Ayat Pelaris Untuk Perniagaan Dalam Islam

Zaman moden ini, masih ramai lagi peniaga Melayu yang percaya akan penggunaan pelaris untuk meningkatkan keuntungan. Penggunaan azimat, tangkal atau ibu duit akan menjejaskan akidah dan berdosa kerana mensyirikkan Allah.

Namun begitu, ada amalan pelaris perniagaan yang lain yang boleh digunapakai. Bacaan ayat pelaris perniagaan ini dibacakan setelah selesai solat wajib 5 waktu dan boleh juga dibacakan saat anda ingin bergerak ke tempat perniagaan atau masa ingin membuka kedai yang dilengkapi dengan niat yang benar untuk mencari nafkah buat isteri, anak dan keluarga.

 

Pemilik bisnes tidak perlu lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu, aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendak-Nya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepada-Nya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Orang bukan Islam tiada pelaris pun boleh maju sebab kerja keras. Pelaris bagi perniagaan ialah jangan meninggalkan perintah Allah S.W.T., ini penting lihat ciri peniaga yang disebut dalam surah al-Nur, firman Allah yang bermaksud:

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (al-Nur:37)

Memelihara solat dan menunaikan zakat menjadi ciri seorang peniaga yang berjaya dunia dan akhirat. Ramuan lain yang memberi impak yang besar bagi melariskan perniagaan, ialah dengan memelihara solat sunat Dhuha.

Keuntungan dikongsikan bersama orang yang memerlukan seperti fakir miskin, rumah anak-anak yatim. Allah S.W.T. memberi, lalu melihat kepada sikap orang yang diberi bersyukur atau kufur dengan nikmat limpah kurniaan-Nya. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:

Seorang peniaga yang jujur lagi amanah di akhirat kelak, akan ditempatkan bersama para anbiya dan para syuhada. (al-Tarmidzi: 1209)

Amat mengecewakan jika anda mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-Quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni? Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend