memudahkan anda mahupun pekerja untuk mengetahui apa tindakan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu.

Nampak Simple, Tapi 5M Perlu Dalam Perancangan Perniagaan

Walaupun perkara-perkara di atas nampak remeh, tetapi inilah yang akan mempengaruhi perjalanan perniagaan anda nanti. Jadi anda haruslah memberi perhataian kepada perkara-perkara tersebut.

Sumber Rujukan: Saudagar2U

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend